Tazkirah

Tuesday, April 20, 2010

Program Kesihatan Pergigian PISMP Ambilan Januari 2007, KPLI Ambilan Jun 2009 Dan KPLI Ambilan Januari 2010

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah di rujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan institut ini dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia akan melaksanakan Program Kesihatan Pergigian PISMP Ambilan Januari 2007, KPLI Ambilan Jun 2009 Dan KPLI Ambilan Januari 2010 bagi memenuhi keperluan kurikulum KPLI dan PISMP seperti butiran yang berikut:-

Tarikh : 03 dan 04 Mei 2010
Masa : 8.00 – 4.30 petang
Tempat : Dewan Seri Temenggong, IPG KTI
Peserta : Semua pelajar KPLI Ambilan Jun 2009, KPLI Ambilan Januari 2010 & PISMP Semester 7 Ambilan Januari 2007

Sehubungan dengan itu, adalah diharapkan perkara di atas berada di dalam makluman dan tindakan anda. Kehadiaran adalah diwajibkan. Tindakan disiplin akan diambil bagi mereka yang tidak hadir tanpa kenyataan yang munasabah.




1. Surat pemberitahuan program

2. Tentatif program

3. Tajuk pembentangan bagi setiap kelas

4. Senarai nama peserta

Taklimat TID dan SEGAK Bagi Kursus PJM3112 Pengurusan & Pentadbiran Pendidikan Jasmani & Sukan

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah di rujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan institut ini akan mengadakan satu program taklimat TID dan SEGAK bagi kursus PJM3112 Pengurusan & Pentadbiran Pendidikan Jasmani & Sukan. Program tersebut akan dilaksanakan seperti butiran di bawah:-

Tarikh : 28 April 2010 (Rabu)
Tempat : Dewan Dato’ Khairuddin Ashari, IPGKTI
Masa : 8.30 pagi - 12.30 tengah hari
Jumlah pelajar : 96 orang

Sekian, harap maklum.



1. Jadual program

Lawatan Ilmiah PJM3112 Pengurusan & Pentadbiran Pendidikan Jasmani & Sukan ke SSBP

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah di rujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan institut ini akan mengadakan satu program lawatan ilmiah bagi kursus PJM3112 Pengurusan & Pentadbiran Pendidikan Jasmani & Sukan. Program tersebut akan dilaksanakan seperti ketetapan di bawah:-

Tarikh : 23 April 2010
Jumlah pelajar : 96 orang
Program terlibat : Semua pelajar PISMP Ambilan Januari 2008
Tempat : Sekolah Sukan Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor.
Tempat berkumpul : Astaka Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan jam 7.30 pagi

Sekian, harap maklum.


1. Jadual program

Friday, April 16, 2010

Drink Water on Empty Stomach

It is popular in Japan today to drink water immediately after waking up every morning. Furthermore, scientific tests have proven its value. We publish below a description of use of water for our readers. For old and serious diseases as well as modern illnesses the water treatment had been found successful by a Japanese medical society as a 100% cure for the following diseases:

Headache, body ache, heart system, arthritis, fast heart beat, epilepsy, excess fatness, bronchitis asthma, TB, meningitis, kidney and urine diseases, vomiting, gastritis, diarrhea, piles, diabetes, constipation, all eye diseases, womb, cancer and men strual disorders, ear nose and throat diseases.

METHOD OF TREATMENT

1. As you wake up in the morning before brushing teeth, drink 4 x 160ml glasses of water .....INTERESTING

2. Brush and clean the mouth but do not eat or drink anything for 45 minutes

3. After 45 minutes you may eat and drink as normal.

4. After 15 minutes of breakfast, lunch and dinner do not eat or drink anything for 2 hours

5. Those who are old or sick and are unable to drink 4 glasses of water at the beginning may commence by taking little water and gradually increase it to 4 glasses per day..

6. The above method of treatment will cure diseases of the sick and others can enjoy a healthy life.

The following list gives the number of days of treatment required to cure/control/reduce main diseases:

1. High Blood Pressure - 30 days

2. Gastric - 10 days

3. Diabetes - 30 days

4. Constipation - 10 days

5. Cancer - 180 days

6. TB - 90 days

7. Arthritis patients should follow the above treatment only for 3 days in the 1st week, and from 2nd week onward s - daily.

This treatment method has no side effects, however at the commencement of treatment you may have to urinate a few times.

It is better if we continue this and make this procedure as a routine work in our life.

Drink Water and Stay healthy and Active.

This makes sense. The Chinese and Japanese drink hot tea with their meals ...not cold water. Maybe it is time we adopt their drinking habit while eating!!! Nothing to lose, everything to gain...

For those who like to drink cold water, this article is applicable to you.

It is nice to have a cup of cold drink after a meal. However, the cold water will solidify the oily stuff that you have just consumed. It will slow down the digestion.
Once this 'sludge' reacts with the acid, it will break down and be absorbed by the intestine faster than the solid food. It will line the intestine. Very soon, this will turn into fats and lead to cancer.. It is best to drink hot soup or warm water after a meal.

A serious note about heart attacks: Women should know that not every heart attack symptom is going to be the left arm hurting.
Be aware of intense pain in the jaw line.

You may never have the first chest pain during the course of a heart attack.

Nausea and intense sweating are also common symptoms.

60% of people who have a heart attack while they are asleep do not wake up.

Pain in the jaw can wake you from a sound sleep. Let's be careful and be aware. The more we know, the better chance we could survive...

A cardiologist says if everyone who gets this mail sends it to everyone they know, you can save a person's life!!!

Sunday, April 11, 2010

Penghantaran Proposal PJM3116 Penyelidikan Tindakan 1

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia...

Perhatian kepada semua pelajar PISMP PJ Semester 7, tarikh akhir penghantaran proposal PJM3116 Penyelidikan Tindakan 1 - Metodologi adalah pada hari Isnin 12 April 2010 sebelum jam 4.30 petang. Justeru itu, anda perlu sentiasa peka dan memastikan bahawa tugasan anda dihantar mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan. Kegagalan anda berbuat demikian dikhuatiri akan menjejaskan markah tugasan anda. Sekian, untuk tindakan dan harap maklum.

Tuesday, April 6, 2010

Penghantaran Markah Kerja Kursus (KKBI)

Salam sejahtera & salam 1Malaysia...

Penghantaran Markah Kerja Kursus (KKBI)

- PPISMP Ambilan Julai 2009

- PISMP Ambilan Januari 2007, 2008, 2009 dan 2010

- KDPM Kemas Ambilan 2007 dan 2008

Markah hendaklah dihantar dalam bentuk 'soft copy' (format office 97 - 2003 ) dan 'hard copy' ke Unit Peperiksaan dan Penilaian pada atau sebelum 26 April 2010 melalui penyelaras kerja kursus jabatan.

Tarikh-Tarikh Penting Jabatan PJK April & Mei 2010

Salam sejahtera & salam 1Malaysia...

Berikut merupakan tarikh-tarikh penting jabatan PJK bagi bulan April & Mei 2010. Diharap pelajar & pensyarah mengambil perhatian sewajarnya.

1. Praktikum (3) PISMP S7 (1/2 - 2/5/2010)
2. Praktikum (1) PISMP S5 (22/3 - 16/4/2010)
3. Sukantara IPGKTI (12-15/4/2010)
4. Pendidikan Luar PISMP PJ S3 (19-24/4/2010)
5. Lawatan Ilmiah PJM3112 PISMP S5 (28/4/2010)
6. Kejohanan Olahraga IPGKTI Ke-43 (29/4/2010)
6. Karnival Permainan Tradisional (2/5/2010)
7. Kursus Kesihatan Pergigian (3-4/5/2010)
8. Konvokesyen IPGKTI (7/5/2010)
9. Pendidikan Luar KPLI Major PJ (17-21/5/2010)

Sekian, harap maklum...

Wednesday, March 24, 2010

Lawatan & sesi taklimat MQA Jabatan Kemahiran Hidup ke Jabatan PJK

Salam sejahtera...

Satu sesi taklimat dan lawatan MQA oleh Jabatan Kemahiran Hidup ke Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan telah diadakan pada 12/3/2010 yang lalu. Sesi lawatan ini diketuai oleh Ketua Jabatan KH, En. Paiman bin Pardi dan beberapa orang pensyarah jabatan tersebut. Sesi taklimat ini dikendalikan oleh Cik Shaireena Jaafar dan En. Mohd Zairi Husain. Lebih kurang 1 jam sesi berlangsung, mereka telah diberikan penerangan dan taklimat berhubung proses perlaksanaan akreditasi MQA Jabatan PJK. Alhamdulillah, hasil lawatan tersebut dapat disimpulkan bahawa mereka telah faham bagaimana proses MQA dilaksanakan. Tahniah buat Cik Shaireena atas usaha keras anda... Semoga usaha anda akan menjadikan Jabatan PJK sebagai benchmark kepada jabatan-jabatan lain di IPG ini.

Saturday, March 13, 2010

KPLI PJ Juara Karnival Sukan Ragam 2010

Assalamualaikum & salam 1Malaysia...

Pada 12/3/2010 yang lalu, satu Karnival Sukan Ragam anjuran KPLI Ambilan Januari 2010 telah diadakan di Padang IPGKTI. Karnival yang berlangsung selama 2 jam 30 minit itu merupakan tugasan PJ2050 (D) Pendidikan Jasmani Asas yang perlu dilaksanakan oleh mereka. Pada karnival kali ini, KPLI opsyen Pendidikan Jasmani telah muncul sebagai juara. Tahniah buat pemenang...Semoga ilmu yang diperolehi di sini dapat diaplikasikan di sekolah kelak. Di kesempatan ini, pihak admin ingin mengucapkan selamat bercuti kepada semua warga Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru. Tidak ketinggalan juga kami ingin mengucapkan selamat menjalani PBS buat KPLI Ambilan Januari 2010 selama 2 minggu & PISMP Semester 1 & 3 selama seminggu di sekolah-sekolah terpilih. Ucapan selamat berpraktikum juga buat semua pelajar PISMP Semester 5 (4 minggu) dan PISMP Semester 7 (12 minggu)... Lakukan yang terbaik...

Thursday, March 11, 2010

Sukan Ragam KPLI Ambilan Januari 2010

Salam sejahtera & salam 1Malaysia...

Satu Karnival Sukan Ragam akan dijalankan pada hari Jumaat 12 Mac 2010 jam 2.45 - 5.00 petang bertempat di Padang IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru. Karnival ini dianjurkan oleh pelatih KPLI Ambilan Januari 2010. Program ini merupakan sebahagian daripada kerja kursus berasaskan ilmu dan memenuhi keperluan sukatan pelajaran PJ2050 (D) Pendidikan Jasmani Asas. Semua pelatih IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru dijemput hadir bagi memeriahkan lagi karnival tersebut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BMI CALCULATOR

Disclaimer/Penafian

Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan, Institut Pendidikan Guru, Kampus Temenggong Ibrahim, Jalan Datin Halimah , 80350 Johor Bahru, Johor.

Tel : 07-2364788 sambungan 236 @ 237 Fax : 07-2379736 Emel: jpjkipti@yahoo.com

Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan, Institut Pendidikan Guru, Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.