Tazkirah

Sunday, February 27, 2011

Muhyiddin harap dasar 1M1S dapat sokongan

Pada tahun lalu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah pun mengumumkan tentang dasar satu murid satu sukan. Menurut beliau, dasar ini telah lama wujud, cuma belum ditekankan di sekolah-sekolah. Dasar 1 Murid 1 Sukan menekankan penglibatan setiap murid dalam sukan. Penglibatan ini lebih menjurus kepada penyertaan, penglibatan, pemahaman dan pengetahuan mengenai sukan berkenaan tanpa mementingkan prestasi mereka. Oleh itu, bermula tahun 2011, semua murid dan pelajar diwajibkan mengambil sekurang-kurangnya satu jenis sukan. Dasar ini adalah sebahagian daripada rancangan transformasi pendidikan yang meliputi dasar satu murid bergiat dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan akan mula dilaksanakan tahun 2011. Dasar itu bertujuan mengembalikan kecemerlangan sukan di sekolah dalam negara selain dapat meningkatkan semangat persaingan yang sihat. Melalui aktiviti sukan juga dapat merapatkan hubungan dan meningkatkan persefahaman selain boleh mewujudkan semangat "esprit de corp" iaitu saling membantu di antara satu sama lain.

Saturday, February 26, 2011

Cemerlang Melalui Sukan

Pendidikan Jasmani adalah subjek yang pastinya ditunggu-tunggu pelajar setiap minggu termasuk penulis ketika pada zaman persekolahan. Subjek pendidikan jasmani bukan sekadar untuk bersukan tetapi menghilangkan tekanan selepas seharian belajar.

Bagaimanapun, subjek pendidikan jasmani itu hanya di pandang remeh dan tiada perhatian khusus kerana ia bu kanlah salah satu subjek dalam kokurikulum.

Malah, sesetengah pelajar juga tidak mengendahkan aktiviti sukan atau pendidikan jasmani dan hanya menumpukan perhatian kepada pelajaran semata-mata.

Namun, Kementerian Pelajaran melihat kepentingan subjek itu dalam merealisasikan kecemerlangan pelajar di sekolah.

Dalam pendidikan menengah di Australia, setiap pelajar diwajibkan mengambil subjek sukan dan pendidikan jasmani yang diterapkan dalam kurikulum sekolah.

Usul itu kini sedang diteliti untuk diperkenalkan di semua sekolah di negara ini kerana ia didapati berjaya dilaksanakan di sekolah di Australia meskipun maksimum enam subjek dihadkan untuk pelajar menengahnya bagi memasuki uni versiti.

Perkongsian kos prasarana sukan dengan universiti ber dekatan mungkin dilakukan. Pelajar yang berminat me ngambil pendidikan jasmani, boleh berbuat demikian sebagai satu mata pelajaran.

Jika diteliti, langkah untuk melaksanakan perkara itu amat bagus. Tetapi adakah ia sesuai dilaksanakan di negara ini?

Adakah kita cukup yakin konsep yang dilaksanakan di sekolah menengah di Australia itu akan mencapai kejayaan apabila diperkenalkan di negara ini kerana budaya dan latar belakang pendidikan berbeza?

Yang dipertua Persatuan Kebangsaan Pengetua Malaysia, Azam Md Atan, berkata cadangan Kementerian Pelajaran itu boleh mencapai kejayaan tetapi sistemnya perlu diperting katkan.

Beliau berkata, pendidikan jasmani adalah mata pelajaran yang wajib di sekolah sejak dulu lagi. Bagaimanapun, ia tidak diberi perhatian sepenuhnya.

“Justeru, jika sukan dan pendidikan jasmani ini wajib diterapkan dalam kokurikulum sekolah menengah, ia satu usaha yang baik.

“Selain itu, langkah itu pasti berhasil jika sistem yang diguna pakai dalam subjek pendidikan jasmani di sekolah ditambah baik,” katanya.

Azam berkata, Kementerian Pelajaran perlu melihat semua aspek terutama tenaga pengajar yang mahir.

“Jika dilihat senario di kebanyakan sekolah, guru yang mengendalikan pendidikan jasmani tidak mempunyai latar belakang dalam bidang itu.

“Bayangkan jika guru agama, Matematik atau Bahasa Me layu terpaksa mengambil alih tugas itu, tentu hasilnya mengecewakan,” katanya.

Beliau berharap apabila subjek itu diwajibkan kelak, jangan berlaku seperti sesetengah mata pelajaran wajib yang tidak mempunyai tenaga pengajar berkelayakan.

Katanya, mengenai cadangan kementerian mahu mengguna pakai sistem pendidikan jasmani yang dilaksanakan di se kolah menengah di Australia dan berkongsi kos prasarana sukan dengan universiti berdekatan, ia sepatutnya dilakukan sejak dahulu lagi.

“Tidak semua sekolah di negara ini mempunyai peralatan sukan yang lengkap. Jadi, dengan berkongsi prasarana itu dengan universiti, aktiviti sukan dan pendidikan jasmani ini boleh berjalan dengan baik.

“Perkongsian itu dapat menjimatkan perbelanjaan sekolah,” katanya.

Katanya, jika pelajar berminat mengambil pendidikan jas mani, dia boleh berbuat demikian sebagai satu subjek pe lajaran seperti yang dicadangkan.

Bagaimanapun, ia mungkin menghadapi sedikit masalah di sekolah di negara ini.

“Sistem pendidikan di Australia hanya mengehadkan enam subjek sahaja untuk memasuki universiti tetapi kita me merlukan maksimum 10 subjek.

“Namun, saya berharap kementerian akan melaksanakan program itu di negara ini jika kajian membuktikan ia membantu meningkatkan kecemerlangan pelajar dan se kolah,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Gabungan Pelajar Se menanjung Malaysia (GPSM), Mohd Nordin Awang, berkata langkah itu wajar dilaksanakan kerana sukan penting bagi melahirkan pelajar cemerlang.

Katanya, walaupun kokurikulum itu penting, tapi kita tidak mahu kualiti pelajar kita hanya dikategorikan sebagai pandai tetapi tidak cerdik.

“Kebanyakan pelajar kita lebih menumpukan kepada ko kurikulum semata-mata dan tidak mengendahkan sukan atau pendidikan jasmani.

“Kokurikulum memang penting tetapi aktiviti sukan juga memberi manfaat terutama dari aspek kesihatan dan ke cemerlangan,” katanya.

Senario pendidikan di negara ini mendapati kebanyakan pelajar yang dikategorikan pandai, gagal dalam sukan atau tidak mengambil berat aspek itu.

“Keadaan ini perlu dielakkan kerana dengan mengikuti aktiviti sukan atau berpersatuan, banyak ilmu yang mereka boleh peroleh.

“Pendidikan jasmani atau sukan bukan hanya bermain bola sepak tetapi skopnya luas,” katanya.

Nordin berkata, mungkin pelajar tidak sedar dengan me ngikuti aktiviti sukan dan berpersatuan, mereka boleh belajar banyak kemahiran terutama dalam komunikasi.

“Selain itu, banyak aspek sains sukan yang boleh memberi manfaat kerana di peringkat antarabangsa, ia bidang yang menjadi tumpuan masyarakat.

“Kerjaya dalam sukan juga menjamin masa depan kerana banyak majikan berminat mengambil mereka yang mem punyai latar belakang dalam bidang itu,” katanya

Sumber: Utusan Malaysia

Inovatif Patut Jadi Syarat Guru Naik Pangkat

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Saya amat tertarik dengan artikel tulisan Guru Biasa, Tangkak dalam akhbar Berita Harian bertarikh 24/2/2011 Khamis. Tajuk artikel beliau yang berbunyi, "Inovatif Patut Jadi Syarat Guru Naik Pangkat" sangat-sangat sesuai jika ianya digantikan dengan mod PTK yang lama. Saya juga amat tertarik dengan langkah kerajaan mewujudkan perjawatan baru serta kenaikan pangkat secara fast track (cth: Guru cemerlang, guru tingkatan 6). Kewujudan jawatan ini sememangnya menguntungkan guru-guru baru. Tidak sampai 5 tahun memegang jawatan sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan, mereka sudah diangkat sebagai guru cemerlang. Jika mereka benar-benar layak, tahniah diucapkan tapi yang menjadi persoalan di sini adalah mereka yang hanya hendakkan perjawatan tetapi dari segi inovatif & kecemerlangan mereka boleh dipertikaikan. Mungkin kenyataan ini tidak mempunyai data yang emperikal tapi pihak-pihak yang berkenaan bolehlah membuat pemantauan. Turun padang bagi memastikan anugerah yang diberikan kepada semua guru cemerlang itu benar-benar cemerlang yang paling penting pengekalan kecemerlangan tersebut biarlah berpanjangan. Jangan mengikut musim & trend semasa. Semoga kita digolong dalam golongan mereka yang sentiasa diberkati dan dirahmati Allah SWT.

Jerayawara The New IPG - A Learner Centered University

Jerayawara The New IPG - A Learner Centered University akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh: Selasa 01 Mac 2011
Tempat: DDKA

Semua pensyarah dan pegawai pengurusan diwajibkan hadir kecuali mereka yang telah diberi pelepasan oleh Tuan Pengarah.

Aturcara adalah seperti berikut:
0800 Pengenalan
0830 Tayangan Video The New IPG
0900 Pembentangan Sesi 1 - The New IPG, Peta Strategik, Kerangka Pengurusan Prestasi
0930 Pembentangan Sesi 2 - Bidang Kepakaran, Spesifikasi Tugas, Matrik Kompetensi, Pensarjanaan
1000 Rehat
1030 Pembentangan Sesi 3 - E-Pembelajaran
1045 Pembentangan Sesi 4 - Pentadbiran
1100 Pembentangan Sesi 5 - Laluan Kerjaya
1130 Rumusan
1200 Bersurai

Monday, February 14, 2011

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 2011

Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua...

WASIAT NABI MUHAMMAD SAW kepada SAYIDINA ALI RA

Wahai Ali, bagi orang MUKMIN ada 3 tanda-tandanya:
1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.
2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu.
3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia..

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Merahasiakan ibadahnya.
2) Merahasiakan sedekahnya.
3) Merahasiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah S.W.T.

Di kesempatan saya mewakili semua pensyarah Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan, IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru ingin mengucapkan, "Selamat menyambut Maulidur Rasul". Sama-samalah kita hayati tema sambutan tahun ini, "1 Malaysia 1 Ummah."

Tuesday, February 1, 2011

GONG XI FA CHAI

Salam sejahtera...

Di kesempatan ini, saya mewakili pensyarah Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru ingin mengucapkan GONG XI FA CHAI kepada semua rakyat Malaysia yang meraikannya terutamanya warga IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru. Dedikasi istimewa ini ditujukan khas buat semua pegawai pengurusan tertinggi, pensyarah IPGKTI, pegawai pengurusan, staf sokongan dan siswa guru KDPM, PPISMP, PISMP & KPLI yang berbangsa Cina. Tidak lupa juga dedikasi ini buat siswa guru PISMP & KPLI Pendidikan Jasmani. Wishing you & your family a wonderful and prosperous new year with lots of happiness.

Bring back joy of schooling

Assalamualaikum & salam sejahtera....

"Bring back joy of schooling" tulisan Dr. S.Nathesan dari Muar bertarikh 28.01.11, Jumaat dalam akhbar The Star. Satu tajuk yang agak ringan tetapi sangat mendalam maksudnya. Memang kita sedia maklum bahawa sistem pendidikan negara ini semakin hari semakin mencabar. Selaras dengan peningkatan tersebut jika dilihat secara holistik mendapati ianya tiada seimbang. Memang jelas ketara perbezaannya. Kita tidak menolak kemajuan & inovasi yang diperkenalkan malah kita menyokongnya 100%. Apa yang menjadi kebimbangan di sini ialah trend pendidikan masa kini yang kononnya menitik beratkan aspek JERIS walhal ianya tidak berlaku sepenuhnya. Di manakah silapnya. Baca & tafsirlah sendiri tulisan Dr. S. Nathesan yang saya muat naik ini & fikir-fikirkanlah.

Parents are kids' No 1 teachers

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Keratan akhbar daripada New Strait Times yang bertarikh 28 Januari 2011, Jumaat bertajuk, "Parents are kids' No 1 teachers" tulisan B.S dari Seremban, Negeri Sembilan. Seharusnya kita sebagai ibu bapa perlu sedar tentang keperluan yang dinyatakan dalam tulisan tersebut. Jangan anggap perkara ini tidak penting kerana banyak dapatan kajian menunjukkan kegagalan & ketidakprihatinan ibu bapa dalam menjadi pendidik pertama anak-anak menunjukkan statistik bahawa kecenderungan anak-anak terlibat dalam kecelaruan personaliti sangat tinggi. Pendidikan awal kanak-kanak sememang & sepatutnya bermula dari rumah. Ibu bapalah yang mencorakkan mereka. Jangan jadikan alasan sibuk bekerja atau penat sebagai batu penghalang kepada tanggungjawab tersebut. Biasanya bibit kemusnahan & kemalapan masa hadapan anak-anak adalah berpunca daripada sikap ibu bapa sendiri.

Usah mengharap padi seberang,
Entahkan jadi entahkan tidak,
Usah terlalu berharap bantuan orang,
Mendidik anak entahkan jadi entahkan tidak.

Justeru itu, fikir-fikirkanlah sendiri kerana masa hadapan anak-anak, andalah sebagai ibu bapa yang mencorakkannya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BMI CALCULATOR

Disclaimer/Penafian

Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan, Institut Pendidikan Guru, Kampus Temenggong Ibrahim, Jalan Datin Halimah , 80350 Johor Bahru, Johor.

Tel : 07-2364788 sambungan 236 @ 237 Fax : 07-2379736 Emel: jpjkipti@yahoo.com

Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan, Institut Pendidikan Guru, Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.