Tazkirah

Showing posts with label Aktiviti JPJK. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti JPJK. Show all posts

Saturday, January 29, 2011

Lawatan Ilmiah Ke EPRD Putrajaya

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Pada 24 dan 25 Januari 2011 yang lalu, seramai 19 orang siswa guru PISMP Pendidikan Jasmani Ambilan Januari 2008 telah pergi ke EPRD Putrajaya sebagai sebahagian daripada memenuhi sukatan pelajaran PJM3116 Penyelidikan Tindakan 1 - Metodologi. Program lawatan ini juga merupakan sebahagian daripada keperluan kursus PJM3116 Penyelidikan Tindakan 1 – Metodologi yang merupakan mata pelajaran teras wajib bagi semua siswa guru PISMP IPGKTI Major Pendidikan Jasmani Ambilan Januari 2008. Pembelajaran dari lawatan, penyediaan laporan serta kertas cadangan kajian tindakan dan perbincangan mengenainya yang menyumbang 50 peratus daripada penilaian akhir kursus. Selain daripada itu, matlamat program ini adalah untuk melahirkan guru sekolah rendah yang berkualiti dari segi penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran dan keterampilan profesionalisme dalam bidang Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru melalui kajian tindakan. Selain daripada itu, kami juga ingin merealisasikan matlamat & hasrat KPM yang menggariskan bahawa satu guru satu kajian tindakan setiap tahun akan tercapai dengan jayanya.

Berikut adalah objektif lawatan ilmiah ini:

1 . Mendapatkan seberapa banyak sumber sama ada daripada buku rujukan, tesis, artikel dan jurnal bagi menghasilkan kertas cadangan kajian tindakan.;

2. Membuka laluan kepada siswa guru bagaimana mendapatkan bahan rujukan daripada perpustakaan dan tidak semata-mata bergantung harap kepada bahan di internet sahaja;

3. Mengenalpasti dan mensintesis maklumat daripada pelbagai sumber untuk memperolehi pemahaman yang koheren tentang amalan refleksi, teori dan amalan;

4. Mempersiapkan diri dengan cabaran sebagai seorang siswa guru yang proaktif dan sentiasa ingin maju;

5. Mengintergrasikan kemahiran yang dipelajari dengan bahan yang diperolehi bagi melakukan penulisan yang sistematik, berkesan dan bermakna;

6. Bekerjasama dan berinteraksi dalam pelbagai situasi dan keadaan; dan

7. Lebih berusaha ke arah pembudayaan penulisan kajian tindakan sebagai salah satu budaya kerja di sekolah kelak.

Thursday, December 2, 2010

PJM3102 Pergerakan Asas (Elektif) PGSR Matematik Amb Nov 2008

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Bermula pada 27 Nov 2010 yang lalu siswa guru PGSR Matematik Ambilan November 2008 telah memulakan interaksi kuliah mereka bagi kursus PJM3102 Pergerakan Asas sehinggalah 2 Disember 2010. Interaksi kursus ini sudah bermula seawal Jun 2010 yang lalu. Kursus ini merupakan subjek Elektif 1 bagi siswa guru PGSR Matematik Nov 2008. Mereka akan mengambil 3 lagi kursus Elektif PJ iaitu PJM3106 Anatomi & Fisiologi, PJM3110 Kurikulum & Pedagogi PJ & PJM3112 Pengurusan & Pentadbiran PJ & Sukan. Sepanjang sesi p&p berlangsung, semua siswa guru opsyen ini yang diketuai oleh Cikgu Fadzli bin Lugiman memberikan kerjasama yang sangat baik serta menunjukkan semangat juang yang tinggi. Semangat dan kesungguhan mereka inilah yang sepatutnya dicontohi oleh guru-guru baru yang berada di sekolah-sekolah. Mereka beruntung kerana pada zaman mereka peluang terhidang di hadapan mata sangat banyak. Justeru itu, saya mendoakan semoga 27 orang siswa guru PGSR Matematik Amb Nov 2008 ini terus maju & selamat menduduki peperiksaan akhir tidak lama lagi.

Gambar sekitar Karnival Permainan Kanak-Kanak (Sebahagian daripada amali kursus):-


Saturday, October 16, 2010

Program Amali Pendidikan Luar KPLI PJ Ambilan Jun 2010

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Pada 11 - 15 Oktober 2010 yang lalu, seramai 16 orang pelajar KPLI PJ Ambilan Jun 2010 telah mengikuti program amali Pendidikan Luar di Kambau Bay Beach Resort, Pulau Sibu, Mersing. Amali yang berlangsung selama 5 hari 4 malam tersebut dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti pendidikan luar seperti perkhemahan, abseiling, orienteering, solo camping, ikhtiar hidup - memasak masakan hutan, trekking, kayak, snorkeling, sukan pantai dan malam kebudayaan. Selain daripada sebagai melengkapkan jam kredit kursus ini, program ini juga berjaya memupuk semangat kekitaan serta membina jati diri serta kekuatan fizikal dan mental pelajar dengan pengisian aktiviti-aktiviti yang mencabar. Dengan kekuatan seramai 5 orang pensyarah yang diketuai oleh En. Mohd Zairi bin Husain serta dibantu oleh En. Ahmad Fadzil Hj. Noor, En. Poniran Salamon, Cik Shaireena Jaafar dan Pn. Hjh. Khalidah Ahmad semua aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar & menepati kehendak rubrik pentaksiran amali yang ditetapkan oleh pihak BPG KPM. Tahniah buat semua pelajar dan jutaan terima kasih buat pensyarah yang terlibat...Semoga Allah sentiasa memberkati hidup anda.

Gambar sekitar program berlangsung:-

Hari Pendidikan Jasmani & suprise birthday party...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Pada 2/10/2010 yang lalu, Persatuan Pendidikan Jasmani IPGKTI telah menganjurkan Hari Pendidikan Jasmani. Program yang siangnya dipenuhi dengan aktiviti seperti senamrobik, explore race, sukaneka dan macam-macam lagi. Pada sebelah malamnya pula, Malam PJ a.k.a PJ Nite telah dilangsungkan. Selain daripada sebahagian aktiviti Hari PJ, PJ Nite ini juga bertujuan meraikan siswa guru PISMP PJ S8 a.k.a TROY dan siswa KPLI PJ Ambilan Januari 2010 yang akan menamatkan pengajian mereka di IPGKTI pada penghujung tahun 2010. Bermula dengan sesi RED CARPET ala ala Anugerah Bintang Popolar tu, semua pensyarah Jabatan PJ dan siswa guru PISMP PJ S8 serta KPLI PJ Amb Januari 2010 berarak masuk ke dalam Dewan Seri Temenggong. Idea yang baik dan kreatif... Rasanya tiada porgram lain yg buat sebelum ini... Harap ianya menjadi pencetus idea kepada siswa guru lain bagi menganjurkan program @ aktiviti seumpamanya pada masa akan datang. Majlis dimulakan dengan ucap salam & bacaan doa. Selesai berdoa masa makan pn tiba. Semua pensyarah & siswa guru yang dirai makan dengan penuh berselera. Aktiviri diteruskan lagi dengan persembahan daripada pensyarah terpilih dan siswa guru PISMP S6, S4, KPLI & akhir sekali S2... Tahniah buat penganjur yang terdiri daripada siswa guru PISMP PJ S6... Anda semua memang kreatif & pro aktif serta energetik... Keep it up & maintain..........

Inilah sedutan daripada suprise birthday party malam itu yang telah dimuat naik ke YOUTUBE oleh Ummu Hanani... Enjoy the show...



Berikut merupakan sebahagian daripada gambar2 sekitar majlis berlangsung:-

Pertandingan Inovasi BBM & Seminar Kajian Tindakan IPGKTI 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Pada 21-23 September 2010 yang lalu bertempat di DDKA dan DST telah berlangsung Pertandingan Inovasi BBM & Seminar Kajian Tindakan IPGKTI 2010. Pertandingan ini terbuka kepada semua siswa guru PPISMP, PISMP, KPLI & KDPM IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru. Pertandingan ini adalah sebahagian daripada budaya IPGKTI yang cuba diketengahkan selaras dengan misi institut iaitu melahirkan ahli profesional dalam bidang keguruan yang mempunyai wawasan dan daya inovasi berasaskan budaya ilmu dan etika kerja berkualiti untuk Maha Pencipta dan keharmonian sejagat. Diharap pertandingan ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

Gambar-gambar sekitar program berlangsung:-

Saturday, July 31, 2010

Program PL KPLI KDC (Pendidikan Khas) Ambilan November 2009



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Selepas seminggu program amali Pendidikan Luar KDPM KDC PLPS (Pengajian Cina & Pengajian Tamil) Ambilan November 2008 yang dijalankan pada 6 - 9 Julai 2010, satu lagi program pendidikan luar bagi pelajar-pelajar KPLI KDC (Pendidikan Khas) Ambilan November 2009 telah diadakan. Program amali yang berlangsung selama 4 hari 3 malam yang diadakan pada 20 - 23 Julai 2010 tersebut dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti pendidikan luar seperti perkhemahan, abseiling, trekking, kayak, snorkeling, sukan pantai dan malam kebudayaan. Selain daripada sebagai melengkapkan jam kredit kursus ini, program ini juga berjaya memupuk semangat kekitaan serta membina jati diri serta kekuatan fizikal dan mental pelajar dengan pengisian aktiviti-aktiviti yang mencabar. Dengan kekuatan seramai 8 orang pensyarah yang diketuai oleh En. Mohd Zairi bin Husain serta dibantu oleh Pn. Rashidah Suib, En. Hishamuddin Hassan, En. Poniran Salamon, En. Ahmad Fadzil Noor, Tn. Hj. Norhizan Zainol, En. Kamaluddin Mokri dan Tn. Syed Muhd Kamal Syed Abu Bakar semua aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar & menepati kehendak rubrik pentaksiran amali yang ditetapkan oleh pihak BPG KPM. Tahniah buat semua pelajar dan jutaan terima kasih buat pensyarah yang terlibat...Semoga Allah sentiasa memberkati hidup anda.

Saturday, July 17, 2010

Program Pendidikan Luar KDPM KDC PLPS (PC & PT) Ambilan November 2008




Assalamualaikum & salam sejahtera...

Pada 6 - 9 Julai 2010 yang lalu, seramai 60 orang pelajar KDPM KDC PLPS (Pengajian Cina & Pengajian Tamil) Ambilan November 2008 telah mengikuti program amali Pendidikan Luar di Kambau Bay Beach Resort, Pulau Sibu, Mersing. Amali yang berlangsung selama 4 hari 3 malam tersebut dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti pendidikan luar seperti perkhemahan, abseiling, trekking, kayak, snorkeling, sukan pantai dan malam kebudayaan. Selain daripada sebagai melengkapkan jam kredit kursus ini, program ini juga berjaya memupuk semangat kekitaan serta membina jati diri serta kekuatan fizikal dan mental pelajar dengan pengisian aktiviti-aktiviti yang mencabar. Dengan kekuatan seramai 6 orang pensyarah yang diketuai oleh En. Mohd Zairi bin Husain serta dibantu oleh En. Hishamuddin Hassan, En. Poniran Salamon, En. Ahmad Fadzil Noor, Tn. Hj. Norhizan Zainol dan En. Kamaluddin Mokri semua aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar & menepati kehendak rubrik pentaksiran amali yang ditetapkan oleh pihak BPG KPM. Tahniah buat semua pelajar dan jutaan terima kasih buat pensyarah yang terlibat...Semoga Allah sentiasa memberkati hidup anda.



DOWNLOAD Gambar PL KDPM KDC PLPS (PC & PT) Ambilan November 2008

Wednesday, June 23, 2010

Program Pendidikan Luar KDPM KDC PLPS (PC & PT) Ambilan November 2008

Salam sejahtera...

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah di rujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan institut ini akan melaksanakan Program Pendidikan Luar untuk pelajar KDPM KDC PLPS (PC & PT) Ambilan November 2008 bagi memenuhi keperluan kurikulum Pendidikan Jasmani seperti butiran yang berikut:-

Tarikh : 6 – 9 Julai 2010 (Selasa - Jumaat)
Tempat : Kambau Bay Beach Resort, Pulau Sibu, Mersing, Johor.


Justeru itu, pelajar-pelajar seperti yang dilampirkan dikehendaki melaporkan diri di kampus ini bagi mengikuti program yang dirancang seperti ketetapan di bawah:-

Lapor diri : 4 Julai 2010 (Ahad), jam 4.30 petang di astaka Jabatan PJK
Taklimat program : 5 Julai 2010 (Isnin), jam 8.00 pagi di astaka Jabatan PJK
Penyelarasan alatan : 5 Julai 2010
(Isnin), jam 8.30 pagi - 4.30 petang


P/s: Bagi pelajar yang tinggal berhampiran institut, anda digalakkan untuk melapor diri pada 5 Julai 2010 jam 8.00 pagi. Bagi mereka yang tinggal di luar Johor Bahru bolehlah melaporkan diri pada 4 Julai 2010. Harap maklum dan terima kasih.







Muat turun:-

1. Surat Pemberitahuan Program Kepada Semua KJ (KDPM KDC PLPS PC & PT 2010)

2. Surat Panggilan Program PL KDPM KDC PLPS PC & PT Amb Nov 2008

3. Jadual Program Amali PL KDPM KDC PLPS PC & PT Ambilan November 2008

4. Senarai Nama Pelajar KDPM KDC PCPT & Pensyarah

5. Senarai Keperluan Individu KDPM KDC PCPT

Saturday, June 5, 2010

Program Amali Pendidikan Luar KPLI PJ Ambilan Januari 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Alam luar adalah merupakan makmal semula jadi yang kaya dengan pelbagai khazanah yang boleh diteroka untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan pengalaman serta boleh diperoleh secara terus (first hand experience). Pengajaran dan pembelajaran tidak semestinya dijalankan secara formal di dalam bilik darjah tetapi juga melalui alam luar. Pengalaman hidup bersama juga merupakan satu cara individu menimba pengalaman berinteraksi dan meningkatkan ketahanan diri dari segi sosial dan emosi di samping pelbagai kemahiran lain. Justeru itu, pada 31/5/2010 - 4/6/2010 yang lalu, satu program amali Pendidikan Luar KPLI Pendidikan Jasmani Ambilan Januari 2010 telah diadakan di Kambau Bay Beach Resort Pulau Sibu Mersing.

Program ini dirancang bagi memenuhi keperluan sukatan pelajaran Pendidikan Luar bagi KPLI PENDIDIKAN JASMANI AMBILAN JANUARI 2010 yang memperuntukkan 75 jam kuliah Pendidikan Luar dan amali untuk jangka masa 5 hari 4 malam yang merangkumi berbagai aktiviti seperti berasaskan air, darat, gunung, gua, flora dan fauna serta pendidikan konservasi.

Selain daripada itu juga, program ini diharapkan akan dapat melahirkan golongan pendidik yang mempunyai pengetahuan yang tinggi dan pengalaman yang luas di dalam bidang pendidikan luar serta dapat membina kekuatan dan ketahanan diri dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial serta berketerampilan dan mempunyai daya juang yang tinggi.

Berikut merupakan objektif program:-

Adalah diharapkan di akhir program ini guru pelatih akan dapat

1. Memenuhi syarat Kursus Perguruan Lepasan Ijazah bagi opsyen Pendidikan Jasmani.
2. Mengaplikasi segala pengetahuan dan pengalaman yang didapati di dalam bilik darjah.
3. Meningkatkan daya tahan jasmani,emosi, rohani, intelek serta sosial melalui aktiviti yang dirancang.
4. Memupuk semangat setiakawan , kekeluargaan, toleransi, bekerjasama dan tolong-menolong antara satu sama lain tanpa mengira kaum dan agama.
5. Mensyukuri dan menikmati alam semulajadi kurniaan tuhan.
6. Menguji kemahiran dan pengetahuan berkenaan pendidikan luar.


Gambar-gambar sepanjang program berlangsung...






MUATURUN GAMBAR DI SINI...

Thursday, May 27, 2010

Program Amali Pendidikan Luar KPLI (SR) Major Pendidikan Jasmani Ambilan Januari 2010

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan institut ini akan melaksanakan Program Amali Pendidikan Luar KPLI (SR) Major Pendidikan Jasmani Ambilan Januari 2010 seperti mana butiran yang berikut:-


Tarikh : 31 Mei hingga 4 Jun 2010
Tempat : Kambau Bay Beach Resort, Pulau Sibu, Mersing, Johor
Peserta : 18 orang
Pensyarah pengiring : 6 orang
Penyelaras : En. Adib bin Sulaiman.
Ketua Jabatan,
Jabatan Pendidikan Jasmani Kesihatan,
IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru

Sekian untuk makluman dan tindakan pihak tuan. Terima kasih.






1. Surat pemberitahuan Ketua Jabatan

2. Jadual program PL

3. Senarai nama pensyarah & pelajar

Simulasi Abseiling dan Orienteering KPLI PJ 2010

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Pada 6 dan 24 Mei 2010 yang lalu, pelajar dari program KPLI PJ Ambilan 2010 telah melaksanakan aktiviti simulasi orientering dan abseiling sebagai persediaan program amali Pendidikan Luar mereka yang akan diadakan di Pulau Sibu pada 31/5 - 4/6/2010. Aktiviti orienteering telah dibuat di sekitar padang institut. Sementara itu, bagi aktiviti simulasi abseililing pula dibuat di bangunan lama bersebelahan dengan garaj bas & bilik pemandu. Alhamdulillah semua aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar. Semoga apa yang mereka perolehi sewaktu aktiviti simulasi tersebut dapat diaplikasikan semasa amali sebenar nanti. Good luck kepada semua pelajar KPLI PJ Ambilan Januari 2010. Semoga anda dapat melakukan yang terbaik kelak...

Gambar-gambar sekitar aktiviti:-

Wednesday, May 19, 2010

Program Amali PL 3 PISMP PJ 2010

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Pada 12 - 16 Mei 2010 yang lalu, seramai 56 orang pelajar PISMP Major PJ (BM/BT/PC) telah menjalani sesi amali PJM3108 Pendidikan Luar di Kambau Bay Beach Resort, Pulau Sibu, Mersing. Amali yang berlangsung selama 5 hari 4 malam tersebut dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti pendidikan luar seperti perkhemahan, abseiling, orienteering, trekking, kayak, snorkeling, sukan pantai dan malam kebudayaan. Selain daripada sebagai melengkapkan jam kredit kursus ini, program ini juga berjaya memupuk semangat kekitaan serta membina jati diri serta kekuatan fizikal dan mental pelajar dengan pengisian aktiviti-aktiviti yang mencabar. Dengan kekuatan seramai 10 orang pensyarah yang diketuai oleh En. Hishamuddin Hassan serta dibantu oleh Pn. Rashidah Suib, En. Poniran Salamon, En. Ahmad Fadzil Noor, Tn. Syed Muhd Kamal Syed Abu Bakar, En. Mohd Zairi Husain, En. Abdul Jalil Mohd Yunus, En. Mohd Aris Anis, Tn. Hj. Mohd Zain Badui dan En. Arshad Ismail semua aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar & menepati kehendak rubrik pentaksiran amali yang ditetapkan oleh pihak BPG KPM. Tahniah buat semua pelajar dan jutaan terima kasih buat pensyarah yang terlibat...


Klik link di bawah untuk memuaturun koleksi gambar-gambar aktiviti di atas. Harap maklum...


Koleksi gambar-gambar PL 3 PISMP PJ 2010

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BMI CALCULATOR

Disclaimer/Penafian

Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan, Institut Pendidikan Guru, Kampus Temenggong Ibrahim, Jalan Datin Halimah , 80350 Johor Bahru, Johor.

Tel : 07-2364788 sambungan 236 @ 237 Fax : 07-2379736 Emel: jpjkipti@yahoo.com

Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan, Institut Pendidikan Guru, Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.