Tazkirah

Thursday, March 11, 2010

Sukan Ragam KPLI Ambilan Januari 2010

Salam sejahtera & salam 1Malaysia...

Satu Karnival Sukan Ragam akan dijalankan pada hari Jumaat 12 Mac 2010 jam 2.45 - 5.00 petang bertempat di Padang IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru. Karnival ini dianjurkan oleh pelatih KPLI Ambilan Januari 2010. Program ini merupakan sebahagian daripada kerja kursus berasaskan ilmu dan memenuhi keperluan sukatan pelajaran PJ2050 (D) Pendidikan Jasmani Asas. Semua pelatih IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru dijemput hadir bagi memeriahkan lagi karnival tersebut.

Hantar Berita

Assalamualaikum, salam sejahtera & salam 1Malaysia....

Pengumuman kepada semua pelajar PPISMP, PISMP & KPLI Major PJ, anda digalakkan untuk mendaftar sebagai pengguna di web portal Jabatan PJK. Laman web tersebut boleh dicapai di http://pjk.ipti.edu.my. Jika anda mendaftar sebagai pengguna berdaftar, anda boleh menghantar berita-berita terkini yang berkaitan dengan Jabatan PJK, IPGM, dunia pendidikan & sebagainya. Berita-berita yang terpilih akan disiarkan sama ada di muka hadapan web portal atau berita jabatan. Bagi tujuan tersebut, anda adalah dinasihatkan agar sentiasa berhemah sewaktu menulis berita-berita yang ingin disiarkan.Terima kasih dan harap maklum... Admin

Wednesday, February 24, 2010

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1431H/ 2010

Junjungan Mulia

Tercipta satu lembaran sejarah
Di tanah suci kota Mekah
Hari yang mulia penuh syadah
Bermulalah sebuah kisah

Malam Isnin subuh yang indah
12 Rabiul Awal yang cerah
20 April tahun gajah
Lahirlah zuriat yang syadah

Abdullah nama bapanya
Siti Aminah ibunya
Riang gembira menyambutnya
Lahirnya putera yang utama

(ulang rangkap 1 & 2)

Keadaan yatim anak mulia
Lahirnya bawa cahaya
Alam derita jadi gembira
Terima junjungan mulia

(ulang rangkap 1 &2)

Di kesempatan ini, pihak Admin jpjkipti.blogspot.com ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1431H/ 2010 kepada semua warga IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru khasnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya. Buat junjungan besar kita Nabi Muhamad SAW, mari kita sama-sama kita hadiahkan Al-Fatihah buat baginda... AL-FATIHAH... Semoga roh baginda dicucuri rahmat Allah SWT & kita sebagai umatnya mendapat syafaat baginda. Amin...

Saturday, February 13, 2010

HAPPY CHINESE NEW YEAR..GONG XI FA CHAI!!!

Salam sejahtera & salam ukhwah...

Di kesempatan ini, kami warga Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru ingin mengucapkan HAPPY CHINESE NEW YEAR.. GONG XI FA CHAI kepada semua warga IPG Kampus Temenggong Ibrahim khasnya dan seluruh rakyat Malaysia yang meraikannya.... Semoga kita hidup aman sejahtera serta saling bantu-membantu sesama insan tanpa rasa hasad dengki & marilah bersama-sama merealisaikan Gagasan 1Malaysia...

Mercun meletup berantai-rantai,
Limau mandrin banyak di lembah,
Happy Chinese New Year...Gong Xi Fa Chai,
Hidup muafakat menjalin muhibbah.


Salam ukhwah seikhlasnya daripada;
Seluruh warga Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan
IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru.
13/2/2010

Sunday, January 3, 2010

Selamat kembali ke IPG Kampus Temenggong Ibrahim JB

Salam sejahtera & salam 1Malaysia...

Selamat kembali ke IPG Kampus Temenggong Ibrahim JB kepada semua pelajar-pelajar PPISMP & PISMP bagi meneruskan pengajian mereka. Lebih kurang sebulan setengah mereka bercuti detik 4 Januari 2010 akhirnya muncul bagi meneruskan perjuangan yang belum selesai. Semoga dengan cuti yang agak panjang ini dapat memberikan para pelajar inspirasi baru & lebih bersemangat meneruskan pengajian. Semoga tahun ini 2010 akan lebih cemerlang dan gemilang. Ingatlah, bermula niat dengan fikir. Datangnya fikir melalui renungan. Datangnya renungan dari muhasabah diri. Bermula muhasabah diri dengan syarahan yang didengar atau dibaca....

Thursday, December 31, 2009

Maklumat terkini Jabatan PJK

Salam sejahtera & salam 1Malaysia...

Untuk makluman semua, En. Muszarpar bin Esnawi telah berpindah ke IPG Kampus Bahasa Melayu Kuala Lumpur berkuatkuasa 16 Disember 2009. Pihak jabatan ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada beliau sepanjang beliau menjadi tenaga pengajar di jabatan ini. Semoga anda sekeluarga beroleh kesejahteraan di tempat yang baru. Teruskan usaha dan kecemerlangan anda. Semoga bertemu lagi di lain masa.

Pantun khas buat Sdr Muszarpar dari pihak Admin:-

Burung merbok burung kedidi,
Hinggap sebentar di pohon rambutan,
Terima kasih daun keladi,
Jasamu tuan tidak akan dilupakan.

P/s: Motor Modenas Jaguh JGG4057 tiada jadi dijual. Harap maklum...

Saturday, November 21, 2009

Gambar Staf Akademik & Bukan Akademik Jabatan PJK (Terkini)

Duduk dari kiri: Cik Shaireena bte Jaafar, Tn. Hj. Norhizan bin Zainol, En. Adib bin Sulaiman, En. Kamaluddin bin Mokri & Pn. Rashidah bte Suib.
Berdiri dari kiri: En. Poniran bin Salamon, En. Ahmad Fadzil bin Noor, En. Mohd Zairi bin Husain, En. Hishamuddin bin Hassan, Tn. Syed Muhd Kamal bin Syed Abu Bakar dan En. Muszarpar bin Esnawi.

Gambar terkini staf akademik & bukan akademik Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan IPG Kampus Temenggong Ibrahim Johor Bahru.

Catatan: Berdiri dua dari kiri ialah En. Danapalu dan lima dari kiri ialah En. Abdul Latif bin Omar.

Sunday, November 15, 2009

Selamat bercuti...

Salam sejahtera...

Mulai 21/11/2009 ni semua pelajar akan bercuti selama lebih kurang sebulan lebih. So pihak admin jpjkipti.blogspot.com ingin mengucapkan selamat bercuti buat semua pelajar. Isikan masa cuti anda dengan perkara-perkara yang berfaedah. InsyaAllah kita akan berjumpa lagi pada semester baru 2010 pada 4/1/2010... Di kesempatan ini juga, pihak admin ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha, Selamat Menayambut Awal Muharam & Marry Christmas. Salam ukhwah ikhlas daripada admin jpjkipti.blogspot.com.

Tuesday, November 10, 2009

ISO datang lagi... (mari kita lihat sapa yang kena!!!)

Pada 13/11/2009 ini audit ISO SIRIM QAS akan berlangsung di F5, Blok HEP IPG Kampus Temenggong Ibrahim bermula jam 8.30 hingga 4.30 petang. Rentetan dari itu, pada 12/11/2009 semua Ketua Jabatan dan pensyarah dikehendaki menghantar Folio masing-masing ke bilik F5, Blok HEP bagi tujuan tersebut. Diharap semua staf akademik & staf pengurusan dapat memberikan kerjasama yang sangat tinggi bagi mengelakkan institut ini dikenakan sama ada teguran, OBS atau NCR. Belajarlah daripada pengalaman & kesilapan... Hayati dan fahami prinsip kerja Pengarah BPG yang baru iaitu KERJA IKUT PERATURAN & JANGAN BOHONG. Justeru itu, bertanggungjawablah di atas apa yang dipertanggungjawabkan kepada anda secara profesional & berintegriti. Ingat.... KERJA IKUT PERATURAN & JANGAN BOHONG!!!

Sunday, October 11, 2009

Happy Deepavali...

Salam sejahtera & salam 1 Malaysia...

Baju kurung maupun sari;
Cantik dipakai di hari bahagia;
Deepavali maupun Aidilfitri;
Kita bersama berkongsi raya.

Pulut dan lemang juadah asli;
Maruku dan kari menambah selera;
Selamat DeepaRaya ucapan diberi;
Buat semua seluruh negara.

1 Malaysia gagasan diberi;
Hidup harmoni sepakat sekata;
Tak lama lagi kita sambut Deepavali;
Salah dan silap maaf dipinta.

Buat semua warga IPG Kampus Temenggong Ibrahim Johor Bahru yang menyambut Deepavali tidak lama lagi, kami seluruh warga Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan IPG KTI ingin mengucapkan Selamat hari Deepavali. Semoga hidup anda semua disinari cahaya keberkatan dan ceria selalu...

Ikhlas daripada;
Seluruh Warga Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan
IPG KTI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BMI CALCULATOR

Disclaimer/Penafian

Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan, Institut Pendidikan Guru, Kampus Temenggong Ibrahim, Jalan Datin Halimah , 80350 Johor Bahru, Johor.

Tel : 07-2364788 sambungan 236 @ 237 Fax : 07-2379736 Emel: jpjkipti@yahoo.com

Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan, Institut Pendidikan Guru, Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.