Tazkirah

Monday, January 24, 2011

Subjek Pendidikan Jasmani boleh gilap pelapis sukan negara

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Tulisan Quraisyah Azmi dari Telok Panglima Garang, Selangor yang bertajuk "Subjek Pendidikan Jasmani boleh gilap pelapis sukan negara" sangat menarik kandungan isinya. Subjek Pendidikan Jasmani adalah merupakan satu subjek teras terkandung dalam kurikulum KBSR & KSSR. Justeru itu, isu perlaksanaan kelas PJ ini sudah lama kedengaran cuma tiada penegasan daripada pihak kementerian untuk mengatasi isu ini.

Seperti mana yang kita maklum, Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang bertujuan meningkatkan prestasi manusia melalui aktiviti fizikal yang berkait rapat dengan pemilikan dan penghalusan kemahiran-kemahiran motor; pembangunan dan pemeliharaan kecergasan untuk kesihatan optimum dan keadaan baik; memperoleh pengetahuan, dan pembangunan sikap-sikap positif terhadap aktiviti fizikal Jenny (1961) dan Williams (1964) berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani memberi pendidikan melalui aktiviti fizikal dan matlamatnya mempengaruhi semua perkembangan fizikal termasuk perkembangan mental dan sosial. Objektif Pendidikan Jasmani ialah membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan.

Semoga, dengan kejayaan pasukan bola sepak kebangsaan menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 yang lalu akan menjadi pemangkin kepada perubahan dalam perlaksanaan kelas Pendidikan Jasmani di sekolah-sekolah pada masa akan datang. InsyaAllah...

Subjek Sains Sukan di sekolah bantu jayakan program 1Sukan 1Murid

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Kementerian Pelajaran (KPM) telah pun melaksanakan Program Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS) mulai bulan Julai 2008 sebagaimana yang diumumkan oleh Datuk Seri Hishamuddin yang menjadi Menteri Pelajaran waktu itu.

Walaupun ia bermula dengan tujuh jenis sukan tetapi akan diperluaskan dengan sukan-sukan yang lain selaras dengan program yang dikendalikan oleh MSN.

Dasar 1 Murid 1 Sukan menekankan penglibatan setiap murid dalam sukan. Penglibatan ini lebih menjurus kepada penyertaan, penglibatan, pemahaman dan pengetahuan mengenai sukan berkenaan tanpa mementingkan prestasi mereka.

Dasar 1 Murid 1 Sukan lebih mirip kepada Program Sukan Untuk Semua anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) meskipun saya lihat program tersebut hanya menjuruskan kepada aktiviti-aktiviti sukan dan kecergasan yang lain daripada sukan prestasi tinggi.

Semoga dengan dasar baru yang mula diperkenalkan ini akan berjaya mencapai matlamatnya selaras dengan visi & misi Kementerian Pelajaran Malaysia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BMI CALCULATOR

Disclaimer/Penafian

Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan, Institut Pendidikan Guru, Kampus Temenggong Ibrahim, Jalan Datin Halimah , 80350 Johor Bahru, Johor.

Tel : 07-2364788 sambungan 236 @ 237 Fax : 07-2379736 Emel: jpjkipti@yahoo.com

Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan, Institut Pendidikan Guru, Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.