Kami warga Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan IPTI (pensyarah & pelatih major PJ) dengan rasa penuh kesyukuran ingin menjemput Dato'/Datin/Tuan/Puan/Sdr/Sdri warga IPTI STAF AKADEMIK & STAF SOKONGAN ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan IPTI tahun 2008 seperti ketetapan berikut:-
Tarikh : 10 Oktober 2008 (Jumaat) Masa : 10.15 - 11.30 pagi Tempat : Astaka PJK
Sekian... semoga dengan kehadiran Dato'/Datin/Tuan/Puan/Sdr/Sdri ke majlis sambutan tersebut akan memeriahkan lagi majlis kami.
Salam syawal buat semua warga IPTI terutamanya warga Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan... Di kesempatan ini, saya bagi pihak Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan IPTI ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga IPTI serta muslimin dan muslimat sekalian. Di kesempatan ini, kami ingin menyusun sepuluh jari memohon keampunan di atas segala kesilapan yang telah kami lakukan sama ada yang disengajakan atau tidak disengajakan. Semoga Hari Raya tahun ini dilimpahi dengan keberkatanNya... Aminnn.........
Ikhlas daripada; Adib Sulaiman (Ketua Jabatan) Kamaluddin Mokri Hj. Norhizan Zainol Rashidah Suib Shaireena Jaafar Poniran Salamon Hishamuddin Hassan Ahmad Fadzil Hj. Noor Syed Muhd Kamal Syed Abu Bakar Muzarpar Esnawi Mohd Zairi Husain
Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan, Institut Pendidikan Guru, Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.