Tazkirah

Sunday, June 29, 2008

Gambar Sekitar Majlis Makan Tengah Hari Sempena Meraikan Persaraan En. Ramlee Ismail di Hotel Grand Bluewave Johor Bahru.

video
Ucapan Yang Berusaha Ketua Jabatan PJK IPTI iaitu
En. Adib Sulaiman


video
Ucapan Yang Diraikan iaitu En. Ramlee Ismail





P/s: Majlis ini diadakan di Restoran Orient Hotel Grand Bluewave pada 29/6/2008 jam 12.30 tengah hari. Terima kasih kepada KJ dan rakan-rakan pensyarah yang hadir menyokong majlis ini. Tidak lupa juga terima kasih & tahniah kepada Pn. Rashidah Suib yang menguruskan majlis ini dari mula sehingga akhir. Terima kasih En. Ramlee Ismail... Jasa anda tidak akan dilupakan. Semoga kehidupan En. Ramlee sekeluarga selepas bergelar YB (Yang Bersara) akan sentiasa diberkati ALLAH SWT. Aminnnn.............. Post by Admin JPKJ.

Thursday, June 26, 2008

Selamat Bersara Buat En. Ramlee bin Ismail...

Tanggal 26 Jun 2008 merupakan detik bersejarah buat seorang pensyarah Jabatan PJK iaitu En. Ramlee bin Ismail kerana pada tarikh tersebut merupakan hari terakhir beliau berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan & sebagai pensyarah di IPTI. Beliau merupakan seorang pensyarah yang sangat berpengalaman dan mempunyai kesungguhan sewaktu menjalankan tugasan. Sentiasa ingin membantu dan sanggup memberi tunjuk ajar. Beliau sangat aktif dalam kerja-kerja yang berkaitan dengan pembangunan sukan mahupun di peringkat IPG ataupun peringkat negeri dan kebangsaan. Kami warga Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan serta mendoakan agar agar En. Ramlee sentiasa beroleh kerahmatan, kesihatan diri & ketenangan jiwa yang abadi. Akhirkata terimalah serangkap pantun dari kami warga JPJK:-

Pucuk pauh delima batu,
Anak sembilang di tapak tangan,
Walaupun rumah tak sampai sebatu,
Hilang di mata di hati jangan!!!!

Sekian, salam ukhwah & wassalam....

Monday, June 23, 2008

Abseiling oh abseiling!!!

video
Jom kita tengok apa yang Baby buat kat atas tu!!!!

Kambau Bay Beach Resort Pulau Sibu


Welcome to Kambau Bay Beach Resort Pulau Sibu!!!


Ni le dia tempat program Pendidikan Luar IPTI dijalankan...


Chelet di Kambau Bay Beach Resort... Best gak chelet ni tapi banyak nyamuk!!!

Gambar Sekitar Majlis Penutup Program Pendidikan Luar KDPM Kemas 2008


NI LE DUYUNG PULAU SIBU!!! JANGAN SALAH SEBUT... DUYUNG BUKAN DUGONG!!!


KDPM KEMAS AMBILAN JULAI 2007 YANG SENTIASA CERIA!!!


GAMBAR BERAMAI-RAMAI BERSAMA PENSYARAH & FASILITATOR....

Gambar Sekitar Sukan Pantai Program Pendidikan Luar KDPM Kemas 2008


Kumpulan 1 (Johan)


Kumpulan 2 (Ketiga)


Kumpulan 3 (Naib Johan)

P/s: Amcam yang mana satu paling cantik? Istana ke orang kat tepi istana tu!!! Apa-apa hal pun.... korang suma memang ORAITTTTT..........

Gambar Sekitar Aktiviti Abseiling Program Pendidikan Luar KDPM Kemas 2008

Program Pendidikan Luar KDPM Kemas Ambilan Julai 2007

Pada 17 hingga 20 Jun 2008 yang lalu Program Pendidikan Luar KDPM Kemas Ambilan Julai 2007 telah dilaksanakan di Pulau Sibu, Mersing. Menurut penyelaras program Cik Shaireena bte Jaafar, program ini merupakan prasyarat bagi setiap pelajar dalam melengkapi jam kredit mereka. Program yang berlangsung selama 4 hari ini banyak menekankan aspek pendidikan luar seperti kemahiran perkhemahan, abseiling, kembara, keselamatan di air, snorkeling, orienteering , sukan pantai dan aktiviti malam kebudayaan. Antara pensyarah yang turut serta dalam program ini ialah En. Kamaluddin bin Mokri, En. Poniran bin Salamon dan En. Mohd Zairi bin Husain. Di samping itu juga, program ini turut dibantu oleh 2 orang fasilitator iaitu En. Ismail bin Ishak dan Cik Nurul Sa'adah bte Sabdin Sepanjang program berlangsung, para peserta menunjukkan sepenuh komitmen mereka terhadap setiap aktiviti yang dijalankan. Mereka sangat komited dan bersungguh-sungguh. Tahniah kepada kumpulan ini... Semoga kecemerlangan anda dapat diteruskan di sekolah kelak.

Tuesday, June 3, 2008

Mesyuarat Induksi Kurikulum Seni Dalam Pendidikan PISPM-IPGM Semester 4

Satu mesyuarat induksi Seni Dalam Pendidikan bagi pelajar PISMP-IPGM/ PPPRPET Semester 4 telah diadakan di IPIK Kuala Lumpur 29 - 30 Mei 2008. Mesyuarat ini bertujuan memberikan input awal kepada penyelaras subjek ini supaya perlaksanaannya pada 16/6/2008 kelak berjalan lancar. Subjek ini akan diajar oleh 3 orang pensyarah iaitu seorang pensyarah Seni, seorang pensyarah Muzik dan seorang lagi pensyarah PJ. Walaubagaimana pun, satu mesyuarat penyelarasan akan diadakan dalam masa terdekat bagi tujuan ini.


Antara gambar-gambar aktiviti yang boleh dilakukan untuk mata pelajaran ini:-


Majlis Persaran Tuan Pengarah IPTI

Selamat bersara kepada Tn. Hj. Zakaria bin A. Shukor.... Semoga tuan diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa beroleh keberkatan ALLAH SWT... Kami warga Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan mendoakan agar tuan sentiasa dirahmati ALLAH. Sekiranya ada kelapangan jenguk-jenguk le kami di sini.

Gambar-gambar detik terakhir tuan di IPTI.....





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BMI CALCULATOR

Disclaimer/Penafian

Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan, Institut Pendidikan Guru, Kampus Temenggong Ibrahim, Jalan Datin Halimah , 80350 Johor Bahru, Johor.

Tel : 07-2364788 sambungan 236 @ 237 Fax : 07-2379736 Emel: jpjkipti@yahoo.com

Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan, Institut Pendidikan Guru, Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.