Tazkirah

Thursday, December 31, 2009

Maklumat terkini Jabatan PJK

Salam sejahtera & salam 1Malaysia...

Untuk makluman semua, En. Muszarpar bin Esnawi telah berpindah ke IPG Kampus Bahasa Melayu Kuala Lumpur berkuatkuasa 16 Disember 2009. Pihak jabatan ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada beliau sepanjang beliau menjadi tenaga pengajar di jabatan ini. Semoga anda sekeluarga beroleh kesejahteraan di tempat yang baru. Teruskan usaha dan kecemerlangan anda. Semoga bertemu lagi di lain masa.

Pantun khas buat Sdr Muszarpar dari pihak Admin:-

Burung merbok burung kedidi,
Hinggap sebentar di pohon rambutan,
Terima kasih daun keladi,
Jasamu tuan tidak akan dilupakan.

P/s: Motor Modenas Jaguh JGG4057 tiada jadi dijual. Harap maklum...

Saturday, November 21, 2009

Gambar Staf Akademik & Bukan Akademik Jabatan PJK (Terkini)

Duduk dari kiri: Cik Shaireena bte Jaafar, Tn. Hj. Norhizan bin Zainol, En. Adib bin Sulaiman, En. Kamaluddin bin Mokri & Pn. Rashidah bte Suib.
Berdiri dari kiri: En. Poniran bin Salamon, En. Ahmad Fadzil bin Noor, En. Mohd Zairi bin Husain, En. Hishamuddin bin Hassan, Tn. Syed Muhd Kamal bin Syed Abu Bakar dan En. Muszarpar bin Esnawi.

Gambar terkini staf akademik & bukan akademik Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan IPG Kampus Temenggong Ibrahim Johor Bahru.

Catatan: Berdiri dua dari kiri ialah En. Danapalu dan lima dari kiri ialah En. Abdul Latif bin Omar.

Sunday, November 15, 2009

Selamat bercuti...

Salam sejahtera...

Mulai 21/11/2009 ni semua pelajar akan bercuti selama lebih kurang sebulan lebih. So pihak admin jpjkipti.blogspot.com ingin mengucapkan selamat bercuti buat semua pelajar. Isikan masa cuti anda dengan perkara-perkara yang berfaedah. InsyaAllah kita akan berjumpa lagi pada semester baru 2010 pada 4/1/2010... Di kesempatan ini juga, pihak admin ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha, Selamat Menayambut Awal Muharam & Marry Christmas. Salam ukhwah ikhlas daripada admin jpjkipti.blogspot.com.

Tuesday, November 10, 2009

ISO datang lagi... (mari kita lihat sapa yang kena!!!)

Pada 13/11/2009 ini audit ISO SIRIM QAS akan berlangsung di F5, Blok HEP IPG Kampus Temenggong Ibrahim bermula jam 8.30 hingga 4.30 petang. Rentetan dari itu, pada 12/11/2009 semua Ketua Jabatan dan pensyarah dikehendaki menghantar Folio masing-masing ke bilik F5, Blok HEP bagi tujuan tersebut. Diharap semua staf akademik & staf pengurusan dapat memberikan kerjasama yang sangat tinggi bagi mengelakkan institut ini dikenakan sama ada teguran, OBS atau NCR. Belajarlah daripada pengalaman & kesilapan... Hayati dan fahami prinsip kerja Pengarah BPG yang baru iaitu KERJA IKUT PERATURAN & JANGAN BOHONG. Justeru itu, bertanggungjawablah di atas apa yang dipertanggungjawabkan kepada anda secara profesional & berintegriti. Ingat.... KERJA IKUT PERATURAN & JANGAN BOHONG!!!

Sunday, October 11, 2009

Happy Deepavali...

Salam sejahtera & salam 1 Malaysia...

Baju kurung maupun sari;
Cantik dipakai di hari bahagia;
Deepavali maupun Aidilfitri;
Kita bersama berkongsi raya.

Pulut dan lemang juadah asli;
Maruku dan kari menambah selera;
Selamat DeepaRaya ucapan diberi;
Buat semua seluruh negara.

1 Malaysia gagasan diberi;
Hidup harmoni sepakat sekata;
Tak lama lagi kita sambut Deepavali;
Salah dan silap maaf dipinta.

Buat semua warga IPG Kampus Temenggong Ibrahim Johor Bahru yang menyambut Deepavali tidak lama lagi, kami seluruh warga Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan IPG KTI ingin mengucapkan Selamat hari Deepavali. Semoga hidup anda semua disinari cahaya keberkatan dan ceria selalu...

Ikhlas daripada;
Seluruh Warga Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan
IPG KTI

Sambutan Hari Raya Jabatan PJK 2009

Pada 9/10/2009 jam 3.00 petang, Jabatan PJK IPG KTI telah menganjurkan majlis Sambutan Hari Raya 2009 bertemakan Hi-Tea. Majlis ini telah diserikan lagi dengan kehadiran mantan pengarah IPG KTI, Tn. Hj. Zakaria bin Hj. A. Shukor. Selain daripada itu juga, Pengarah IPG KTI, Tn. Hj. Mohd Said bin Hasran dan juga Timbalan Pengarah Akademik, Tn. Hj. Sasman bin Yasir juga turut meluangkan masa menghadiri majlis ini. Antara menu-menu yang disediakan ialah roti jala, laksa johor, ubi rebus, ubi goreng, otak-otak, ais krim, cendol, buah-buahan, kek coklat dan macam-macam lagi. Guru-guru pelatih dari opsyen PJ telah bertungkus lumus dan bekerjasama bagi melancarkan lagi majlis tersebut. Selamat Hari Raya dari kami semua warga PJK IPG KTI....

Gambar-gambar sekitar majlis sambutan Hari Raya Jabatan PJK:-

http://s623.photobucket.com/albums/tt320/iriaz_h/HARI%20RAYA%20JABATAN%202009/

Tuesday, October 6, 2009

Mock Audit Dalaman MQF PISMP Ambilan Januari 2007

Salam aidilfitri dan salam 1 Malaysia...

Bermula 6 - 9 Oktober 2009 bertempat di Bilik Dato' Mahpor akan berlangsungnya Mock Audit Dalaman MQF PISMP Ambilan Januari 2007. Mock audit ini lebih bersifat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan program yang menggantikan KDPM dengan pengambilan pelajar pertamanya pada Julai 2005. Dengan 3 program utama sebagai benchmark bagi proses akreditasi kali ini, diharap ianya menjadi perintis kepada kecemerlangan profesionalisme keguruan yang unggul. Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah, Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian Sains Pendidikan Rendah dan Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian Matematik Pendidikan Rendah merupakan penyambung tradisi keguruan yang dimulakan dengan Sijil Perguruan Asas dan diikuti dengan Kursus Diploma Perguruan Malaysia. Selaras dengan teras PIPP yang menaik taraf maktab ke institut dan seterusnya ke IPG (Institut Pendidikan Guru), diharap dengan terhasilnya MQF ini akan membuka lembaran baru bagi dunia pendidikan negara.

Di sini juga, sekalung tahniah buat Jawatankuasa Pelaksana MQA institut terutamanya Dr. Sarimah Abd Razak dengan dibantu oleh Penyelaras Program Induk serta Penyelaras Program setiap jabatan kerana berjaya juga menyiapkan pangkalan data yang bermula awal tahun 2009 lalu. TAHNIAH dan SYABAS buat Cik Shaireena Ja'afar, En. Hishamuddin Hassan, Pn. Prema Nambiar, Pn. Salbihana Samsuddin, Dr. Yazid bin Abdul Manaf, En. Chew Eng Sun, En. Azahari Mariani, En. Lui Lai Nam dan beberapa lagi nama tidak disebutkan di sini di atas kecekalan anda menyiapkan pangkalan data sehingga lewat malam dan pagi selama sebulan.

Tidak lupa, TAHNIAH buat semua pelajar PISMP Pendidikan Jasmani, Sains dan Matematik Ambilan Januari 2007 atas usaha dan kecekalan anda membantu para pensyarah menyiapkan segala dokumen yang berkaitan dengan proses audit MQF ini.

Tidak ketinggalan juga, TAHNIAH dan TERIMA KASIH buat pihak pentadbir dan pengurusan IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Ketua-Ketua Jabatan, Ketua-Ketua Unit dan pensyarah-pensyarah yang terlibat di atas bantuan dan kerjasama yang diberikan selama ini. TAHNIAH...anda semua HEBAT. Semoga anda semua berjaya... InsyaAllah.

Friday, September 18, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia...

Di kesempatan ini, saya mewakili seluruh warga Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan IPG Kampus Temenggong Ibrahim Johor Bahru ingin menyusun sepuluh jari memohon keampunan di atas segala ketelanjuran kata & perbuatan selama ini. Semestinya tiada umat yang tidak melakukan kesilapan. Semoga Ramadhan yang bakal melabuhkan tirainya memberi kita keinsafan dan Syawal yang bakal menjelang akan memberi kita sejuta sinar dan mendapat keberkatan Allah SWT. InsyaAllah... Pesanan dari kami berhati-hati di jalan raya sewaktu pulang ke kampung masing-masing. Jaga diri & hiasi peribadi...

Salam ikhlas daripada;
Semua warga Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan
IPG Kampus Temenggong Ibrahim
Johor Bahru
Johor

Thursday, September 10, 2009

e-Borang Tempahan Padang/ Gelanggang

Salam sejahtera....

Perhatian kepada semua warga IPG Kampus Temenggong Ibrahim, tempahan padang dan gelanggang boleh dilakukan secara ONLINE di pautan yang telah disediakan di sebelah kanan blog ini. Sekian, harap maklum.

Saturday, August 22, 2009

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Di kesempatan ini, saya mewakili semua staf Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan IPG Kampus Temenggong Ibrahim Johor ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam. Semoga di hari baik dan bulan baik ini kita dapat meningkatkan lagi amal ibadat seharian kita.

Salam ukhwah daripada admin jpjkipti.blogspot.com....

Wednesday, July 8, 2009

Nota-nota P&P Pendidikan Jasmani (Update 3/9/2009)

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Kepada semua student IPGM Kampus Temenggong Ibrahim & IPGM-IPGM lain anda boleh memuat turun nota-nota yang berkaitan dengan P&P Pendidikan Jasmani di URL di bawah:-

1. http://pjk.ipti.edu.my/nota/
2. http://pjk.ipti.edu.my/pj3311sukan&rekreasi/
3. http://pjk.ipti.edu.my/pjm3102pergerakanasas/
4. http://pjk.ipti.edu.my/pjm3105pembelajaranmotor/
5. http://pjk.ipti.edu.my/pjm3110pedagogipj/
6. http://pjk.ipti.edu.my/pgsr/ (Update 3/9/2009)
7. http://pjk.ipti.edu.my/pjm3111bolabaling/ (Update 7/9/2009)

Semoga nota yang dimuat naik serba sedikit boleh membantu anda. Selamat belajar....

Sunday, June 7, 2009

Amali Pendidikan Luar KPLI Major PJ Ambilan Januari 2009

Pada 25-29/5/2009, pelajar-pelajar KPLI Major PJ Ambilan Januari 2009 telah menjalani sesi amali bagi subjek Pendidikan Luar di Kambau Bay Beach Resort Pulau Sibu, Mersing. Anda boleh melihat gambar-gambar sepanjang program tersebut berlangsung di URL di bawah:-

http://s623.photobucket.com/albums/tt320/iriaz_h/PL%20KPLI%20PJ%202009/


Saturday, June 6, 2009

Program Pendidikan Luar KPLI KDC SKM (Pemulihan Khas) Ambilan Nov 2008 (UPDATE 11/8/2009)

Salam sejahtera...

Pada 12-15/5/2009, satu program Pendidikan Luar KPLI KDC SKM (Pemulihan Khas) Ambilan Nov 2008 telah diadakan di Kambau BayBeach Resort Pulau Sibu. Program tersebut merupakan keperluan kursus yang perlu dilengkapkan oleh para pelajar. Untuk melihat gambar-gambar sepanjang program, anda boleh layari URL di bawah:-

http://s623.photobucket.com/albums/tt320/iriaz_h/PL%20KPLI%20SKM%202009/

Anda juga boleh melihat VIDEO sepanjang program ini dijalankan. Sila klik link di bawah:-

http://pjk.ipti.edu.my/video/


Saturday, May 16, 2009

SELAMAT HARI GURU...

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Di kesempatan ini pihak ADMIN jpjkipti.blogspot.com ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU... Jadilah guru yang HEBAT & TERBILANG... "Jika tidak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yang kita dapat & bersyukurlah dengan apa yang kita ada"...

Ikhlas daripada:
ADMIN jpjkipti.blogspot.com

Monday, May 4, 2009

Ayah En. Muzarpar Esnawi meninggal dunia...

Salam sejahtera...

Pada tanggal 1 Mei 2009 di saat kita menyambut sambutan Hari Pekerja, ayah salah seorang pensyarah di Jabatan PJK iaitu En. Muszarpar Esnawi telah kembali ke rahmatullah. Semoga roh beliau di tempatkan di sisi orang-orang yang soleh... Al Fatihah...

P/s: Seluruh warga Jabatan PJK IPGM Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru... pensyarah, pelajar dan staf sokongan mengucapkan salam takziah buat En. Muszarpar....

Sumbangan derma ikhlas...

En. Adib sedang menyampaikan sumbangan derma ikhlas dari Jabatan PJK kepada Amir 3 PISMP PJ di atas kematian ayahnya pada bulan Mac 2009 yang lalu. Semoga roh ayahnya ditempatkan di sisi orang-orang yang soleh. Amin...

Tuesday, April 28, 2009

Bengkel Pembinaan & Pemurnian Bahan OLL PGSR, PIMSP & J-QAF Semester 2 2009

Salam sejahtera...

Satu Bengkel Pembinaan & Pemurnian Bahan OLL PGSR, PIMSP & J-QAF Semester 2 2009 telah diadakan pada 27-30/4/2009 bertempat di Hotel Capitol, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Bengkel ini diharap dapat membantu pelajar-pelajar PGSR dalam proses p&p mereka di samping kuliah sedia ada. Semoga dengan adanya portal OLL ini, perkongsian pintar antara satu sama lain dapat diaplikasikan selaras dengan kehendak KPM & BPG.

Saturday, April 25, 2009

Lawatan Ilmiah ke MSN

Satu program lawatan ilmiah pelajar-pelajar PISMP semester 5 opsyen PJ, Sains dan Matematik bagi subjek PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran PJ & Sukan telah diadakan pada 22-24/4/2009 ke MSN, PPJSKM dan Muzium Anatomi, HUKM. Matlamat program ini adalah untuk melahirkan guru sekolah rendah yang berkualiti dari segi penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran dan keterampilan profesionalisme dalam bidang Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru terutamanya dalam bidang pengurusan dan pentadbiran PJ dan sukan.


Saturday, April 11, 2009

Taklimat MQF, SGM & SKPM di Tg. Puteri Resort, Pasir Gudang.

Satu taklimat berhubung dengan Malaysia Qualification Framework (MQF), Standard Guru Malaysia (SGM) & Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) telah diadakan di Tg. Puteri Resort, Pasir Gudang pada 11 April 2009 dari jam 8.30 - 4.30 petang. Taklimat tersebut bertujuan memberi pendedahan kepada para pensyarah IPGM Kampus Temenggong Ibrahim berhubung perlaksanaan MQF, SGM & SKPM yang sebenar-benarnya. Selain daripada itu juga, taklimat ini lebih menjurus kepada latihan pembangunan staf yang mana pada sesi taklimat tersebut turut disertai oleh Pengarah IPGM KTI sendiri. Antara penceramah yang dijemput untuk memberikan input adalah terdiri daripada pegawai di BPG dan Jemaah Nazir & Kualiti (Cawangan Negeri Johor). Adalah diharapkan selepas taklimat ini, para pensyarah akan lebih jelas lagi perihal perjalanan prosedur tersebut.

Friday, April 10, 2009

Teka Teki

Pintu ape yang walaupun dengan 10 org pun tak leh nak tolak?

P/s: Tuliskan jawapan di dalam ruangan COMMENTS

Wednesday, April 8, 2009

Main golf di StarHill...

Ni gambar aku masa main golf di StarHill... Tak sempat habiskan game. Dapat 14 lubang je sebab dah nak masuk Maghrib. Apa-apa hal pun enjoy...... Yang penting gaya mahu pro beb..

Tuesday, March 3, 2009

Mesyuarat Pemurnian Reka Bentuk Kurikulum & Kaedah Penyampaian PISMP

Salam sejahtera & selamat pagi Malaysia...

Satu Mesyuarat Pemurnian Reka Bentuk Kurikulum & Kaedah Penyampaian PISMP telah diadakan di Hotel Grand Continental Kuala Lumpur bermula 2 hingga 5 Mac 2009. Kursus ini bertujuan melengkapkan penulisan dokumen MQA bagi kursus Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan mengikut kursus masing-masing yang ditawarkan di 27 buah IPGM. Seperti biasa mesyuarat ini dibantu oleh fasilitstor dari IPGM Kampus Darul Aman iaitu En. Abdul Jalil Hassan. Semoga dengan terhasilnya dokumen ini, maka proses pengijazahan pelajar-pelajar PISMP di IPGM berjalan lancar.



Monday, February 16, 2009

Jabatan PJK Dilanda Ribut...

Salam sejahtera...

Lebih kurang jam 3.30 petang 16/2/2009 hujan turun pada mulanya agak sederhana. Sedikit demi sedikit hujan semakin lebat. Pada ketika itu, saya bersama En. Kamaluddin & En. Hishamuddin berada di dalam pejabat sedang membuat kerja masing-masing. Pada masa tersebut juga saya sedang berbincang dengan Afifi & Riduan TROY berhubung dengan kertas kerja lawatan ke MSN, ISN & MOM. Lebih kurang 15 minit saya terdengar satu bunyi yang kuat. Saya berkata kepada En. Din, mungkin salah satu bumbung di bahagian atas bilik mesyuarat sudah diterbangkan angin. Saya masih tidak menyangkakan ada perkara yang buruk telah terjadi. Saya meneruskan tugasan saya. Beberapa minit kemudian, beberapa orang pelajar PISMP PJ semester 3 berlari masuk ke dalam pejabat menyatakan bahawa separuh daripada bumbung bangunan sebelah atas bilik mesyuarat dan bilik En. Adib telah diterbangkan angin. Agak terkejut dengan kata-kata mereka, saya keluar dan mendapati memang benar apa yang diperkatakan oleh mereka. Pada ketika itu saya lihat En. Adib dibantu oleh beberapa orang pelajar dan En. Palu mengalihkan perkakasan daripada basah disimbahi hujan. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi di sini saya uploadkan gambar-gambar digital & video keadaan yang berlaku untuk tatapan anda semua.


video

VIDEO 1


video

VIDEO 2

video

VIDEO 3


GAMBAR KERETA EN. ADIB YANG DIHEMPAP KAYU SEMASA KEJADIAN BERLAKU



GAMBAR-GAMBAR SELEPAS KEJADIAN










P/s: Semoga kejadian yang berlaku menginsafkan kita sebagai manusia yang Maha kerdil. Bersyukur juga ke hadrat Allah SWT kerana tiada kemalangan jiwa yang berlaku. Amin....

Gaya Seorang PRO...

Amcam ada gaya seorang PRO tak? Jangan main-main tau setakat PAR 5 tu senyum je!!!

Simulasi Pendidikan Luar


Pelajar-pelajar PISMP PJ Semester 3 sedang bergaya di hadapan gejet yang mereka bina untuk simulasi subjek Pendidikan Luar. Kelihatan En. Hishamuddin bersama-sama mereka. Mungkin selepas ini mereka akan mendirikan gejet menara setinggi 15 tingkat kot!!!

Thursday, January 29, 2009

Tuesday, January 13, 2009

MESYUARAT & BENGKEL PENULISAN DOKUMEN JAMINAN KUALITI PROGRAM PISMP

Salam sejahtera & selamat pagi MALAYSIA....

Satu mesyuarat dan bengkel penulisan dokumen jaminan kualiti bagi program PISMP anjuran IPGM Kampus Temenggong Ibrahim Johor Bahru telah diadakan di Hotel Katerina Batu Pahat bermula 12 - 15 Januari 2009. Bengkel ini bertujuan membina pangkalan data MQF bagi program PISMP. Berdasarkan kepada 4 bidang utama iaitu Matematik, Sains, Pendidikan Jasmani & Kemahiran Hidup seramai 52 orang staf akademik dan sokongan IPGM Kampus Temenggong Ibrahim Johor Bahru telah berkampung di sini selama lebih kurang 4 hari bagi memastikan matlamat ini dapat direalisasikan. Dengan bantuan 2 orang fasilitator dari IPGM Kampus Darul Aman diharap pangkalan data ini dapat diselesaikan dengan jayanya. Harapan agar apa yang dirancang dapat dilaksanakan sebaik mungkin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BMI CALCULATOR

Disclaimer/Penafian

Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan, Institut Pendidikan Guru, Kampus Temenggong Ibrahim, Jalan Datin Halimah , 80350 Johor Bahru, Johor.

Tel : 07-2364788 sambungan 236 @ 237 Fax : 07-2379736 Emel: jpjkipti@yahoo.com

Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan, Institut Pendidikan Guru, Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.