Tazkirah

Thursday, March 17, 2011

Konvokesyen PISMP 2011 di PICC Putrajaya

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya pada tanggal 16 & 17 Mac 2011 satu sejarah baru telah tercipta di mana seramai 1987 orang graduan dari 27 buah IPG telah mengikuti Majlis Konvokesyen PISMP 2011 bagi kohort pertama Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Institut Pendidikan Guru Malaysia Kementerian Pelajaran Malaysia (IPGM KPM). Ambilan pertama ini memulakan pengajian pada Julai 2005 dengan Program Persediaan selama 1 tahun 6 bulan dan diikuti dengan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (dulu dikenali sebagai Program Perguruan Pendidikan Rendah Empat Tahun - PPPRET) bermula ambilan Januari 2007. Mereka telah berjaya menamatkan pengajian pada Disember 2010 setelah melalui liku perjalanan & pengalaman selama lebih kurang 5 tahun 6 bulan di institut masing-masing sehinggalah bertukar nama kepada Institut Pendidikan Guru Malaysia. Sepanjang tempoh itu juga, mereka telah melalui pelbagai peristiwa pahit manis, pahit jerih & pengalaman berharga sebagai guru pelatih dan baru-baru ini dikenali sebagai siswa guru demi menamatkan pengajian di IPG masing-masing. Selain daripada itu juga, para siswa guru ini juga telah melalui proses akreditasi daripada pihak Malaysia Qualification Agency (MQA) yang sangat ketat. Bersengkang mata pagi hingga malam demi memastikan program ini mendapat pengiktirafan MQA dan seterusnya Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Alhamdulillah, pahit jerih mereka akhirnya berbaloi dengan mendapat kelulusan daripada badan-badan berkenaan. Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan buat semua penyelaras MQA jabatan terutamanya TUTOR siswa guru ini yang tidak jemu-jemu dan berusaha keras agar anak-anak TUTEE mereka mendapat pengiktirafan ijazah mereka. Tahniah buat semua yang terlibat dari mula hinggalah berakhirnya proses akreditasi MQA. Justeru itu, pesanan buat semua para graduan jadilah guru yang benar-benar berjatidiri & berintegritikan seorang GURU SEJATI.

Di kesempatan ini juga, pihak admin JPJK.BLOGSPOT.COM ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah buat Ahla-Wardah bte Mohd Amin dari PISMP PJ (Penerima Anugerah Hadiah Terbaik Pengkhususan) & Nurul Illiana Hidayah bte Kamarulzaman juga dari PISMP PJ (Penerima Anugerah Graduan Cemerlang - Kokurikulum). Teruskan legasi MPTI-IPTI-IPGKTI. Anda adalah pencetus inspirasi siswa guru yang akan bergraduat akan datang. Salam ukhwah & salam hormat buat semua...

Thursday, March 3, 2011

Lawatan Ilmiah PJM3112 Pengurusan & Pentadbiran Pendidikan Jasmani & Sukan ke MSN, SSBJ & HUKM

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Pada 28/2 - 2/3/2011 yang lalu siswa guru PISMP Pendidikan Jasmani Ambilan Januari 2009 telah mengikuti satu program lawatan ilmiah bagi kursus PJM3112 Pengurusan & Pentadbiran Pendidikan Jasmani & Sukan ke MSN, SSBJ & Institut Penyelidikan Kesihatan HUKM. Satu program yang baik & sekali gus boleh dijadikan sebagai penanda aras kepada kecemerlangan pengurusan & pentadbiran PJ dan sukan pada masa akan datang. Tahniah buat semua siswa guru PISMP PJ Ambilan Januari 2009...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BMI CALCULATOR

Disclaimer/Penafian

Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan, Institut Pendidikan Guru, Kampus Temenggong Ibrahim, Jalan Datin Halimah , 80350 Johor Bahru, Johor.

Tel : 07-2364788 sambungan 236 @ 237 Fax : 07-2379736 Emel: jpjkipti@yahoo.com

Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan, Institut Pendidikan Guru, Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.