Tazkirah

Saturday, January 29, 2011

Lawatan Ilmiah Ke EPRD Putrajaya

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Pada 24 dan 25 Januari 2011 yang lalu, seramai 19 orang siswa guru PISMP Pendidikan Jasmani Ambilan Januari 2008 telah pergi ke EPRD Putrajaya sebagai sebahagian daripada memenuhi sukatan pelajaran PJM3116 Penyelidikan Tindakan 1 - Metodologi. Program lawatan ini juga merupakan sebahagian daripada keperluan kursus PJM3116 Penyelidikan Tindakan 1 – Metodologi yang merupakan mata pelajaran teras wajib bagi semua siswa guru PISMP IPGKTI Major Pendidikan Jasmani Ambilan Januari 2008. Pembelajaran dari lawatan, penyediaan laporan serta kertas cadangan kajian tindakan dan perbincangan mengenainya yang menyumbang 50 peratus daripada penilaian akhir kursus. Selain daripada itu, matlamat program ini adalah untuk melahirkan guru sekolah rendah yang berkualiti dari segi penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran dan keterampilan profesionalisme dalam bidang Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru melalui kajian tindakan. Selain daripada itu, kami juga ingin merealisasikan matlamat & hasrat KPM yang menggariskan bahawa satu guru satu kajian tindakan setiap tahun akan tercapai dengan jayanya.

Berikut adalah objektif lawatan ilmiah ini:

1 . Mendapatkan seberapa banyak sumber sama ada daripada buku rujukan, tesis, artikel dan jurnal bagi menghasilkan kertas cadangan kajian tindakan.;

2. Membuka laluan kepada siswa guru bagaimana mendapatkan bahan rujukan daripada perpustakaan dan tidak semata-mata bergantung harap kepada bahan di internet sahaja;

3. Mengenalpasti dan mensintesis maklumat daripada pelbagai sumber untuk memperolehi pemahaman yang koheren tentang amalan refleksi, teori dan amalan;

4. Mempersiapkan diri dengan cabaran sebagai seorang siswa guru yang proaktif dan sentiasa ingin maju;

5. Mengintergrasikan kemahiran yang dipelajari dengan bahan yang diperolehi bagi melakukan penulisan yang sistematik, berkesan dan bermakna;

6. Bekerjasama dan berinteraksi dalam pelbagai situasi dan keadaan; dan

7. Lebih berusaha ke arah pembudayaan penulisan kajian tindakan sebagai salah satu budaya kerja di sekolah kelak.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BMI CALCULATOR

Disclaimer/Penafian

Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan, Institut Pendidikan Guru, Kampus Temenggong Ibrahim, Jalan Datin Halimah , 80350 Johor Bahru, Johor.

Tel : 07-2364788 sambungan 236 @ 237 Fax : 07-2379736 Emel: jpjkipti@yahoo.com

Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan, Institut Pendidikan Guru, Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.