Tazkirah

Saturday, February 26, 2011

Inovatif Patut Jadi Syarat Guru Naik Pangkat

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Saya amat tertarik dengan artikel tulisan Guru Biasa, Tangkak dalam akhbar Berita Harian bertarikh 24/2/2011 Khamis. Tajuk artikel beliau yang berbunyi, "Inovatif Patut Jadi Syarat Guru Naik Pangkat" sangat-sangat sesuai jika ianya digantikan dengan mod PTK yang lama. Saya juga amat tertarik dengan langkah kerajaan mewujudkan perjawatan baru serta kenaikan pangkat secara fast track (cth: Guru cemerlang, guru tingkatan 6). Kewujudan jawatan ini sememangnya menguntungkan guru-guru baru. Tidak sampai 5 tahun memegang jawatan sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan, mereka sudah diangkat sebagai guru cemerlang. Jika mereka benar-benar layak, tahniah diucapkan tapi yang menjadi persoalan di sini adalah mereka yang hanya hendakkan perjawatan tetapi dari segi inovatif & kecemerlangan mereka boleh dipertikaikan. Mungkin kenyataan ini tidak mempunyai data yang emperikal tapi pihak-pihak yang berkenaan bolehlah membuat pemantauan. Turun padang bagi memastikan anugerah yang diberikan kepada semua guru cemerlang itu benar-benar cemerlang yang paling penting pengekalan kecemerlangan tersebut biarlah berpanjangan. Jangan mengikut musim & trend semasa. Semoga kita digolong dalam golongan mereka yang sentiasa diberkati dan dirahmati Allah SWT.

Jerayawara The New IPG - A Learner Centered University

Jerayawara The New IPG - A Learner Centered University akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh: Selasa 01 Mac 2011
Tempat: DDKA

Semua pensyarah dan pegawai pengurusan diwajibkan hadir kecuali mereka yang telah diberi pelepasan oleh Tuan Pengarah.

Aturcara adalah seperti berikut:
0800 Pengenalan
0830 Tayangan Video The New IPG
0900 Pembentangan Sesi 1 - The New IPG, Peta Strategik, Kerangka Pengurusan Prestasi
0930 Pembentangan Sesi 2 - Bidang Kepakaran, Spesifikasi Tugas, Matrik Kompetensi, Pensarjanaan
1000 Rehat
1030 Pembentangan Sesi 3 - E-Pembelajaran
1045 Pembentangan Sesi 4 - Pentadbiran
1100 Pembentangan Sesi 5 - Laluan Kerjaya
1130 Rumusan
1200 Bersurai

Monday, February 14, 2011

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 2011

Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua...

WASIAT NABI MUHAMMAD SAW kepada SAYIDINA ALI RA

Wahai Ali, bagi orang MUKMIN ada 3 tanda-tandanya:
1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.
2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu.
3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia..

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Merahasiakan ibadahnya.
2) Merahasiakan sedekahnya.
3) Merahasiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah S.W.T.

Di kesempatan saya mewakili semua pensyarah Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan, IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru ingin mengucapkan, "Selamat menyambut Maulidur Rasul". Sama-samalah kita hayati tema sambutan tahun ini, "1 Malaysia 1 Ummah."

Tuesday, February 1, 2011

GONG XI FA CHAI

Salam sejahtera...

Di kesempatan ini, saya mewakili pensyarah Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru ingin mengucapkan GONG XI FA CHAI kepada semua rakyat Malaysia yang meraikannya terutamanya warga IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru. Dedikasi istimewa ini ditujukan khas buat semua pegawai pengurusan tertinggi, pensyarah IPGKTI, pegawai pengurusan, staf sokongan dan siswa guru KDPM, PPISMP, PISMP & KPLI yang berbangsa Cina. Tidak lupa juga dedikasi ini buat siswa guru PISMP & KPLI Pendidikan Jasmani. Wishing you & your family a wonderful and prosperous new year with lots of happiness.

Bring back joy of schooling

Assalamualaikum & salam sejahtera....

"Bring back joy of schooling" tulisan Dr. S.Nathesan dari Muar bertarikh 28.01.11, Jumaat dalam akhbar The Star. Satu tajuk yang agak ringan tetapi sangat mendalam maksudnya. Memang kita sedia maklum bahawa sistem pendidikan negara ini semakin hari semakin mencabar. Selaras dengan peningkatan tersebut jika dilihat secara holistik mendapati ianya tiada seimbang. Memang jelas ketara perbezaannya. Kita tidak menolak kemajuan & inovasi yang diperkenalkan malah kita menyokongnya 100%. Apa yang menjadi kebimbangan di sini ialah trend pendidikan masa kini yang kononnya menitik beratkan aspek JERIS walhal ianya tidak berlaku sepenuhnya. Di manakah silapnya. Baca & tafsirlah sendiri tulisan Dr. S. Nathesan yang saya muat naik ini & fikir-fikirkanlah.

Parents are kids' No 1 teachers

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Keratan akhbar daripada New Strait Times yang bertarikh 28 Januari 2011, Jumaat bertajuk, "Parents are kids' No 1 teachers" tulisan B.S dari Seremban, Negeri Sembilan. Seharusnya kita sebagai ibu bapa perlu sedar tentang keperluan yang dinyatakan dalam tulisan tersebut. Jangan anggap perkara ini tidak penting kerana banyak dapatan kajian menunjukkan kegagalan & ketidakprihatinan ibu bapa dalam menjadi pendidik pertama anak-anak menunjukkan statistik bahawa kecenderungan anak-anak terlibat dalam kecelaruan personaliti sangat tinggi. Pendidikan awal kanak-kanak sememang & sepatutnya bermula dari rumah. Ibu bapalah yang mencorakkan mereka. Jangan jadikan alasan sibuk bekerja atau penat sebagai batu penghalang kepada tanggungjawab tersebut. Biasanya bibit kemusnahan & kemalapan masa hadapan anak-anak adalah berpunca daripada sikap ibu bapa sendiri.

Usah mengharap padi seberang,
Entahkan jadi entahkan tidak,
Usah terlalu berharap bantuan orang,
Mendidik anak entahkan jadi entahkan tidak.

Justeru itu, fikir-fikirkanlah sendiri kerana masa hadapan anak-anak, andalah sebagai ibu bapa yang mencorakkannya.

Saturday, January 29, 2011

Selamat berpraktikum

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Sesi praktikum bermula lagi. Maka kerja semakin bertambah. Walau bagaimanapun, dengan perancangan dan komitmen yang tinggi semua amanah yang dipikul akan dapat digalas sebaik mungkin tanpa kontroversi. Berikut adalah tarikh praktikum siswa guru major Pendidikan Jasmani IPGKTI:-

1. KPLI (SR) Pendidikan Jasmani Ambilan Jun 2010 - 17 Januari 2011 hingga 15 April 2010
2. PISMP Pendidikan Jasmani Ambilan Januari 2008 - 7 Februari 2011 hingga 29 April 2010
3. PISMP Pendidikan Jasmani Ambilan Januari 2009 - 21 Mac 2011 hingga 15 April 2010

Kami di Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru ingin mengucapkan selamat maju jaya & selamat berpraktikum. Ingatlah bahawa semua kejayaan adalah bermula dengan langkah pertama.

"Success often comes to those who have the aptitude to see way down the road."

Posting PISMP PJ IPGKTI Ambilan Januari 2007

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Berikut adalah senarai penempatan siswa guru PISMP PJ Ambilan Januari 2007 a.k.a TROY (Update: 29/01/2011). Justeru itu, kami di Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru ingin mengucapkan selamat mengajar kepada semua siswa guru PISMP Ambilan Januari 2007 khasnya siswa guru PISMP PJ a.k.a TROY IPGKTI. Semoga anda dapat menjadi guru permulaan yang HEBAT dan AWESOME. Buktikan kepada mereka di luar sana bahawa anda adalah produk PISMP yang dinanti-nantikan selama ini.

"Desire is the key to motivation, but it's the determination and commitment to an unrelenting pursuit of your goal - a commitment to excellence - that will enable you to attain the success you seek."

*P/s: Senarai penempatan ini adalah tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa. Harap maklum.

Lawatan Ilmiah Ke EPRD Putrajaya

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Pada 24 dan 25 Januari 2011 yang lalu, seramai 19 orang siswa guru PISMP Pendidikan Jasmani Ambilan Januari 2008 telah pergi ke EPRD Putrajaya sebagai sebahagian daripada memenuhi sukatan pelajaran PJM3116 Penyelidikan Tindakan 1 - Metodologi. Program lawatan ini juga merupakan sebahagian daripada keperluan kursus PJM3116 Penyelidikan Tindakan 1 – Metodologi yang merupakan mata pelajaran teras wajib bagi semua siswa guru PISMP IPGKTI Major Pendidikan Jasmani Ambilan Januari 2008. Pembelajaran dari lawatan, penyediaan laporan serta kertas cadangan kajian tindakan dan perbincangan mengenainya yang menyumbang 50 peratus daripada penilaian akhir kursus. Selain daripada itu, matlamat program ini adalah untuk melahirkan guru sekolah rendah yang berkualiti dari segi penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran dan keterampilan profesionalisme dalam bidang Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru melalui kajian tindakan. Selain daripada itu, kami juga ingin merealisasikan matlamat & hasrat KPM yang menggariskan bahawa satu guru satu kajian tindakan setiap tahun akan tercapai dengan jayanya.

Berikut adalah objektif lawatan ilmiah ini:

1 . Mendapatkan seberapa banyak sumber sama ada daripada buku rujukan, tesis, artikel dan jurnal bagi menghasilkan kertas cadangan kajian tindakan.;

2. Membuka laluan kepada siswa guru bagaimana mendapatkan bahan rujukan daripada perpustakaan dan tidak semata-mata bergantung harap kepada bahan di internet sahaja;

3. Mengenalpasti dan mensintesis maklumat daripada pelbagai sumber untuk memperolehi pemahaman yang koheren tentang amalan refleksi, teori dan amalan;

4. Mempersiapkan diri dengan cabaran sebagai seorang siswa guru yang proaktif dan sentiasa ingin maju;

5. Mengintergrasikan kemahiran yang dipelajari dengan bahan yang diperolehi bagi melakukan penulisan yang sistematik, berkesan dan bermakna;

6. Bekerjasama dan berinteraksi dalam pelbagai situasi dan keadaan; dan

7. Lebih berusaha ke arah pembudayaan penulisan kajian tindakan sebagai salah satu budaya kerja di sekolah kelak.

Monday, January 24, 2011

Subjek Pendidikan Jasmani boleh gilap pelapis sukan negara

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Tulisan Quraisyah Azmi dari Telok Panglima Garang, Selangor yang bertajuk "Subjek Pendidikan Jasmani boleh gilap pelapis sukan negara" sangat menarik kandungan isinya. Subjek Pendidikan Jasmani adalah merupakan satu subjek teras terkandung dalam kurikulum KBSR & KSSR. Justeru itu, isu perlaksanaan kelas PJ ini sudah lama kedengaran cuma tiada penegasan daripada pihak kementerian untuk mengatasi isu ini.

Seperti mana yang kita maklum, Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang bertujuan meningkatkan prestasi manusia melalui aktiviti fizikal yang berkait rapat dengan pemilikan dan penghalusan kemahiran-kemahiran motor; pembangunan dan pemeliharaan kecergasan untuk kesihatan optimum dan keadaan baik; memperoleh pengetahuan, dan pembangunan sikap-sikap positif terhadap aktiviti fizikal Jenny (1961) dan Williams (1964) berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani memberi pendidikan melalui aktiviti fizikal dan matlamatnya mempengaruhi semua perkembangan fizikal termasuk perkembangan mental dan sosial. Objektif Pendidikan Jasmani ialah membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan.

Semoga, dengan kejayaan pasukan bola sepak kebangsaan menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 yang lalu akan menjadi pemangkin kepada perubahan dalam perlaksanaan kelas Pendidikan Jasmani di sekolah-sekolah pada masa akan datang. InsyaAllah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BMI CALCULATOR

Disclaimer/Penafian

Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan, Institut Pendidikan Guru, Kampus Temenggong Ibrahim, Jalan Datin Halimah , 80350 Johor Bahru, Johor.

Tel : 07-2364788 sambungan 236 @ 237 Fax : 07-2379736 Emel: jpjkipti@yahoo.com

Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan, Institut Pendidikan Guru, Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.