Tazkirah

Saturday, June 5, 2010

Program Amali Pendidikan Luar KPLI PJ Ambilan Januari 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Alam luar adalah merupakan makmal semula jadi yang kaya dengan pelbagai khazanah yang boleh diteroka untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan pengalaman serta boleh diperoleh secara terus (first hand experience). Pengajaran dan pembelajaran tidak semestinya dijalankan secara formal di dalam bilik darjah tetapi juga melalui alam luar. Pengalaman hidup bersama juga merupakan satu cara individu menimba pengalaman berinteraksi dan meningkatkan ketahanan diri dari segi sosial dan emosi di samping pelbagai kemahiran lain. Justeru itu, pada 31/5/2010 - 4/6/2010 yang lalu, satu program amali Pendidikan Luar KPLI Pendidikan Jasmani Ambilan Januari 2010 telah diadakan di Kambau Bay Beach Resort Pulau Sibu Mersing.

Program ini dirancang bagi memenuhi keperluan sukatan pelajaran Pendidikan Luar bagi KPLI PENDIDIKAN JASMANI AMBILAN JANUARI 2010 yang memperuntukkan 75 jam kuliah Pendidikan Luar dan amali untuk jangka masa 5 hari 4 malam yang merangkumi berbagai aktiviti seperti berasaskan air, darat, gunung, gua, flora dan fauna serta pendidikan konservasi.

Selain daripada itu juga, program ini diharapkan akan dapat melahirkan golongan pendidik yang mempunyai pengetahuan yang tinggi dan pengalaman yang luas di dalam bidang pendidikan luar serta dapat membina kekuatan dan ketahanan diri dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial serta berketerampilan dan mempunyai daya juang yang tinggi.

Berikut merupakan objektif program:-

Adalah diharapkan di akhir program ini guru pelatih akan dapat

1. Memenuhi syarat Kursus Perguruan Lepasan Ijazah bagi opsyen Pendidikan Jasmani.
2. Mengaplikasi segala pengetahuan dan pengalaman yang didapati di dalam bilik darjah.
3. Meningkatkan daya tahan jasmani,emosi, rohani, intelek serta sosial melalui aktiviti yang dirancang.
4. Memupuk semangat setiakawan , kekeluargaan, toleransi, bekerjasama dan tolong-menolong antara satu sama lain tanpa mengira kaum dan agama.
5. Mensyukuri dan menikmati alam semulajadi kurniaan tuhan.
6. Menguji kemahiran dan pengetahuan berkenaan pendidikan luar.


Gambar-gambar sepanjang program berlangsung...






MUATURUN GAMBAR DI SINI...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BMI CALCULATOR

Disclaimer/Penafian

Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan, Institut Pendidikan Guru, Kampus Temenggong Ibrahim, Jalan Datin Halimah , 80350 Johor Bahru, Johor.

Tel : 07-2364788 sambungan 236 @ 237 Fax : 07-2379736 Emel: jpjkipti@yahoo.com

Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan, Institut Pendidikan Guru, Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.