Tazkirah

Saturday, October 16, 2010

Program Amali Pendidikan Luar KPLI PJ Ambilan Jun 2010

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Pada 11 - 15 Oktober 2010 yang lalu, seramai 16 orang pelajar KPLI PJ Ambilan Jun 2010 telah mengikuti program amali Pendidikan Luar di Kambau Bay Beach Resort, Pulau Sibu, Mersing. Amali yang berlangsung selama 5 hari 4 malam tersebut dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti pendidikan luar seperti perkhemahan, abseiling, orienteering, solo camping, ikhtiar hidup - memasak masakan hutan, trekking, kayak, snorkeling, sukan pantai dan malam kebudayaan. Selain daripada sebagai melengkapkan jam kredit kursus ini, program ini juga berjaya memupuk semangat kekitaan serta membina jati diri serta kekuatan fizikal dan mental pelajar dengan pengisian aktiviti-aktiviti yang mencabar. Dengan kekuatan seramai 5 orang pensyarah yang diketuai oleh En. Mohd Zairi bin Husain serta dibantu oleh En. Ahmad Fadzil Hj. Noor, En. Poniran Salamon, Cik Shaireena Jaafar dan Pn. Hjh. Khalidah Ahmad semua aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar & menepati kehendak rubrik pentaksiran amali yang ditetapkan oleh pihak BPG KPM. Tahniah buat semua pelajar dan jutaan terima kasih buat pensyarah yang terlibat...Semoga Allah sentiasa memberkati hidup anda.

Gambar sekitar program berlangsung:-

Hari Pendidikan Jasmani & suprise birthday party...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Pada 2/10/2010 yang lalu, Persatuan Pendidikan Jasmani IPGKTI telah menganjurkan Hari Pendidikan Jasmani. Program yang siangnya dipenuhi dengan aktiviti seperti senamrobik, explore race, sukaneka dan macam-macam lagi. Pada sebelah malamnya pula, Malam PJ a.k.a PJ Nite telah dilangsungkan. Selain daripada sebahagian aktiviti Hari PJ, PJ Nite ini juga bertujuan meraikan siswa guru PISMP PJ S8 a.k.a TROY dan siswa KPLI PJ Ambilan Januari 2010 yang akan menamatkan pengajian mereka di IPGKTI pada penghujung tahun 2010. Bermula dengan sesi RED CARPET ala ala Anugerah Bintang Popolar tu, semua pensyarah Jabatan PJ dan siswa guru PISMP PJ S8 serta KPLI PJ Amb Januari 2010 berarak masuk ke dalam Dewan Seri Temenggong. Idea yang baik dan kreatif... Rasanya tiada porgram lain yg buat sebelum ini... Harap ianya menjadi pencetus idea kepada siswa guru lain bagi menganjurkan program @ aktiviti seumpamanya pada masa akan datang. Majlis dimulakan dengan ucap salam & bacaan doa. Selesai berdoa masa makan pn tiba. Semua pensyarah & siswa guru yang dirai makan dengan penuh berselera. Aktiviri diteruskan lagi dengan persembahan daripada pensyarah terpilih dan siswa guru PISMP S6, S4, KPLI & akhir sekali S2... Tahniah buat penganjur yang terdiri daripada siswa guru PISMP PJ S6... Anda semua memang kreatif & pro aktif serta energetik... Keep it up & maintain..........

Inilah sedutan daripada suprise birthday party malam itu yang telah dimuat naik ke YOUTUBE oleh Ummu Hanani... Enjoy the show...



Berikut merupakan sebahagian daripada gambar2 sekitar majlis berlangsung:-

Pertandingan Inovasi BBM & Seminar Kajian Tindakan IPGKTI 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Pada 21-23 September 2010 yang lalu bertempat di DDKA dan DST telah berlangsung Pertandingan Inovasi BBM & Seminar Kajian Tindakan IPGKTI 2010. Pertandingan ini terbuka kepada semua siswa guru PPISMP, PISMP, KPLI & KDPM IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru. Pertandingan ini adalah sebahagian daripada budaya IPGKTI yang cuba diketengahkan selaras dengan misi institut iaitu melahirkan ahli profesional dalam bidang keguruan yang mempunyai wawasan dan daya inovasi berasaskan budaya ilmu dan etika kerja berkualiti untuk Maha Pencipta dan keharmonian sejagat. Diharap pertandingan ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

Gambar-gambar sekitar program berlangsung:-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BMI CALCULATOR

Disclaimer/Penafian

Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan, Institut Pendidikan Guru, Kampus Temenggong Ibrahim, Jalan Datin Halimah , 80350 Johor Bahru, Johor.

Tel : 07-2364788 sambungan 236 @ 237 Fax : 07-2379736 Emel: jpjkipti@yahoo.com

Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan, Institut Pendidikan Guru, Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.