Tazkirah

Sunday, October 11, 2009

Happy Deepavali...

Salam sejahtera & salam 1 Malaysia...

Baju kurung maupun sari;
Cantik dipakai di hari bahagia;
Deepavali maupun Aidilfitri;
Kita bersama berkongsi raya.

Pulut dan lemang juadah asli;
Maruku dan kari menambah selera;
Selamat DeepaRaya ucapan diberi;
Buat semua seluruh negara.

1 Malaysia gagasan diberi;
Hidup harmoni sepakat sekata;
Tak lama lagi kita sambut Deepavali;
Salah dan silap maaf dipinta.

Buat semua warga IPG Kampus Temenggong Ibrahim Johor Bahru yang menyambut Deepavali tidak lama lagi, kami seluruh warga Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan IPG KTI ingin mengucapkan Selamat hari Deepavali. Semoga hidup anda semua disinari cahaya keberkatan dan ceria selalu...

Ikhlas daripada;
Seluruh Warga Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan
IPG KTI

Sambutan Hari Raya Jabatan PJK 2009

Pada 9/10/2009 jam 3.00 petang, Jabatan PJK IPG KTI telah menganjurkan majlis Sambutan Hari Raya 2009 bertemakan Hi-Tea. Majlis ini telah diserikan lagi dengan kehadiran mantan pengarah IPG KTI, Tn. Hj. Zakaria bin Hj. A. Shukor. Selain daripada itu juga, Pengarah IPG KTI, Tn. Hj. Mohd Said bin Hasran dan juga Timbalan Pengarah Akademik, Tn. Hj. Sasman bin Yasir juga turut meluangkan masa menghadiri majlis ini. Antara menu-menu yang disediakan ialah roti jala, laksa johor, ubi rebus, ubi goreng, otak-otak, ais krim, cendol, buah-buahan, kek coklat dan macam-macam lagi. Guru-guru pelatih dari opsyen PJ telah bertungkus lumus dan bekerjasama bagi melancarkan lagi majlis tersebut. Selamat Hari Raya dari kami semua warga PJK IPG KTI....

Gambar-gambar sekitar majlis sambutan Hari Raya Jabatan PJK:-

http://s623.photobucket.com/albums/tt320/iriaz_h/HARI%20RAYA%20JABATAN%202009/

Tuesday, October 6, 2009

Mock Audit Dalaman MQF PISMP Ambilan Januari 2007

Salam aidilfitri dan salam 1 Malaysia...

Bermula 6 - 9 Oktober 2009 bertempat di Bilik Dato' Mahpor akan berlangsungnya Mock Audit Dalaman MQF PISMP Ambilan Januari 2007. Mock audit ini lebih bersifat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan program yang menggantikan KDPM dengan pengambilan pelajar pertamanya pada Julai 2005. Dengan 3 program utama sebagai benchmark bagi proses akreditasi kali ini, diharap ianya menjadi perintis kepada kecemerlangan profesionalisme keguruan yang unggul. Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah, Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian Sains Pendidikan Rendah dan Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian Matematik Pendidikan Rendah merupakan penyambung tradisi keguruan yang dimulakan dengan Sijil Perguruan Asas dan diikuti dengan Kursus Diploma Perguruan Malaysia. Selaras dengan teras PIPP yang menaik taraf maktab ke institut dan seterusnya ke IPG (Institut Pendidikan Guru), diharap dengan terhasilnya MQF ini akan membuka lembaran baru bagi dunia pendidikan negara.

Di sini juga, sekalung tahniah buat Jawatankuasa Pelaksana MQA institut terutamanya Dr. Sarimah Abd Razak dengan dibantu oleh Penyelaras Program Induk serta Penyelaras Program setiap jabatan kerana berjaya juga menyiapkan pangkalan data yang bermula awal tahun 2009 lalu. TAHNIAH dan SYABAS buat Cik Shaireena Ja'afar, En. Hishamuddin Hassan, Pn. Prema Nambiar, Pn. Salbihana Samsuddin, Dr. Yazid bin Abdul Manaf, En. Chew Eng Sun, En. Azahari Mariani, En. Lui Lai Nam dan beberapa lagi nama tidak disebutkan di sini di atas kecekalan anda menyiapkan pangkalan data sehingga lewat malam dan pagi selama sebulan.

Tidak lupa, TAHNIAH buat semua pelajar PISMP Pendidikan Jasmani, Sains dan Matematik Ambilan Januari 2007 atas usaha dan kecekalan anda membantu para pensyarah menyiapkan segala dokumen yang berkaitan dengan proses audit MQF ini.

Tidak ketinggalan juga, TAHNIAH dan TERIMA KASIH buat pihak pentadbir dan pengurusan IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Ketua-Ketua Jabatan, Ketua-Ketua Unit dan pensyarah-pensyarah yang terlibat di atas bantuan dan kerjasama yang diberikan selama ini. TAHNIAH...anda semua HEBAT. Semoga anda semua berjaya... InsyaAllah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BMI CALCULATOR

Disclaimer/Penafian

Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan, Institut Pendidikan Guru, Kampus Temenggong Ibrahim, Jalan Datin Halimah , 80350 Johor Bahru, Johor.

Tel : 07-2364788 sambungan 236 @ 237 Fax : 07-2379736 Emel: jpjkipti@yahoo.com

Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan, Institut Pendidikan Guru, Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.