Tazkirah
Thursday, January 29, 2009
Tuesday, January 13, 2009
MESYUARAT & BENGKEL PENULISAN DOKUMEN JAMINAN KUALITI PROGRAM PISMP
Satu mesyuarat dan bengkel penulisan dokumen jaminan kualiti bagi program PISMP anjuran IPGM Kampus Temenggong Ibrahim Johor Bahru telah diadakan di Hotel Katerina Batu Pahat bermula 12 - 15 Januari 2009. Bengkel ini bertujuan membina pangkalan data MQF bagi program PISMP. Berdasarkan kepada 4 bidang utama iaitu Matematik, Sains, Pendidikan Jasmani & Kemahiran Hidup seramai 52 orang staf akademik dan sokongan IPGM Kampus Temenggong Ibrahim Johor Bahru telah berkampung di sini selama lebih kurang 4 hari bagi memastikan matlamat ini dapat direalisasikan. Dengan bantuan 2 orang fasilitator dari IPGM Kampus Darul Aman diharap pangkalan data ini dapat diselesaikan dengan jayanya. Harapan agar apa yang dirancang dapat dilaksanakan sebaik mungkin.
Wednesday, December 31, 2008
SELAMAT KEMBALI KE IPGM KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM JOHOR BAHRU
Lebih kurang 2 bulan bercuti akhirnya tamat juga... Pada tanggal 5 Januari 2008 semua guru pelatih akan meneruskan sesi pembelajaran mereka di INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM JOHOR BAHRU (Nama baru selepas kabinet & Dewan Negara meluluskan penubuhan IPGM pada 25 Ogos 2008 yang lalu). Selamat kembali semoga anda kembali dengan keadaaan yang ceria dan semangat yang lebih berkobar-kobar. Begitu juga dengan para pensyarah Jabatan PJK diharap cuti ini memberi banyak makna di samping meredakan tekanan sewaktu bertugas sepanjang tahun 2008. Tidak ketinggalan juga pihak admin ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1430 dan Selamat Menyambut Tahun Baru 2009.... Selamat tinggal warna-warni 2008 dan selamat datang cabaran 2009. Semoga 2009 akan lebih cemerlang daripada 2008. Salam ukhwah dari meja Admin jpjkipti.blogspot.com.
Sunday, December 14, 2008
KDPM KDC LPBS PC AMBILAN NOV 2008
Saturday, December 6, 2008
KPLI KDC LPBS SKM Pemulihan 2
Admin
JPJK@IPTI
Monday, November 17, 2008
Selamat bercuti...
Di kesempatan ini pihak ADMIN jpjkipti.blogspot.com ingin mengucapkan selamat bercuti kepada semua staf akademik dan guru-guru pelatih sekalian. Semoga cuti yang panjang ini dapat diisikan dengan perkara-perkara yang bermanafaat. Pihak ADMIN juga ingin mengucapkan selamat datang kepada kumpulan guru-guru Kursus Dalam Cuti (KDC) dan peserta-peserta Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR) yang akan mendaftar pada 17 November 2008 bagi memulakan sesi pembelajaran mereka. Justeru itu, diharap agar semua yang terlibat dapat menggunakan peluang dan ruang ini dengan sebaik mungkin demi memartabatkan lagi profesion perguruan selaras dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Kembalikanlah semula kegemilangan dan reputasi profesion perguruan yang semakin hari semakin terhakis. Selamat belajar... Ikhlas daripada ADMIN...
Tuesday, November 11, 2008
Kursus Kriket Pensyarah-pensyarah IPG Malaysia
Tuesday, October 21, 2008
Penilaian Ujian Amali PJ Akademik 1 di IPTHO
Salam...
Pada 20-22/10/2008 saya telah ditugaskan untuk menilai Ujian Amali PJ Akademik 1 di IPTHO. Secara keseluruhannya ujian amali tersebut berjalan dengan lancar dan teratur. Pihak Unit PJK IPTHO berjaya menyelaraskan program ujian amali ini dengan sebaik mungkin. Ujian amali pendidikan pergerakan dan 6 komponen ujian kecergasan telah dijalankan di Gimnasium IPTHO. Sementera itu, ujian 2.4 km telah dijalankan di padang institut. Terima kasih diucapkan kepada semua pensyarah Unit PJK IPTHO atas kerjasama yang diberikan sepanjang ujian berjalan. Sekalung tahniah kepada Ketua Unit PJK IPTHO Tn. Hj. Abdul Rahman Amat, En. Sulaiman, Tn. Hj. Abdul Kadir, En. Abdul Latif, Pn. Czarina Law dan En. Muhammad Nahar di atas usaha anda.








Sunday, October 19, 2008
Selamat Hari Raya dari Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan IPTI




Ujian Amali KPLSPM Sem.1
pertamanya melalui ujian amali (pendidikan pergerakan da
n kecergasan). Pada
keseluruhannya mereka telah berjaya menunjukkan prestasi yang membanggakan. Tahniah!. Apa pun, bagi mereka yang merasa kurang berpuas hati dengan persembahan yang dilakukan, atau kecergasan yang ditampilkan, jangan cepat mengalah. lakukan yang terbaik untuk semester 2 nanti. Ingat! Prestasi yang baik hanya dapat dilakukan dengan persediaan yang terancang, terutama bagi ujian kecergasan. Anda perlu lakukan sepanjang masa, bukannya hanya pada ketika menjelang ujian.BMI CALCULATOR
Disclaimer/Penafian
Tel : 07-2364788 sambungan 236 @ 237 Fax : 07-2379736 Emel: jpjkipti@yahoo.com
Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan, Institut Pendidikan Guru, Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.

