Tazkirah

STRUKTUR KURSUS PISMP PJ

STRUKTUR PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN PENDIDIKAN JASMANI PENDIDIKAN RENDAH


PENGENALAN

Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian yang ditawarkan oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) merupakan satu program latihan perguruan praperkhidmatan bagi melatih guru sekolah rendah dalam pelbagai bidang.   Sebagai prasyarat, pelajar dikehendaki mengikuti kursus persediaan selama tiga semester di IPGM yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Pelajar yang lulus kursus persediaan ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dengan Kepujian selama empat tahun. 


MATLAMAT PROGRAM
           
Matlamat program ini adalah untuk melahirkan guru sekolah rendah yang berkualiti dari segi penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran dan keterampilan profesionalisme dalam bidang Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru.


HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM

Para lulusan PISMP dengan Kepujian (Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah) berkemampuan menjadi guru sekolah rendah yang

                         i.        mempunyai pengetahuan dan kefahaman yang mendalam tentang kandungan ilmu, bahan kurikulum, pentaksiran, pengurusan persekitaran pembelajaran dan sumber pembelajaran yang berkaitan dengan bidang Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah;

                       ii.        menggunakan proses inkuiri dan penyelesaian masalah dalam pembelajaran melalui kemahiran berfikir aras tinggi dan kritikal dalam bidang Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah; 

                      iii.        menggunakan ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam bidang Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah dengan mengambil kira faktor fizikal, sosial, budaya, psikologi, dan etika profesional keguruan;

                     iv.        berkeupayaan memindahkan dan mengaplikasikan kemahiran yang dikuasai melalui bidang Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah dalam pelbagai situasi sebenar;

                       v.        memiliki dan menampilkan nilai, etika, dan amalan yang bertepatan dengan Prinsip Etika Kerja Perkhidmatan Awam dan Kod Etika Keguruan Malaysia;

                     vi.        menghayati dan mengamalkan nilai murni sebagai insan yang percaya dan patuh kepada ajaran agama dan kesejahteraan bermasyarakat.

                    vii.        mempunyai semangat jati diri dan berupaya mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat; dan

                  viii.        mempunyai kemahiran pengurusan dan keusahawanan.


SISTEM AKADEMIK

Tempoh Pengajian Program

PISMP dengan Kepujian dikendalikan selama empat tahun dalam lapan semester. 


Tahun Akademik

Tahun akademik IPGM dibahagikan kepada dua semester iaitu Semester Pertama dan Semester Kedua. Setiap semester mengandungi 20 minggu. Pelaksanaan aktiviti Semester Pertama dan Semester Kedua dijalankan seperti yang berikut:

SEMESTER  1
MINGGU

SEMESTER 2
MINGGU
Minggu Pendaftaran
1 minggu

Minggu Pendaftaran
1 minggu
Interaksi
8 minggu

Interaksi
8 minggu
Cuti Semester
1 minggu

Cuti Semester
1 minggu
Interaksi
7 minggu

Interaksi
7 minggu
Minggu Ulangkaji
1 minggu

Minggu Ulangkaji
1 minggu
Peperiksaan
2 minggu

Peperiksaan
2 minggu
Jumlah
20 minggu

Jumlah
20 minggu


Prinsip Pengiraan Jam Kredit
Peruntukan jam bagi tujuan pengiraan kredit adalah berdasarkan interaksi bersemuka dan tidak bersemuka, amali dan Amalan Profesional yang diberi peruntukan 40 jam pembelajaran pelajar bersamaan 1 kredit.

Amalan Profesional terdiri daripada Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), praktikum dan internship yang memperuntukkan 1 kredit bagi tempoh dua minggu pelaksanaan.

Kokurikulum dan Bina Insan Guru masing-masing diberi peruntukan 40 jam pembelajaran pelajar bersamaan 1 kredit.

Seseorang pelajar perlu menamatkan pengajian dengan jayanya sebanyak 133 kredit untuk dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian.





STRUKTUR PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
                                                                                                                      
Struktur program merupakan kerangka dan komponen kurikulum yang menetapkan kursus-kursus yang ditawarkan serta jumlah kredit dan kewajarannya. Reka bentuk kurikulum bagi PISMP dengan Kepujian adalah untuk melatih pelajar sebagai guru sekolah rendah bagi memenuhi aspirasi pendidikan negara. Struktur program ini adalah seperti yang berikut:

            Struktur Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

BIL.
KURSUS
KREDIT
1.
KURSUS WAJIB
23(17%)

·     Kursus Wajib IPT


·     Kursus Wajib IPGM




2.
KURSUS TERAS
86(65%)

·     Pengajian Profesional (27K)


·     Major (45K)


·     Amalan Profesional (14K)




3.
KURSUS ELEKTIF
24(18%)

·     Pakej Elektif 1 (12K)


·     Pakej Elektif  2 (12K)





JUMLAH
133(100%)

Kursus Wajib

Kursus Wajib terdiri daripada Kursus Wajib Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan Kursus Wajib Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).

Kursus Wajib ialah kursus yang wajib dipelajari oleh setiap pelajar IPGM yang mengikuti PISMP. Kursus ini bertujuan untuk memperkenalkan pengetahuan asas, kemahiran generik dan kemahiran insaniah yang perlu dikuasai oleh seseorang guru. Kursus Wajib diagihkan sejumlah 23 kredit.

Kursus Teras

Kursus Teras terdiri daripada Pengajian Profesional, Major dan Amalan Profesional.

Pengajian Profesional memberi pendedahan dalam bidang-bidang asas pendidikan yang merangkumi aspek pengetahuan, nilai dan etika keguruan serta kemahiran profesional bagi melahirkan guru yang mampu memainkan peranan dengan  baik dan berkesan. Pengajian Profesional diagihkan sejumlah 27 kredit.

Kursus Major ditawarkan untuk membekalkan pelajar dengan pengetahuan kandungan subjek dan pengetahuan kandungan pedagogi bagi membolehkan pelajar menguasai major yang berkenaan. Penguasaan pengetahuan kandungan subjek adalah sehingga tahap ijazah. Kursus Major diagihkan sejumlah 45 kredit.

Amalan Profesional membolehkan pelajar menguasai pengetahuan dan kemahiran pengajaran dan pembelajaran dalam situasi sebenar di sekolah. Amalan Profesional dilaksanakan melalui tiga proses iaitu Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), praktikum, dan internship. PBS dijalankan selama 4 minggu, praktikum 24 minggu manakala internship selama 4 minggu. Amalan Profesional diagihkan sejumlah 14 kredit yang merupakan salah satu syarat penganugerahan ijazah.

Kursus Elektif

Kursus Elektif terdiri daripada dua Pakej Elektif yang ditawarkan untuk membolehkan pelajar mengajar dua mata pelajaran lain selain daripada major. Skop kursus merangkumi aspek pengetahuan kandungan pedagogi dan pentaksiranPCK yang berasaskan sukatan pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). .Pakej Elektif diagihkan sejumlah 24 kredit. Setiap Pakej Elektif diagihkan sejumlah 12 kredit.

Kursus Tanpa Kredit (TK)

Kursus Tanpa Kredit merupakan Elektif Tambahan yang terdiri daripada English Language Enrichment ditawarkan untuk menampung keperluan pelajar dalam meningkatkan pencapaian Bahasa Inggeris bagi memenuhi keperluan Malaysian University English Test (MUET). Elektif ini tidak diagihkan kredit.
           
           
STRUKTUR PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN  (PENDIDIKAN JASMANI PENDIDIKAN RENDAH)

Perincian kursus yang akan ditawarkan dalam program ini adalah seperti yang berikut:

KURSUS WAJIB

KOD
KURSUS
KREDIT
WAJ3101
Tamadun Islam dan Tamadun Asia
2(2+0)
WAJ3102
English Language Proficiency I
2(2+0)
WAJ3103
English Language Proficiency II
1(1+0)
WAJ3104
Literasi Bahasa
2(0+2)
WAJ3105
Numerical Literacy
2(2+0)
WAJ3106
Hubungan Etnik
2(2+0)
WAJ3107
Seni Dalam Pendidikan
3(2+1)
WAJ3108
Kokurikulum - Pengurusan Kokurikulum
1(1+0)
WAJ3109
Kokurikulum - Permainan
1(0+1)
WAJ3110
Kokurikulum - Unit Beruniform I
1(0+1)
WAJ3111
Kokurikulum - Unit Beruniform II
1(0+1)
WAJ3112
Kokurikulum - Olahraga
1(0+1)
WAJ3113
Kokurikulum - Persatuan
1(0+1)
WAJ3114
Bina Insan Guru
       3(0+3) *KT

Jumlah
23(17%)

* KT adalah Kredit Terkumpul yang diberi sebanyak 3 kredit dan dilaksanakan secara teragih selama 6 semester. Nilai 3 kredit dimasukkan pada semester 6.

KURSUS TERAS
Pengajian Profesional

KOD
KURSUS
KREDIT
EDU3101
Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia
3(3+0)
EDU3102
Perkembangan Kanak-Kanak
3(3+0)
EDU3103
Murid dan Alam Belajar
3(3+0)
EDU3104
Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku
3(3+0)
EDU3105
Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran
3(2+1)
EDU3106
Budaya dan Pembelajaran
3(3+0)
EDU3107
Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak
3(3+0)
EDU3108
Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional
3(3+0)
EDU3109
Guru dan Cabaran Semasa
3(3+0)

Jumlah
27(20%)

Kursus  Major

KOD
KURSUS
KREDIT
PJM3101
Kaedah Latihan Kecergasan Fizikal
2(1+1)
PJM3102
Pergerakan Asas
3(1+2)
PJM3103
Olahraga
2(0+2)
PJM3104
Renang
2(0+2)
PJM3105
Pertumbuhan dan Perkembangan Pembelajaran Motor
2(2+0)
PJM3106
Anatomi dan Fisiologi
3(2+1)
PJM3107
Gimnastik
2(0+2)
PJM3108
Pendidikan Luar
3(1+2)
PJM3109
Permainan Bola Sepak dan Bola Jaring
2(1+1)
PJM3110
Kurikulum dan Pedagogi Pendidikan Jasmani
3(2+1)
PJM3111
Permainan Bola Tampar dan Bola Baling
2(1+1)
PJM3112
Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan
3(2+1)
PJM3113
Permainan Badminton dan Hoki
2(1+1)
PJM3114
Pendidikan Jasmani Suaian
2(1+1)
PJM3115
Pengukuran dan Penilaian Pendidikan Jasmani dan Sukan
2(1+1)
PJM3116
Psikososial Sukan
2(2+0)
PJM3117
Penyelidikan Tindakan 1 - Metodologi
3(3+0)
PJM3118
Kecederaan Dalam Sukan
2(1+1)
PJM3119
Penyelidikan Tindakan 2 -Pelaksanaan dan Pelaporan
3(3+0)

Jumlah
45(34%)








Amalan Profesional

KOD
KURSUS
KREDIT

* Pengalaman Berasaskan Sekolah (Fasa 1) – P.Prof.
Sem. 1

* Pengalaman Berasaskan Sekolah (Fasa 2) - Major
Sem. 2

* Pengalaman Berasaskan Sekolah (Fasa 3) – Elektif 1
Sem. 3

* Pengalaman Berasaskan Sekolah (Fasa 4) – Elektif 2
Sem. 4
PRK3101
Praktikum I
2(4M)
PRK3102
Praktikum II
4(8M)
PRK3103
Praktikum III
  6(12M)
INT3101
Internship
2(4M)

Jumlah
14(11%)

* Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) dilaksanakan berasaskan ’task’/tugasan yang diberikan oleh kursus Pengajian Profesional, Kursus Major, Kursus Elektif 1 dan Kursus Elektif 2 mengikut semester yang ditetapkan.

KURSUS ELEKTIF

Pakej Elektif 1 Pendidikan Kesihatan

KOD
KURSUS
KREDIT
PKE3101
Pendidikan Kesihatan Seksualiti
3 (3+0)
PKE3102
Pendiddikan Keselamatan
3 (2+1)
PKE3103
Kurikulum dan Pedagogi Pendidikan Kesihatan
3 (2+1)
PKE3104
Program Kesihatan Sekolah
3 (3+0)

Jumlah
12 (9%)

*Pakej Elektif 1 ditentukan mengikut bidang kursus major seperti yang ditunjukkan  dalam Lampiran 1.


Pakej Elektif 2 (Pilih dari lampiran 3)

KURSUS
KREDIT
Pakej Elektif 2
12
Jumlah
12(9%)

* Pilih salah satu daripada bidang kursus seperti yang berikut sebagai Pakej Elektif 2:

·         Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
·         Bahasa Melayu
·         English Language
·         Pendidikan Moral

Senarai lengkap Pakej Elektif 2 ditunjukkan di Lampiran 3 dan kombinasi kursus major dengan pilihan Pakej Elektif 2 di Lampiran 4.


Program ini dilaksanakan mengikut 3 aras bagi mencerminkan kurikulum yang bersifat ansur maju (developmental) dan berasaskan pengetahuan serta kemahiran yang hendak dicapai.  Ketiga-tiga aras dibahagikan mengikut semester seperti yang berikut:

Aras 1
Semester 1 hingga 3
Aras 2
Semester 4 hingga 6
Aras 3
Semester 7 dan 8

Pada setiap semester, kursus-kursus program disusun supaya pelajar dapat mengintegrasikan pengetahuan dan kemahiran yang disampaikan mengikut aras demi aras. Agihan kursus mengikut 8 semester bagi major Pendidikan Jasmani adalah seperti yang berikut:

Semester 1 (Tahun 1)

KOD
KURSUS
KREDIT
WAJ3101
Tamadun Islam dan Asia
2(2+0)
WAJ3102
English Language Proficiency I
2(2+0)
WAJ3108
Kokurikulum – Pengurusan Kokurikulum
1(1+0)
WAJ3114
Bina Insan Guru (Fasa I)
*KT(45j)
EDU3101
Falsafah dan Pendidikan di Malaysia (dan **PBS)
3(3+0)
EDU3102
Perkembangan Kanak-Kanak
3(3+0)
PJM3101
Kaedah Latihan Kecergasan Fizikal
2 (1+1)
PJM3102
Pergerakan Asas
3 (1+2)
PJM3103
Olahraga
2 (0+2)

Jumlah
18

* KT adalah Kredit Terkumpul yang diberi sebanyak 3 kredit dan dilaksanakan secara teragih selama 6 semester. Nilai 3 kredit dimasukkan pada semester 6.

** ’Task’/tugasan Pengalaman Berasaskan sekolah (PBS) diberikan oleh kursus Pengajian Profesional (EDU3101)

Semester 2 (Tahun 1)

KOD
KURSUS
KREDIT
WAJ3103
English Language Proficiency II
1(1+0)
WAJ3104
Literasi Bahasa
2(0+2)
WAJ3105
Numerical Literacy
2(2+0)
WAJ3109
Kokurikulum - Permainan
1(0+1)
WAJ3114
Bina Insan Guru (Fasa II)
   *KT(10j)
EDU3103
Murid dan Alam Belajar
3(3+0)
PJM3104
Renang
2 (0+2)
PJM3105
Pertumbuhan dan Perkembangan Pembelajaran Motor
2 (2+0)
PJM3106
Anatomi dan Fisiologi
3 (2+1)
PKE3101
Elektif1: Pendidikan Kesihatan Seksualiti
3 (2+1)

Jumlah
19

* KT adalah Kredit Terkumpul yang diberi sebanyak 3 kredit dan dilaksanakan secara teragih selama 6 semester. Nilai 3 kredit dimasukkan pada semester 6.
** ’Task’/tugasan PBS diberikan oleh salah satu daripada kursus major (Contoh bagi major Pendidikan Jasmani: PJM3105).

Semester 3 (Tahun 2)

KOD
KURSUS
KREDIT
WAJ3106
Hubungan Etnik
2(2+0)
WAJ3110
Kokurikulum – Unit Beruniform I
1(0+1)
WAJ3114
Bina Insan Guru (Fasa III)
   *KT(10j)
EDU3104
Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku
3(3+0)
PJM3107
Gimnastik
2 (0+2)
PJM3108
Pendidikan Luar
3 (1+2)
PJM3109
Permainan Bola Sepak dan Bola Jaring
2 (1+1)
PKE3102
Elektif1: Pendidikan Keselamatan
3 (2+1)

Elektif 2: (Rujuk Lampiran 1 dan Lampiran 2)
3(x+x)
ELS3101
English Language Enrichment I
TK

Total
19

* KT adalah Kredit Terkumpul yang diberi sebanyak 3 kredit dan dilaksanakan secara teragih selama 6 semester. Nilai 3 kredit dimasukkan pada semester 6.

** ’Task’/tugasan PBS diberikan oleh kursus Elektif 1 (PJM3106)


Semester 4 (Tahun 2)

KOD
KURSUS
KREDIT
WAJ3107
Seni dalam Pendidikan
3(2+1)
WAJ3111
Kokurikulum – Unit Beruniform II
1(0+1)
WAJ3114
Bina Insan Guru (Fasa IV)
   *KT(35j)
EDU3105
Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran
3(2+1)
PJM3110
Kurikulum dan Pedagogi Pendidikan Jasmani
3 (2+1)
PJM3111
Permainan Bola Tampar dan Bola Baling
2 (1+1)
PKE3103
Kurikulum dan Pedagogi Pendidikan Kesihatan
3 (2+1)

Elektif 2: (Ruj. Lampiran 1 & Lampiran 2) (dan **PBS)
3(x+x)
ELS3102
English Language Enrichment II
TK

Jumlah
18

* KT adalah Kredit Terkumpul yang diberi sebanyak 3 kredit dan dilaksanakan secara teragih selama 6 semester. Nilai 3 kredit dimasukkan pada semester 6.

** ’Task’/tugasan PBS diberikan oleh kursus Elektif 2 (XXXXXXX)








Semester 5 (Tahun 3)

KOD
KURSUS
KREDIT
WAJ3112
Kokurikulum - Olahraga
1(0+1)
WAJ3114
Bina Insan Guru (Fasa V)
  *KT(10j)
EDU3106
Budaya dan Pembelajaran
3(3+0)
PJM3112
Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan
3(2+1)
PJM3113
Permainan Badminton dan Hoki
2(0+2)
PKE3104
Elektif 1: Program Kesihatan Sekolah
3(2+1)

Elektif 2: (Rujuk. Lampiran 1 dan Lampiran 2)
3(x+x)
PRK3101
Praktikum I
2(4M)

Jumlah
17

* KT adalah Kredit Terkumpul yang diberi sebanyak 3 kredit dan dilaksanakan secara teragih selama 6 semester. Nilai 3 kredit dimasukkan pada semester 6.

Semester 6 (Tahun 3)

KOD
KURSUS
KREDIT
WAJ3113
Kokurikulum - Persatuan
1(0+1)
WAJ3114
Bina Insan Guru (Fasa VI)
*3(0+3)
PJM3114
Pendidikan Jasmani Suaian
2(1+1)
PJM3115
Pengukuran dan Penilaian Pendidikan Jasmani dan Sukan
2(1+1)
PJM3116
Psikososial Sukan
2(2+0)

Elektif 2: (Rujuk. Lampiran 1 dan Lampiran 2)
3(x+x)
PRK3102
Praktikum II
4(8M)

Jumlah
17

* Jumlah Kredit Terkumpul yang dibawa dari semester 1 hingga semester 6.

Semester 7 (Tahun 4)

KOD
KURSUS
KREDIT
EDU3107
Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak
3(3+0)
PJM3117
Penyelidikan Tindakan 1 - Metodologi
3 (3+0)
PRK3103
Praktikum III
6(12M)

Jumlah
12

Semester 8 (Tahun 4)
           
KOD
KURSUS
KREDIT
EDU3108
Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional
3(3+0)
EDU3109
Guru dan Cabaran Semasa
3(3+0)
PJM3118
Kecederaan dalam Sukan
2(1+1)
PJM3119
Penyelidikan Tindakan 2 –Implementasi dan Pelaporan
3(3+0)
INT3101
Internship
2(4M)

Jumlah
13


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BMI CALCULATOR

Disclaimer/Penafian

Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan, Institut Pendidikan Guru, Kampus Temenggong Ibrahim, Jalan Datin Halimah , 80350 Johor Bahru, Johor.

Tel : 07-2364788 sambungan 236 @ 237 Fax : 07-2379736 Emel: jpjkipti@yahoo.com

Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan, Institut Pendidikan Guru, Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.