Tazkirah
Saturday, June 4, 2011
Pendidikan Luar KPLI KDC (Pengajian Cina) Ambilan Nov 2009
Pada 24-27 Mei 2011 yang lalu, satu program amali Pendidikan Luar KPLI KDC (Pengajian Cina) Ambilan Nov 2009 telah dijalankan di Simple Recreation Centre, Pulau Sibu, Mersing. Program ini adalah sebahagian daripada silibus yang perlu diselesaikan oleh siswa guru ini. Antara pengisian program ini ialah perkhemahan, abseiling, trekking, trekking malam, snorkeling, masakan hutan, sukan pantai dan malam kebudayaan. Program yang berjalan selama 4 hari 3 malam ini diketuai oleh saya sendiri, En. Mohd Zairi Husain dan En. Ahmad Fadzil Noor selaku pensyarah penasihat. Di samping itu juga, kami dibantu oleh Tn. Hj. Norhizan bin Zainol, En. Kamaluddin bin Mokri, Tn. Syed Muhd Kamal bin SA Bakar, En. Poniran bin Salamon dan Cik Shaireena bte Jaafar. Pada program kali ini, En. Adib bin Sulaiman, Ketua Jabatan PJK juga turut serta sebagai pemantau. Alhamdulillah semua aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar & menepati kehendak rubrik pentaksiran.
Gambar-gambar sepanjang program berjalan:-
Video malam kebudayaan (Sungguh menarik dan berbakat)
KUMPULAN 1
KUMPULAN 2a
KUMPULAN 2b
KUMPULAN 3
KUMPULAN 4
KUMPULAN 5
KUMPULAN 6
PERSEMBAHAN WAKIL PENSYARAH
Thursday, May 19, 2011
Peperiksaan Akhir Mei 2011
Kepada semua siswa guru MAJOR & ELEKTIF Pendidikan Jasmani IPGKTI, kami pensyarah-pensyarah di Jabatan PJK ingin mengucapkan selamat maju jaya dalam peperiksaan akhir Mei 2011 yang sedang berlangsung sehingga hujung bulan Mei ini. Semoga anda semua diberi kekuatan dan ketenangan dalam menjawab semua soalan-soalan yang dikemukakan dan mendapat keputusan yang CEMERLANG. InsyaAllah...
PJ perlu perhatian serius
Saya amat tertarik dengan tulisan Syed Kamaruzaman, UM dalam akhbar Sinar Harian yang bertarikh 16 Mei 2011, Isnin. Tulisan beliau yang bertajuk, "PJ perlu perhatian serius". Cuba hayati petikan ayat ini. "Cikgu suka main bola, hari-hari cikgu main bola!!!". Ingat lagikah anda dengan dialog berkenaan? Dialog lucu yang ditulis oleh Cikgu Shaari di papan hitam dan dibaca bergilir-gilir bermula dengan Nordin bin Hanafi dalam cerita "Masam Masam Manis". P. Ramlee sebagai pendukung watak utama cerita ini berjaya meninggalkan satu impak yang besar sehinggalah ke hari ini. Sebagai satu sumpahan, ianya menjadi satu budaya boleh dikatakan hampir di semua sekolah termasuklah sekolah yang menempatkan JU PJ itu sendiri mengamalkan budaya "main bola" pada setiap kali waktu PJ. Hanya hujan sahaja yang menjadi penghalang kepada kelas "PJ" ini. Walau pun, tulisan tersebut hanyalah sebagai learning object dalam pengajaran & pembelajaran Cikgu Shaari tetapi ianya boleh memberikan 1001 makna kepada mereka yang mendengar dan membacanya. Berdasarkan pengalaman penulis melakukan pemantauan di sekolah-sekolah tentang perlaksanaan kelas PJ ini, jarang sekali penulis melihat guru-guru PJ mengajar PJ mengikut sukatan pelajaran atau dengan kata lain rancangan pengajaran harian (RPH) yang ditulis. Apa yang ditulis lain dan yang diajarkan lain. Mereka menipu diri sendiri, menipu pelajar-pelajar, menipu Guru Besar dan menipu ibu bapa anak-anak yang sepatutnya belajar PJ tetapi mereka hanya bermain bola sewaktu kelas PJ. Dalam SKT mereka menulis di ruangan pencapaian prestasi 100% pengajaran dan pembelajaran tercapai tetapi hakikatnya tidak berlaku pun. Baru-baru ini, kita digemparkan dengan kenyataan daripada Menteri Kesihatan bahawa masalah obesiti kanak-kanak di Malaysia adalah disebabkan oleh amalan pemakanan mereka. Yang disalahkan adalah nasi lemak. Yang menjadi mangsa adalah pengusaha kantin sekolah. Selepas kenyatan beliau, bermacam-macam lagi kenyataan yang penulis rasakan kurang bijak dan kurang ilmiah. Sebagai seorang yang berilmu sepatutnya, hal ini perlu dikaji dengan mendalam terlebih dahulu dan jangan sesuka hati mengeluarkan kenyataan yang boleh dikategorikan kurang matang dan kurang bijak. Walaubagai mana pun, langkah Kementerian Kesihatan yang memandang serius perkara ini seharusnya diberi pujian. Sekurang-kurangnya mereka sedar bahawa ada perkara yang masih belum selesai & mereka terlepas pandang. Pasukan kesihatan awam perlu lebih pro aktif dalam mempromosikan hal ini. Jangan semuanya dilepaskan kepada pihak sekolah dan guru-guru. Ibu bapa juga tidak terlepas daripada tanggungjawab ini. Penulis ingin memetik satu kata-kata pepatah Inggeris yang berbunyi, "You are what you eat". Rasanya tidak perlu penulis mengulas lebih lanjut kerana ianya jelas, tepat dan betul. Justeru itu, penulis amat berharap agar semua pihak tampil dan melakukan tanggungjawab masing-masing dalam memastikan budaya PJ di sekolah diubah, amalan pemakanan anak-anak dikawal dan pemantauan daripada pihak Kementerian Kesihatan ditingkatkan demi kesejahteraan bersama.
PJ - Pendidikan Jasmani
JU - Jurulatih utama
SKT - Sasaran Kerja Tahunan
Sunday, May 15, 2011
Selamat Hari Guru
Assalamualaikum & salam sejahtera...

Bersenjatakan pena keramat dan berbekalkan ilmu di dada yang sarat melangkah sang guru penuh semangat ke gelanggang pendidikan untuk berkhidmat dengan satu visi dan matlamat bagi mengangkat martabat umat di pentas watan dan sarwajagat demikian sifat guru berkualiti menjadi pemangkin kegemilangan negara... "GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA"... SELAMAT HARI GURU buat semua insan yang bergelar GURU termasuklah bakal guru & mantan guru... Ikhlas daripada kami di Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan IPGKTI...
Friday, May 13, 2011
Pendidikan Luar KDPM KDC Kemas Ambilan Jun 2009
Pada 9-12 Mei 2011 yang lalu, satu program amali Pendidikan Luar KDPM KDC Kemas Ambilan Jun 2009 telah dijalankan di Simple Recreation Center, Pulau Sibu, Mersing. Program ini adalah sebahagian daripada jam kredit dalam sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani (Elektif) bagi kursus KDC KDPM Kemas Ambilan Jun 2009. Sepanjang 4 hari 3 malam, siswa guru didedahkan dengan pelbagai aktiviti-aktiviti yang berasaskan air dan darat. Antara pengisian program ialah perkhemahan, abseiling, treaking malam, kayak, snorkeling, sukan pantai dan malam kebudayaan. Dengan menjadikan alam semula jadi sebagai makmal pembelajaran, rata-rata siswa guru yang mengikuti program ini sangat berminat dan berjaya mengikuti program ini dengan cemerlang. Sekalung tahniah buat Cik Saireena Jaafar selaku pensyarah bertanggungjawab. Tahniah juga buat fasilitator lain yang terdiri daripada En. Poniran Salamon, En. Ahmad Fadzil Hj. Noor dan saya sendiri, Mohd Zairi Husain. Semoga dengan ilmu dan pengelaman yang diperolehi di sini dapat diaplikasikan di sekolah kelak. InsyaAllah...
Koleksi gambar sepanjang program dijalankan:-
Video persembahan kumpulan 1
Video persembahan kumpulan 2
Sunday, May 8, 2011
Selamat Hari Ibu...
Ibu dibekalkan syurga dikakinya,dimatanya, pada suaranya, pada gayanya, pada sentuhannya & pada didikannya. Ibu yg hebat boleh menukar semua suasana panas kepada suasana syurga. Menjahit yg terlerai, merawat yg terluka,menghibur semua kepedihan, penderma kasih sayang yg tidak bertepi, pendengar kepada semua berita walaupun yg merobek isi hatinya, perindu yg tidak pernah padam rindunya walaupun yg dirindu sudah mahu melupakannya, pemberi yg tidak pernah mencatat apa yg diberi & tidak pernah menuntut balasan dari semua pemberiannya & pendoa yg tidak pernah mengira waktu & memilih kasih. Begitulah hebatnya insan yg bergelar IBU... SELAMAT HARI IBU!!!Sempena sambutan Hari Ibu, kami di Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan IPGKTI ingin mengucapkan SELAMAT HARI IBU buat semua ibu di Malaysia dan di dunia, Selamat Hari Ibu... Semoga Allah SWT sentiasa memberkati dan merahmati kehidupan semua insan yang bergelar IBU...
Saturday, April 30, 2011
Surat Panggilan Program Pendidikan Luar KPLI KDC Pengajian Cina Ambilan Nov 2009
Selamat sejahtera...Perhatian kepada semua siswa guru KPLI KDC Pengajian Cina Ambilan Nov 2009, di sini dilampirkan surat panggilan program Pendidikan Luar untuk kelas anda. Sila klik pada link di bawah untuk muat turun dokumen-dokumen berkaitan:-

01_Surat Panggilan Program PL KPLI KDC PC Amb Nov 2009
02_Senarai Keperluan Individu KPLI KDC PC
03_Jadual Program Amali PL KPLI KDC Pengajian Cina Ambilan November 2009
Program tersebut akan dilaksanakan pada ketetapan berikut:-
Tarikh: 24 - 27 Mei 2011 (Selasa - Jumaat)
Tempat: Simple Recreation Centre, Pulau Sibu, Mersing.
Tarikh lapor diri: 23 Mei 2011 (Isnin), jam 7.00 pagi
Pengurusan alatan: 23 Mei 2011 (Isnin), jam 8.30 - 5.00 petang
Sekian, terima kasih & harap maklum.
P/s: Sebarang pertanyaan, sila berhubung terus dengan En. Mohd Zairi bin Husain di talian 019-7543197 atau En. Ahmad Fadzil bin Hj. Noor di talian 013-7524567.
Karnival Permainan Tradisional 2011
Assalamualaikum & salam sejahtera...Siswa guru PISMP Ambilan Januari 2009 akan menganjurkan satu Karnival Permainan Tradisional 2011. Program ini adalah sebahagian daripada projek KKBI yang perlu dilengkapkan di bawah kursus PJM3112 Pengurusan & Pentadbiran Pendidikan Jasmani & Sukan yang mana ianya merupakan kursus major bagi siswa guru PISMP Pendidikan Jasmani dan kursus elektif bagi siswa guru PISMP Pendidikan Khas, Sains dan Rekabentuk Teknologi. Kehadiran semua siswa guru yang terlibat adalah WAJIB. Ianya membawa wajaran sebanyak 40% daripada peratusan KKBI.
Berikut adalah makluman berhubung dengan karnival tersebut:-
Tarikh: 6 Mei 2011 (Jumaat)
Masa: 2.00 - 6.00 petang
Tempat: Astaka dan padang IPGKTI
Semua warga IPGKTI dan siswa guru dipersilakan hadir untuk memeriahkan majlis ini lagi. Terima kasih & harap maklum.
Sebaran pertanyaan, anda bolehlah menghubungi Pengarah Projek iaitu Sdr. MUHAMMAD QAWIEM AKMAL B. MOHD YUSOF dari PISMP RBT di talian 013-7975594.
Kursus Kesihatan Pergigian IPGKTI 2011
Selamat sejahtera...Perhatian kepada semua siswa guru KDPM Kemas Ambilan Julai 2008, KPLI SR Ambilan Jun 2010 & Ambilan Januari 2011, di sini dilampirkan surat panggilan Program Kesihatan Pergigian 2011. Sila klik pada link di bawah untuk muat turun dokumen-dokumen berkaitan:-

01_Surat Pemberitahuan Program Kepada Semua Guru Pelatih
02_Jadual Kursus Program Kesihatan Pergigian KPLI 2011
03_Tajuk Pembentangan Program Kesihatan Pergigian PISMP & KPLI (SR) 2011
Program tersebut akan dilaksanakan pada ketetapan berikut:-
Tarikh: 05 - 06 Mei 2011 (Khamis - Jumaat)
Tempat: Dewan Dato' Khairuddin Ashari dan Dewan Seri Temenggong, IPGKTI.
Pendaftaran: 05 Mei 2011 (Khamis), jam 7.30 - 8.00 pagi
Majlis penutup: 06 Mei 2011 (Jumaat), jam 11.45 pagi
Sekian, terima kasih & harap maklum.
P/s: Sebarang pertanyaan, sila berhubung terus dengan En. Mohd Zairi bin Husain di talian 019-7543197 atau Ketua Urusetia Sdr. Muhammad Faiz Hambali dari KPLI Pend. Jasmani Ambilan Jun 2010 di talian 017-4572747 @ 013-3184852. Harap maklum & terima kasih.
Thursday, April 28, 2011
Kejohanan Olahraga IPGKTI Kali Ke-44 2011
Berikut adalah koleksi gambar Kejohanan Merentas Desa & Acara Sebelum Sukan Kejohanan Olahraga IPGKTI Kali Ke-44 2011.
BMI CALCULATOR
Disclaimer/Penafian
Tel : 07-2364788 sambungan 236 @ 237 Fax : 07-2379736 Emel: jpjkipti@yahoo.com
Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan, Institut Pendidikan Guru, Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.
