Tazkirah

Wednesday, May 19, 2010

Program Amali PL 3 PISMP PJ 2010

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Pada 12 - 16 Mei 2010 yang lalu, seramai 56 orang pelajar PISMP Major PJ (BM/BT/PC) telah menjalani sesi amali PJM3108 Pendidikan Luar di Kambau Bay Beach Resort, Pulau Sibu, Mersing. Amali yang berlangsung selama 5 hari 4 malam tersebut dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti pendidikan luar seperti perkhemahan, abseiling, orienteering, trekking, kayak, snorkeling, sukan pantai dan malam kebudayaan. Selain daripada sebagai melengkapkan jam kredit kursus ini, program ini juga berjaya memupuk semangat kekitaan serta membina jati diri serta kekuatan fizikal dan mental pelajar dengan pengisian aktiviti-aktiviti yang mencabar. Dengan kekuatan seramai 10 orang pensyarah yang diketuai oleh En. Hishamuddin Hassan serta dibantu oleh Pn. Rashidah Suib, En. Poniran Salamon, En. Ahmad Fadzil Noor, Tn. Syed Muhd Kamal Syed Abu Bakar, En. Mohd Zairi Husain, En. Abdul Jalil Mohd Yunus, En. Mohd Aris Anis, Tn. Hj. Mohd Zain Badui dan En. Arshad Ismail semua aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar & menepati kehendak rubrik pentaksiran amali yang ditetapkan oleh pihak BPG KPM. Tahniah buat semua pelajar dan jutaan terima kasih buat pensyarah yang terlibat...


Klik link di bawah untuk memuaturun koleksi gambar-gambar aktiviti di atas. Harap maklum...


Koleksi gambar-gambar PL 3 PISMP PJ 2010

Monday, May 10, 2010

Sampah oh sampah...

Assalamualaikum & salam 1Malaysia...

Pagi td jam 6.30 pagi sewaktu aku melintasi padang IPGKTI alangkah terkejutnya aku melihat keadaan padang yang penuh dengan sampah ibarat baru lepas Karnival Jom Heboh... Kerusi tunggang langgang ibarat ditiup sangka kala. Sampah bersepah-sepah sana sini... Di padang, di astaka, di dewan terbuka dan di gelanggang. Pintu kelas tidak dikunci... Mengapa boleh terjadi sebegini??? Aku nak pinjam kata2 Pengetua SSBP, "Kekadang kita kena bercakap benar walaupun ianya tidak dibenar!!!". Fikir-fikirkanlah....




Karnival Permainan Tradisional 2010

Assalamualaikum & salam 1Malaysia...

Pada 7 Mei 2010 jam 2.30 petang, satu karnival permainan tradisional anjuran guru pelatih 5 PISMP Ambilan Januari 2008 bersempena Pesta Konvokesyen IPGKTI Kali Ke-44 2010 telah diadakan di padang IPGKTI. Karnival ini merupakan sebahagian daripada jam kredit bagi kursus PJM3112 Pengurusan & Pentadbiran Pendidikan Jasmani & Sukan yang perlu dilaksanakan dalam bentuk amali. Selain daripada karnival ini, mereka juga dikehendaki mengikuti lawatan pengurusan ke Sekolah Sukan Bandar Penawar, Kota Tinggi yang telah dijalankan pada 23 Mei 2010 yang lalu. Tahniah buat semua guru pelatih yang terlibat kerana pada dasarnya karnival ini berjalan dengan lancar, meriah, berwarna-warni dan berobjektif serta menepati spesifikasi yang telah ditetapkan. Buat semua AJK karnival, anda telah lakukan yang terbaik. Tidak lupa juga buat semua pensyarah Jabatan PJK yang mengajar subjek ini kerana turut serta menyumbangkan idea dan tenaga di dalam memastikan kelancaran karnival ini. Terima kasih & tahniah...........

Gambar-gambar sekitar karnival:-















Sunday, May 9, 2010

Pertandingan Senamrobik & Karnival Sukaneka Pra Sekolah

Assalamualaikum & salam 1Malaysia...

Bersempena dengan Konvokesyen IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru kali ke-44 2010, Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan telah menganjurkan Pertandingan Senamrobik & Karnival Sukaneka Pra Sekolah bagi sekolah-sekolah rendah terpilih sekitar daerah Johor Bahru. Aktiviti tersebut telah dilangsungkan pada 7 Mei 2010 jam 8.30 pagi bertempat di astaka dan padang IPGKTI. Penyertaan yang menarik lebih kurang 6-7 buah sekolah ini berjalan dengan meriah dan penuh warna warni. Tahniah juga buat pelajar2 terutamanya pelajar opsyen Pendidikan Jasmani yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Diharap aktiviti-aktiviti seperti ini dapat diteruskan pada masa2 akan datang.

Gambar-gambar sekitar aktiviti berlangsung:-










Tuesday, May 4, 2010

Program Kesihatan Pergigian 2010

Assalamualaikum & salam 1Malaysia...

Pada 3-4 Mei 2010 telah berlangsung satu Program Kesihatan Pergigian anjuran Bahagian Pendidikan Guru dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia. Program tersebut dijalankan di Dewan Seri Temenggong dan Dewan Dato' Khairuddin Ashari. Antara aktiviti yang dijalankan seperti pemeriksaan gigi, demonstrasi menggosok gigi, pameran kesihatan pergigian, pembentangan tajuk-tajuk berkaitan dengan kesihatan pergigian dan siri ceramah yang berkaitan dengan program tersebut. Program ini dikendalikan oleh Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan dan dibantu oleh pegawai-pegawai pergigian yang diketuai oleh Dr. Hjh. Jamaliah bte Abdul Rahman. Semoga ilmu yang diperolehi sepanjang program ini, dapat diaplikasikan bila mereka ditempatkan di sekolah kelak.




























Sunday, May 2, 2010

Kejohanan Trek & Balapan IPGKTI Kali Ke-43 2010

Assalamualaikum & salam 1Malaysia...

Pada tanggal 29 April 2010 (Khamis) bersamaan dengan14 Jamadil Awal 1431, IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru telah menganjurkan Kejohanan Trek & Balapan Kali Ke-43 2010 bertempat di Padang dan Astaka IPGKTI. Kejohanan tersebut telah dirasmikan oleh wakil rasmi Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, Dato' Dr. Ir. Wee Kah Siong iaitu ADUN Pekan Nanas, YB Tan Nai Soon. Alhamdulillah, sepanjang kejohanan berlangsung cuaca sangat baik & perjalanan kejohanan juga begitu lancar. Tahniah buat semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Buat semua pensyarah penasihat teknikal dan pegawai kejohanan, sekalung tahniah buat anda kerana komitmen anda sepanjang temasya berlangsung. Panahan terik mentari tidak sekali-kali melunturkan semangat anda. Keep a good work...

Sebahagian daripada gambar-gambar sekitar kejohanan...








































































































































P/s: Untuk memuaturun gambar-gambar sekitar kejohanan anda boleh klik pautan di bawah...



MUATURUN GAMBAR
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BMI CALCULATOR

Disclaimer/Penafian

Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan, Institut Pendidikan Guru, Kampus Temenggong Ibrahim, Jalan Datin Halimah , 80350 Johor Bahru, Johor.

Tel : 07-2364788 sambungan 236 @ 237 Fax : 07-2379736 Emel: jpjkipti@yahoo.com

Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan, Institut Pendidikan Guru, Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.