
Tanggal 26 Jun 2008 merupakan detik bersejarah buat seorang pensyarah Jabatan PJK iaitu En. Ramlee bin Ismail kerana pada tarikh tersebut merupakan hari terakhir beliau berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan & sebagai pensyarah di IPTI. Beliau merupakan seorang pensyarah yang sangat berpengalaman dan mempunyai kesungguhan sewaktu menjalankan tugasan. Sentiasa ingin membantu dan sanggup memberi tunjuk ajar. Beliau sangat aktif dalam kerja-kerja yang berkaitan dengan pembangunan sukan mahupun di peringkat IPG ataupun peringkat negeri dan kebangsaan. Kami warga Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan serta mendoakan agar agar En. Ramlee sentiasa beroleh kerahmatan, kesihatan diri & ketenangan jiwa yang abadi. Akhirkata terimalah serangkap pantun dari kami warga JPJK:-
Pucuk pauh delima batu,
Anak sembilang di tapak tangan,
Walaupun rumah tak sampai sebatu,
Hilang di mata di hati jangan!!!!
Sekian, salam ukhwah & wassalam....
No comments:
Post a Comment