Tazkirah

Wednesday, March 24, 2010

Lawatan & sesi taklimat MQA Jabatan Kemahiran Hidup ke Jabatan PJK

Salam sejahtera...

Satu sesi taklimat dan lawatan MQA oleh Jabatan Kemahiran Hidup ke Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan telah diadakan pada 12/3/2010 yang lalu. Sesi lawatan ini diketuai oleh Ketua Jabatan KH, En. Paiman bin Pardi dan beberapa orang pensyarah jabatan tersebut. Sesi taklimat ini dikendalikan oleh Cik Shaireena Jaafar dan En. Mohd Zairi Husain. Lebih kurang 1 jam sesi berlangsung, mereka telah diberikan penerangan dan taklimat berhubung proses perlaksanaan akreditasi MQA Jabatan PJK. Alhamdulillah, hasil lawatan tersebut dapat disimpulkan bahawa mereka telah faham bagaimana proses MQA dilaksanakan. Tahniah buat Cik Shaireena atas usaha keras anda... Semoga usaha anda akan menjadikan Jabatan PJK sebagai benchmark kepada jabatan-jabatan lain di IPG ini.

Saturday, March 13, 2010

KPLI PJ Juara Karnival Sukan Ragam 2010

Assalamualaikum & salam 1Malaysia...

Pada 12/3/2010 yang lalu, satu Karnival Sukan Ragam anjuran KPLI Ambilan Januari 2010 telah diadakan di Padang IPGKTI. Karnival yang berlangsung selama 2 jam 30 minit itu merupakan tugasan PJ2050 (D) Pendidikan Jasmani Asas yang perlu dilaksanakan oleh mereka. Pada karnival kali ini, KPLI opsyen Pendidikan Jasmani telah muncul sebagai juara. Tahniah buat pemenang...Semoga ilmu yang diperolehi di sini dapat diaplikasikan di sekolah kelak. Di kesempatan ini, pihak admin ingin mengucapkan selamat bercuti kepada semua warga Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru. Tidak ketinggalan juga kami ingin mengucapkan selamat menjalani PBS buat KPLI Ambilan Januari 2010 selama 2 minggu & PISMP Semester 1 & 3 selama seminggu di sekolah-sekolah terpilih. Ucapan selamat berpraktikum juga buat semua pelajar PISMP Semester 5 (4 minggu) dan PISMP Semester 7 (12 minggu)... Lakukan yang terbaik...

Thursday, March 11, 2010

Sukan Ragam KPLI Ambilan Januari 2010

Salam sejahtera & salam 1Malaysia...

Satu Karnival Sukan Ragam akan dijalankan pada hari Jumaat 12 Mac 2010 jam 2.45 - 5.00 petang bertempat di Padang IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru. Karnival ini dianjurkan oleh pelatih KPLI Ambilan Januari 2010. Program ini merupakan sebahagian daripada kerja kursus berasaskan ilmu dan memenuhi keperluan sukatan pelajaran PJ2050 (D) Pendidikan Jasmani Asas. Semua pelatih IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru dijemput hadir bagi memeriahkan lagi karnival tersebut.

Hantar Berita

Assalamualaikum, salam sejahtera & salam 1Malaysia....

Pengumuman kepada semua pelajar PPISMP, PISMP & KPLI Major PJ, anda digalakkan untuk mendaftar sebagai pengguna di web portal Jabatan PJK. Laman web tersebut boleh dicapai di http://pjk.ipti.edu.my. Jika anda mendaftar sebagai pengguna berdaftar, anda boleh menghantar berita-berita terkini yang berkaitan dengan Jabatan PJK, IPGM, dunia pendidikan & sebagainya. Berita-berita yang terpilih akan disiarkan sama ada di muka hadapan web portal atau berita jabatan. Bagi tujuan tersebut, anda adalah dinasihatkan agar sentiasa berhemah sewaktu menulis berita-berita yang ingin disiarkan.Terima kasih dan harap maklum... Admin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BMI CALCULATOR

Disclaimer/Penafian

Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan, Institut Pendidikan Guru, Kampus Temenggong Ibrahim, Jalan Datin Halimah , 80350 Johor Bahru, Johor.

Tel : 07-2364788 sambungan 236 @ 237 Fax : 07-2379736 Emel: jpjkipti@yahoo.com

Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan, Institut Pendidikan Guru, Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.