Satu taklimat berhubung dengan Malaysia Qualification Framework (MQF), Standard Guru Malaysia (SGM) & Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) telah diadakan di Tg. Puteri Resort, Pasir Gudang pada 11 April 2009 dari jam 8.30 - 4.30 petang. Taklimat tersebut bertujuan memberi pendedahan kepada para pensyarah IPGM Kampus Temenggong Ibrahim berhubung perlaksanaan MQF, SGM & SKPM yang sebenar-benarnya. Selain daripada itu juga, taklimat ini lebih menjurus kepada latihan pembangunan staf yang mana pada sesi taklimat tersebut turut disertai oleh Pengarah IPGM KTI sendiri. Antara penceramah yang dijemput untuk memberikan input adalah terdiri daripada pegawai di BPG dan Jemaah Nazir & Kualiti (Cawangan Negeri Johor). Adalah diharapkan selepas taklimat ini, para pensyarah akan lebih jelas lagi perihal perjalanan prosedur tersebut.