Tazkirah

Sunday, November 13, 2011

Kaedah Baru Guna Air Mata Kesan Diabetis

Gambar hiasan

MICHIGAN - Pesakit kencing manis atau diabetes mungkin tidak lagi perlu khuatir untuk menjalani ujian darah bagi mengesan penyakit itu kerana kumpulan saintis telah menemui kaedah baru yang tidak menyakitkan iaitu dengan menggunakan air mata.

Sebelum ini, pesakit diabetis perlu mencucuk hujung jari sebanyak dua hingga 10 kali sehari bagi mendapatkan sampel darah untuk mengesan tahap kandungan gula mereka.
Tetapi kini, penyelidik di Universiti Michigan telah mencipta alat pengesan paras gula dalam darah hanya dengan menggunakan sampel air mata pesakit diabetes.

Kumpulan pakar perubatan juga mendakwa kaedah ini lebih selamat dan kurang berisiko untuk terdedah kepada jangkitan serta memberi keselesaan kepada pesakit kerana mereka tidak lagi berasa sakit akibat penggunaan jarum dalam tempoh terlalu kerap.

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/global/air-mata-kesan-diabetes-1.5317

Keburukan Menahan Kencing

PERBEZAAN keadaan pundi kencing normal dan pundi kencing yang aktif.


SEKALIPUN terpaksa menghadiri mesyuarat penting atau memandu untuk jarak yang jauh, menahan air kencing bukanlah satu tindakan yang bijak. Air yang ditahan itu hakikatnya kotoran beracun yang perlu dikeluarkan daripada badan.


Menurut Pakar Urologi, Kesihatan Lelaki dan Pembedahan Robotik, Pusat Perubatan Prince Court, Datuk Dr. Sahabudin Raja Mohamed, menahan diri daripada membuang air kecil akan memberi kesan negatif kepada kesihatan.


Namun, perkara itu mempunyai kesan yang berbeza mengikut jantina dan usia.

“Kanak-kanak yang menahan kencing terlalu lama boleh menyebabkan masalah besar. Tidak kira lelaki mahupun perempuan, ia boleh meningkatkan kejadian jangkitan saluran kencing.

“Dalam kes yang lebih buruk, ia akan mengakibatkan inkontinens iaitu masalah hilang kawalan untuk menahan kencing,” kata Sahabudin.


Masalah itu menyebabkan penghidap tidak mampu menahan kencing daripada terkeluar sendiri terutamanya ketika batuk, bersin atau meneran.


Seseorang juga sukar untuk menahan kencing sehingga dia boleh terkencing di mana-mana sahaja sebelum sempat pergi ke tandas.


Saturday, November 5, 2011

Salam Aidiladha 2011

Assalamualaikum wbkt...

Kami di Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru ingin mengucapkan selamat menyambut aidiladha buat seluruh warga kampus. Semoga sambutan Aidiladha tahun ini memberikan 1001 makna & keberkatan. Justeru itu, marilah sama-sama kita menghayati erti pengorbanan yang sebenar. Semoga segala pengorbanan yang telah kita lakukan mendapat keberkataan & keredhaan Allah SWT. InsyaAllah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BMI CALCULATOR

Disclaimer/Penafian

Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan, Institut Pendidikan Guru, Kampus Temenggong Ibrahim, Jalan Datin Halimah , 80350 Johor Bahru, Johor.

Tel : 07-2364788 sambungan 236 @ 237 Fax : 07-2379736 Emel: jpjkipti@yahoo.com

Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan, Institut Pendidikan Guru, Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.