Tazkirah

Saturday, July 5, 2008

Kursus P&P PJK Guru-Guru Bukan Opsyen PPD Pasir Gudang 2008

Satu kursus p&p Pendidikan Jasmani & Kesihatan bagi guru-guru bukan opsyen PPD Pasir Gudang 2008 telah diadakan pada hari Sabtu 5 Julai 2008 bertempat di SK Taman Megah Ria, Masai. Kursus sehari anjuran PPD Pasir Gudang dengan kerjasama Institut Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru itu bertujuan memberikan pendedahan dan refreshment kepada guru-guru bukan opsyen PJK agar mereka dapat mengajar subjek ini dengan lebih efisien lagi. Kaedah, pendekatan dan strategi pengajaran dan pembelajaran PJK merupakan aspek-aspek penting yang akan disampaikan oleh 3 orang penceramah berpengalaman dari Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan IPTI dalam kursus tersebut. Mereka ialah Pn. Rashidah bte Suib, En. Poniran bin Salamon dan En. Hishamuddin bin Hassan. Di harap selepas kursus ini, para peserta yang terlibat akan mengaplikasikan ilmu-ilmu yang diperolehi sebaik mungkin. Selamat berkursus...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BMI CALCULATOR

Disclaimer/Penafian

Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan, Institut Pendidikan Guru, Kampus Temenggong Ibrahim, Jalan Datin Halimah , 80350 Johor Bahru, Johor.

Tel : 07-2364788 sambungan 236 @ 237 Fax : 07-2379736 Emel: jpjkipti@yahoo.com

Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan, Institut Pendidikan Guru, Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.