Tazkirah

Tuesday, October 9, 2012

CARA MEMBAKAR KALORI DENGAN MUDAH BERDASARKAN AKTIVITI HARIAN

Tahukah anda bahawa setiap pergerakan yang anda lakukan mampu membakar kalori di dalam badan walaupun hanya dengan duduk? Mari kita tinjau berapa banyakkah jumlah kalori yang dapat dibakar melalui senarai aktiviti di bawah supaya anda boleh membuat pilihan.

AKTIVITI DI RUMAH

Mengemas rumah selama 30 minit = 102 kalori
Duduk selama satu jam = 62 kalori
Berdiri selama satu jam = 72 kalori
Tidur selama satu jam = 438 kalori
Menonton TV selama 60 minit = 40 kalori 

AKTIVITI RIADAH

Berkebun 60 minit = 320 kalori
Aerobik 60 minit = 405 kalori
Berjalan 3km/j 60 minit = 150 kalori
Berjalan 6km/j 60 minit = 300 kalori
Berlari 10km/j 60 minit = 660 kalori
Berlari 11km/j 60 minit = 660 kalori
Berlari 12km/j 60 minit = 720 kalori
Berlari 15km/j 60 minit = 900 kalori
Berlari 18km/j 60 minit = 1080 kalori
Berjalan dengan pantas selama 30 minit = 150 kalori
Mengayuh basikal 20km/j 60 minit = 480 kalori
Mengayuh basikal 35km/j 60 minit = 660 kalori
Ping Pong 60 minit = 280 kalori
Bola Keranjang 60 minit = 450 kalori
Golf 60 minit = 385 kalori

LAIN LAIN AKTIVITI

Kerja di pejabat selama lapan jam = 650 kalori
Memandu 60 minit = 143 kalori

Lima Fakta Mengenai Rambut Beruban

Sumber: http://my.entertainment.yahoo.com/news/lima-fakta-mengenai-rambut-beruban-072015158.html



Sebut sahaja rambut beruban, pelbagai fakta yang dipersoalkan dikalangan masyarakat. Ada yang mengatakan rambut yang cepat beruban adalah disebabkan penuaan malah ada juga mengatakan disebabkan faktor keturunan.

Rambut akan menjadi beruban setelah sel-sel melanosit di folikel rambut berhenti menghasilkan pigmen warna. Melanin rambut terdiri dari dua jenis iaitu eumelanin yang berwarna coklat tua atau hitam dan pheomelanin yang berwarna kuning atau merah. Konsentrasi dan kombinasi keduanya dalam berbeza menciptakan spektrum yang luas dari warna rambut manusia, dari hitam pekat sampai berwarna perang terang. Rambut yang telah kehilangan sebahagian besar melanin akan berwarna seperti abu-abu, rambut yang telah kehilangan semua pigmen itu akan berwarna putih. Proses kehilangan melanin ini biasanya berperingkat.

1)    Rambut Beruban disebabkan oleh faktor penuaan Sel-sel kulit akan menghasilkan sejumlah kecil hydrogen peroksida dari siklus oksigen di tubuh. Penuaan menyebabkan produksi enzim katalase berkurangan dan mengganggu produksi melanin. Namun demikian, lebih cepat memiliki rambut beruban tidak bermaksud lebih cepat tua. Sebuah penelitian pada sekitar 1,200 orang di Rancho Bernardo, California, misalnya, menunjukkan bahawa pertumbuhan uban tidak berkaitan dengan tingkat kepadatan tulang di usia lanjut.

2)    Faktor keturunan Keturunan juga dijadikan antara faktor rambut beruban.Kadangkala pertumbuhan uban lebih cepat dari orang yang berusia .

3)    Stress boleh menyebabkan rambut beruban Ketidakseimbangan hormon atau stress juga dapat mempengaruhi gaya hidup dan boleh memiliki rambut beruban dengan cepat.

4)    Kekurangan nutrisi Kekurangan zat serta nutrisi dalam badan juga boleh mempengaruhi. Perubahan warna rambut kerana kekurangan nutrisi biasanya bersifat reversibel. Jika masalahnya diperbaiki, warna rambut akan kembali normal.

5)    Mencabut rambut beruban tidak menyebabkan ianya menjadi banyak Berlawanan dengan kepercayaan umum, mencabut rambut beruban tidak akan membuat lebih banyak rambut beruban yang tumbuh menggantikannya. Yang biasanya terjadi adalah rambut anda sudah dalam proses beruban dan ada tunas-tunas baru di sebelah rambut yang dicabut. Setelah rambut beruban dicabut, mereka seperti tumbuh untuk menggantikannya dalam jumlah yang lebih banyak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BMI CALCULATOR

Disclaimer/Penafian

Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan, Institut Pendidikan Guru, Kampus Temenggong Ibrahim, Jalan Datin Halimah , 80350 Johor Bahru, Johor.

Tel : 07-2364788 sambungan 236 @ 237 Fax : 07-2379736 Emel: jpjkipti@yahoo.com

Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan, Institut Pendidikan Guru, Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.