Tazkirah

Wednesday, June 23, 2010

Makluman Program Pendidikan Luar KDPM KDC (PC & PT) Amb Nov 2008 & KPLI KDC PK Amb Nov 2009

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Kepada semua guru pelatih KDPM KDC PLPS (PC & PT) Ambilan November 2008 dan KPLI KDC (Pendidikan Khas) Ambilan November 2009, anda boleh download maklumat berhubung program di atas mulai 23/6/2010. Sebarang perubahan & maklumat terkini berhubung program di atas akan disiarkan dari masa ke semasa di laman web Jabatan PJK. Sebarang pertanyaan atau kemusykilan, anda boleh menghubungi pensyarah bertanggungjawab iaitu Pn. Rashidah Suib 012-7185005 atau En. Kamaluddin bin Mokri 019-7771727 atau En. Mohd Zairi bin Husain 019-7543197. Sekian, terima kasih & harap maklum.

Program Pendidikan Luar KPLI KDC (Pendidikan Khas) Ambilan November 2009

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah di rujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan institut ini akan melaksanakan Program Pendidikan Luar untuk pelajar KPLI KDC (Pendidikan Khas) Ambilan November 2009 bagi memenuhi keperluan kurikulum Pendidikan Jasmani seperti butiran yang berikut:-

Tarikh : 20 – 23 Julai 2010 (Selasa - Jumaat)
Tempat : Kambau Bay Beach Resort, Pulau Sibu, Mersing, Johor.


Justeru itu, pelajar-pelajar seperti yang dilampirkan dikehendaki melaporkan diri di kampus ini bagi mengikuti program yang dirancang seperti ketetapan di bawah:-

Lapor diri : 18 Julai 2010 (Ahad), jam 4.30 petang di astaka Jabatan PJK
Taklimat program : 19 Julai 2010 (Isnin), jam 8.00 pagi di astaka Jabatan PJK
Penyelarasan alatan : 19 Julai 2010 (
Isnin), jam 8.30 pagi - 4.30 petang


P/s: Bagi pelajar yang tinggal berhampiran institut, anda digalakkan untuk melapor diri pada 19 Julai 2010 jam 8.00 pagi. Bagi mereka yang tinggal di luar Johor Bahru bolehlah melaporkan diri pada 18 Julai 2010. Harap maklum dan terima kasih.







Muat turun:-
1. Surat Pemberitahuan Program Kepada Semua KJ (KPLI KDC Pendidikan Khas 2010)

2. Surat Panggilan Program PL (KPLI KDC (Pendidikan Khas) Amb Nov 2009

3. Jadual Program Amali PL KPLI KDC Pendidikan Khas Ambilan November 2009

4. Senarai Nama Pelajar KPLI KDC PK & Pensyarah

5. Senarai Keperluan Individu KPLI KDC PK

Program Pendidikan Luar KDPM KDC PLPS (PC & PT) Ambilan November 2008

Salam sejahtera...

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah di rujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan institut ini akan melaksanakan Program Pendidikan Luar untuk pelajar KDPM KDC PLPS (PC & PT) Ambilan November 2008 bagi memenuhi keperluan kurikulum Pendidikan Jasmani seperti butiran yang berikut:-

Tarikh : 6 – 9 Julai 2010 (Selasa - Jumaat)
Tempat : Kambau Bay Beach Resort, Pulau Sibu, Mersing, Johor.


Justeru itu, pelajar-pelajar seperti yang dilampirkan dikehendaki melaporkan diri di kampus ini bagi mengikuti program yang dirancang seperti ketetapan di bawah:-

Lapor diri : 4 Julai 2010 (Ahad), jam 4.30 petang di astaka Jabatan PJK
Taklimat program : 5 Julai 2010 (Isnin), jam 8.00 pagi di astaka Jabatan PJK
Penyelarasan alatan : 5 Julai 2010
(Isnin), jam 8.30 pagi - 4.30 petang


P/s: Bagi pelajar yang tinggal berhampiran institut, anda digalakkan untuk melapor diri pada 5 Julai 2010 jam 8.00 pagi. Bagi mereka yang tinggal di luar Johor Bahru bolehlah melaporkan diri pada 4 Julai 2010. Harap maklum dan terima kasih.







Muat turun:-

1. Surat Pemberitahuan Program Kepada Semua KJ (KDPM KDC PLPS PC & PT 2010)

2. Surat Panggilan Program PL KDPM KDC PLPS PC & PT Amb Nov 2008

3. Jadual Program Amali PL KDPM KDC PLPS PC & PT Ambilan November 2008

4. Senarai Nama Pelajar KDPM KDC PCPT & Pensyarah

5. Senarai Keperluan Individu KDPM KDC PCPT

Saturday, June 5, 2010

Program Amali Pendidikan Luar KPLI PJ Ambilan Januari 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Alam luar adalah merupakan makmal semula jadi yang kaya dengan pelbagai khazanah yang boleh diteroka untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan pengalaman serta boleh diperoleh secara terus (first hand experience). Pengajaran dan pembelajaran tidak semestinya dijalankan secara formal di dalam bilik darjah tetapi juga melalui alam luar. Pengalaman hidup bersama juga merupakan satu cara individu menimba pengalaman berinteraksi dan meningkatkan ketahanan diri dari segi sosial dan emosi di samping pelbagai kemahiran lain. Justeru itu, pada 31/5/2010 - 4/6/2010 yang lalu, satu program amali Pendidikan Luar KPLI Pendidikan Jasmani Ambilan Januari 2010 telah diadakan di Kambau Bay Beach Resort Pulau Sibu Mersing.

Program ini dirancang bagi memenuhi keperluan sukatan pelajaran Pendidikan Luar bagi KPLI PENDIDIKAN JASMANI AMBILAN JANUARI 2010 yang memperuntukkan 75 jam kuliah Pendidikan Luar dan amali untuk jangka masa 5 hari 4 malam yang merangkumi berbagai aktiviti seperti berasaskan air, darat, gunung, gua, flora dan fauna serta pendidikan konservasi.

Selain daripada itu juga, program ini diharapkan akan dapat melahirkan golongan pendidik yang mempunyai pengetahuan yang tinggi dan pengalaman yang luas di dalam bidang pendidikan luar serta dapat membina kekuatan dan ketahanan diri dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial serta berketerampilan dan mempunyai daya juang yang tinggi.

Berikut merupakan objektif program:-

Adalah diharapkan di akhir program ini guru pelatih akan dapat

1. Memenuhi syarat Kursus Perguruan Lepasan Ijazah bagi opsyen Pendidikan Jasmani.
2. Mengaplikasi segala pengetahuan dan pengalaman yang didapati di dalam bilik darjah.
3. Meningkatkan daya tahan jasmani,emosi, rohani, intelek serta sosial melalui aktiviti yang dirancang.
4. Memupuk semangat setiakawan , kekeluargaan, toleransi, bekerjasama dan tolong-menolong antara satu sama lain tanpa mengira kaum dan agama.
5. Mensyukuri dan menikmati alam semulajadi kurniaan tuhan.
6. Menguji kemahiran dan pengetahuan berkenaan pendidikan luar.


Gambar-gambar sepanjang program berlangsung...






MUATURUN GAMBAR DI SINI...

Thursday, May 27, 2010

Program Amali Pendidikan Luar KPLI (SR) Major Pendidikan Jasmani Ambilan Januari 2010

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan institut ini akan melaksanakan Program Amali Pendidikan Luar KPLI (SR) Major Pendidikan Jasmani Ambilan Januari 2010 seperti mana butiran yang berikut:-


Tarikh : 31 Mei hingga 4 Jun 2010
Tempat : Kambau Bay Beach Resort, Pulau Sibu, Mersing, Johor
Peserta : 18 orang
Pensyarah pengiring : 6 orang
Penyelaras : En. Adib bin Sulaiman.
Ketua Jabatan,
Jabatan Pendidikan Jasmani Kesihatan,
IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru

Sekian untuk makluman dan tindakan pihak tuan. Terima kasih.






1. Surat pemberitahuan Ketua Jabatan

2. Jadual program PL

3. Senarai nama pensyarah & pelajar

Simulasi Abseiling dan Orienteering KPLI PJ 2010

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Pada 6 dan 24 Mei 2010 yang lalu, pelajar dari program KPLI PJ Ambilan 2010 telah melaksanakan aktiviti simulasi orientering dan abseiling sebagai persediaan program amali Pendidikan Luar mereka yang akan diadakan di Pulau Sibu pada 31/5 - 4/6/2010. Aktiviti orienteering telah dibuat di sekitar padang institut. Sementara itu, bagi aktiviti simulasi abseililing pula dibuat di bangunan lama bersebelahan dengan garaj bas & bilik pemandu. Alhamdulillah semua aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar. Semoga apa yang mereka perolehi sewaktu aktiviti simulasi tersebut dapat diaplikasikan semasa amali sebenar nanti. Good luck kepada semua pelajar KPLI PJ Ambilan Januari 2010. Semoga anda dapat melakukan yang terbaik kelak...

Gambar-gambar sekitar aktiviti:-

Wednesday, May 19, 2010

Program Amali PL 3 PISMP PJ 2010

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Pada 12 - 16 Mei 2010 yang lalu, seramai 56 orang pelajar PISMP Major PJ (BM/BT/PC) telah menjalani sesi amali PJM3108 Pendidikan Luar di Kambau Bay Beach Resort, Pulau Sibu, Mersing. Amali yang berlangsung selama 5 hari 4 malam tersebut dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti pendidikan luar seperti perkhemahan, abseiling, orienteering, trekking, kayak, snorkeling, sukan pantai dan malam kebudayaan. Selain daripada sebagai melengkapkan jam kredit kursus ini, program ini juga berjaya memupuk semangat kekitaan serta membina jati diri serta kekuatan fizikal dan mental pelajar dengan pengisian aktiviti-aktiviti yang mencabar. Dengan kekuatan seramai 10 orang pensyarah yang diketuai oleh En. Hishamuddin Hassan serta dibantu oleh Pn. Rashidah Suib, En. Poniran Salamon, En. Ahmad Fadzil Noor, Tn. Syed Muhd Kamal Syed Abu Bakar, En. Mohd Zairi Husain, En. Abdul Jalil Mohd Yunus, En. Mohd Aris Anis, Tn. Hj. Mohd Zain Badui dan En. Arshad Ismail semua aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar & menepati kehendak rubrik pentaksiran amali yang ditetapkan oleh pihak BPG KPM. Tahniah buat semua pelajar dan jutaan terima kasih buat pensyarah yang terlibat...


Klik link di bawah untuk memuaturun koleksi gambar-gambar aktiviti di atas. Harap maklum...


Koleksi gambar-gambar PL 3 PISMP PJ 2010

Monday, May 10, 2010

Sampah oh sampah...

Assalamualaikum & salam 1Malaysia...

Pagi td jam 6.30 pagi sewaktu aku melintasi padang IPGKTI alangkah terkejutnya aku melihat keadaan padang yang penuh dengan sampah ibarat baru lepas Karnival Jom Heboh... Kerusi tunggang langgang ibarat ditiup sangka kala. Sampah bersepah-sepah sana sini... Di padang, di astaka, di dewan terbuka dan di gelanggang. Pintu kelas tidak dikunci... Mengapa boleh terjadi sebegini??? Aku nak pinjam kata2 Pengetua SSBP, "Kekadang kita kena bercakap benar walaupun ianya tidak dibenar!!!". Fikir-fikirkanlah....




Karnival Permainan Tradisional 2010

Assalamualaikum & salam 1Malaysia...

Pada 7 Mei 2010 jam 2.30 petang, satu karnival permainan tradisional anjuran guru pelatih 5 PISMP Ambilan Januari 2008 bersempena Pesta Konvokesyen IPGKTI Kali Ke-44 2010 telah diadakan di padang IPGKTI. Karnival ini merupakan sebahagian daripada jam kredit bagi kursus PJM3112 Pengurusan & Pentadbiran Pendidikan Jasmani & Sukan yang perlu dilaksanakan dalam bentuk amali. Selain daripada karnival ini, mereka juga dikehendaki mengikuti lawatan pengurusan ke Sekolah Sukan Bandar Penawar, Kota Tinggi yang telah dijalankan pada 23 Mei 2010 yang lalu. Tahniah buat semua guru pelatih yang terlibat kerana pada dasarnya karnival ini berjalan dengan lancar, meriah, berwarna-warni dan berobjektif serta menepati spesifikasi yang telah ditetapkan. Buat semua AJK karnival, anda telah lakukan yang terbaik. Tidak lupa juga buat semua pensyarah Jabatan PJK yang mengajar subjek ini kerana turut serta menyumbangkan idea dan tenaga di dalam memastikan kelancaran karnival ini. Terima kasih & tahniah...........

Gambar-gambar sekitar karnival:-















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BMI CALCULATOR

Disclaimer/Penafian

Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan, Institut Pendidikan Guru, Kampus Temenggong Ibrahim, Jalan Datin Halimah , 80350 Johor Bahru, Johor.

Tel : 07-2364788 sambungan 236 @ 237 Fax : 07-2379736 Emel: jpjkipti@yahoo.com

Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan, Institut Pendidikan Guru, Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.