Tazkirah

Tuesday, August 28, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2012


P/s: Jika buat rumah terbuka jangan lupa jemput ADMIN... Hehehehehe...

Tuesday, February 21, 2012

Pendidikan Jasmani Penting atau Tidak

Oleh: Rohana Man Utusan Malaysia 27 Oktober 2003 (Dipetik dari http://mknuar.blogspot.com/search/label/PEND.%20JASMANI%20DAN%20KESIHATAN)

Curi Masa PJ

Sikap kebanyakan guru mencuri masa mata pelajaran Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan (PJK) untuk mengajar mata pelajaran peperiksaan dikenal pasti sebagai salah satu punca bilangan murid gemuk bertambah di sekolah rendah. Kajian yang dilakukan oleh sepasukan penyelidik dari Jabatan Pemakanan Dan Dietetik, Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mendapati menjelang musim peperiksaan terutamanya, kebanyakan guru tidak menggunakan waktu PJK untuk tujuan sebenar sebaliknya menggunakan waktu itu untuk mengajar mata pelajaran peperiksaan. Profesor Madya Dr. Norimah A Karim berkata, masa untuk PJK ialah tiga kali seminggu tetapi terdapat guru mengambil waktu-waktu itu untuk mengajar mata pelajaran peperiksaan.

``Guru menganggap mata pelajaran peperiksaan lebih penting daripada PJK bagi menyediakan murid menghadapi peperiksaan,'' katanya kepada Utusan Malaysia. Beliau ditemui pada Majlis Pertandingan Senamrobik Dan Lukisan Sempena Kempen Sekolah Sihat Nestle - Kementerian Pendidikan Di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Kajian yang diketuai oleh Ketua Jabatan Pemakanan Dan Dietetik, Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu UKM, Profesor Dr. Mohd Ismail Noor itu telah dijalankan pada tahun 2001. Seramai 12,000 murid daripada pelbagai kumpulan etnik dan kawasan dari seluruh semenanjung Malaysia dipilih menjadi responden.

Borang soal selidik disediakan dalam tiga bahasa iaitu Melayu, Mandarin dan Tamil dan diedarkan di sekolah bandar dan luar bandar. Bidang yang ditanya dalam soal selidik itu ialah tabiat pemakanan murid yang meliputi sarapan, makanan ringan dan minuman serta pengetahuan mengenai makanan berkhasiat.


Saturday, February 18, 2012

GOOD TEACHING


By Theodore R. Sizer, Former Dean, Harvard University College of Education.
Reprinted with permission.

I'd like to talk briefly about good teaching. I fear doing this,knowing well how fine teachers differ as their characters and styles differ. Idiosyncrasy is a virtue to the extent that successful teaching rests on character - and I believe it heavily rests there. By describing a generalized view of good teaching, I may unintentionally signal to you an intolerance of idiosyncrasy. I do not wish to do so.

I am also concerned that I may give the impression that I think teaching per se is important. Of course, it isn't; what is only important is what the students learn. By speaking of teaching, I hope I won't muddy the truism that our actions as instructors are a means to an end -- a pupil's knowledge -- rather than an end in themselves.

Tuesday, December 6, 2011

IKLAN JAWATAN PENSYARAH DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia, menawarkan beberapa jawatan kosong bagi pegawai-pegawai pendidikan. Berikut adalah maklumat-maklumat jawatan yang memerlukan pengisian.

Pensyarah (PPPS DG44)
• Berada di Gred PPP Siswazah DG41 selama 5 tahun;
• MemilikiIjazahSarjana/ Ph.D dalam Bidang Pengurusan Pendidikan, Penilaian dan Penyelidikan Pendidikan atau bidang-bidang yang berkaitan;
• PPP SiswazahGred DG41 yang tempoh perkhidmatan telah melebihi 3 tahun, dibenarkan memohon jawatan Pensyarah (Memangku DG44) di Institut Pendidikan Guru
• Mempunyai pengalaman Pengurusan/ Pentadbiran samaada di Sekolah, PPD / PPG, Institut Pendidikan Guru, Bahagian Matrikulasi, Jabatan Pendidikan Negeri atau di Bahagian Kementerian Pelajaran Malaysia.

** Sila Kemukakan permohonan anda kepada :-

Pengarah
Institut Pendidikan Guru
Kampus (Berhampiran tempat pemohon)

Atau

Rektor
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 1, Enterprise Building 3, Blok 2200
Jalan Persiaran APEC, Cyber 6
63000 Cyberjaya

Tel : 03-8312 6615
Faks : 03-8312 6655

Tarikh Tutup Permohonan : 16 Disember 2011

Anda diminta untuk memuatturun ke semua dokumen yang diberikan dibawah ini.
• Borang Permohonan Pensyarah IPG
• Surat Akuan Ketua Jabatan
• Surat Akuan Pinjaman Pendidikan
• Lampiran A

Untuk mendapatkan keterangan & maklumat lanjut, sila klik link ini http://www.moe.gov.my/?id=1&lang=my

Sunday, November 13, 2011

Kaedah Baru Guna Air Mata Kesan Diabetis

Gambar hiasan

MICHIGAN - Pesakit kencing manis atau diabetes mungkin tidak lagi perlu khuatir untuk menjalani ujian darah bagi mengesan penyakit itu kerana kumpulan saintis telah menemui kaedah baru yang tidak menyakitkan iaitu dengan menggunakan air mata.

Sebelum ini, pesakit diabetis perlu mencucuk hujung jari sebanyak dua hingga 10 kali sehari bagi mendapatkan sampel darah untuk mengesan tahap kandungan gula mereka.
Tetapi kini, penyelidik di Universiti Michigan telah mencipta alat pengesan paras gula dalam darah hanya dengan menggunakan sampel air mata pesakit diabetes.

Kumpulan pakar perubatan juga mendakwa kaedah ini lebih selamat dan kurang berisiko untuk terdedah kepada jangkitan serta memberi keselesaan kepada pesakit kerana mereka tidak lagi berasa sakit akibat penggunaan jarum dalam tempoh terlalu kerap.

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/global/air-mata-kesan-diabetes-1.5317

Keburukan Menahan Kencing

PERBEZAAN keadaan pundi kencing normal dan pundi kencing yang aktif.


SEKALIPUN terpaksa menghadiri mesyuarat penting atau memandu untuk jarak yang jauh, menahan air kencing bukanlah satu tindakan yang bijak. Air yang ditahan itu hakikatnya kotoran beracun yang perlu dikeluarkan daripada badan.


Menurut Pakar Urologi, Kesihatan Lelaki dan Pembedahan Robotik, Pusat Perubatan Prince Court, Datuk Dr. Sahabudin Raja Mohamed, menahan diri daripada membuang air kecil akan memberi kesan negatif kepada kesihatan.


Namun, perkara itu mempunyai kesan yang berbeza mengikut jantina dan usia.

“Kanak-kanak yang menahan kencing terlalu lama boleh menyebabkan masalah besar. Tidak kira lelaki mahupun perempuan, ia boleh meningkatkan kejadian jangkitan saluran kencing.

“Dalam kes yang lebih buruk, ia akan mengakibatkan inkontinens iaitu masalah hilang kawalan untuk menahan kencing,” kata Sahabudin.


Masalah itu menyebabkan penghidap tidak mampu menahan kencing daripada terkeluar sendiri terutamanya ketika batuk, bersin atau meneran.


Seseorang juga sukar untuk menahan kencing sehingga dia boleh terkencing di mana-mana sahaja sebelum sempat pergi ke tandas.


Saturday, November 5, 2011

Salam Aidiladha 2011

Assalamualaikum wbkt...

Kami di Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru ingin mengucapkan selamat menyambut aidiladha buat seluruh warga kampus. Semoga sambutan Aidiladha tahun ini memberikan 1001 makna & keberkatan. Justeru itu, marilah sama-sama kita menghayati erti pengorbanan yang sebenar. Semoga segala pengorbanan yang telah kita lakukan mendapat keberkataan & keredhaan Allah SWT. InsyaAllah...

Tuesday, October 25, 2011

Selamat Menyambut Deepavali 2011

Salam sejahtera...

Kami pensyarah Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan IPGKTI ingin mengucapkan Selamat Meraikan Hari Deepavali kepada semua warga IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru (pegawai pengurusan, pensyarah akademik, pensyarah pengurusan dan staf sokongan) yang beragama Hindu khasnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya. Semoga dengan hadirnya Pesta Cahaya ini akan membawa kebahagian dan keceriaan buat anda semua. Selaras dengan makna Deepavali @ Diwali itu sendiri: kehadiran cahaya kebaikan menewaskan kuasa kejahatan. Salam Deepavali ikhlas daripada kami...

Tuesday, September 27, 2011

Jadikan renang kokurikulum di sekolah

Assalamualaikum wbkt dan salam sejahtera...

Admin tertarik dengan keratan akhbar daripada Utusan Malaysia bertarikh Sabtu, 24 September 2011 yang bertajuk, “Jadikan renang kokurikulum di sekolah”. Seperti yang semua orang maklum bahawa, aktiviti berenang mempunyai banyak kebaikan. Ia boleh menghilangkan stress samada stress kerja, masalah peribadi, atau kewangan. Bila kita berenang, otak kita secara automatik akan tenang sebentar, sebab gerak geri berenang itu akan menyebabkan otak kita akan lupa sebentar perkara-perkara yang memberi tekanan kepada minda dan diri kita. Sebab itu berenang adalah terapi untuk kita semua orang tidak kira tua mahupun yang muda. Selain daripada itu, sukan renang juga disarankan oleh Nabi Muhammad S.A.W kepada kita, supaya tampil sihat dan mempunyai susuk tubuh menawan. Justeru itu, saranan oleh Datuk Abdul Malik Mydin memang ada asasnya. Admin percaya bahawa sudah ada sekolah-sekolah yang mempunyai kemudahan serta kepakaran sama ada dari segi fasilitis mahupun tenaga mahir dalam mengendalikan aktiviti ini menawarkan kokurikulum renang. Mungkin jumlahnya tidak banyak dan boleh dihitung dengan jari.

Di sini admin ingin menarik perhatian semua bahawa dalam kurikulum pendidikan di negara kita yang baru diperkenalkan pada tahun 2011 iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) sudah ada dimasukkan silibus renang Tahun 1 iaitu di bawah Modul Kemahiran Aspek 1 – Kemahiran Pergerakan. Antara Standard Kandungan yang terdapat dalam silibus ini ialah Keyakinan dan Keselamatan Di Air. Antara kandungan Standard Pembelajaran yang perlu dicapai ialah mematuhi peraturan dalam air dan melakukan kemahiran keyakinan dalam air: masuk ke dalam air, berdiri, berjalan, bobbing, mengapung tiarap, meluncur (glide), dan berdiri dalam air dari posisi apungan tiarap. Walaupun, ianya hanya pergerakan asas sekurang-kurangnya ianya pendedahan awal adalah penting.

Walaubagaimana pun, masih terdapat kekangan dalam proses perlaksanaan kurikulum renang ini. Seperti yang saya perkatakan di atas. Ianya berkaitan dengan fasilitis dan tenaga pakar. Menurut Bahagian Perkembangan Kurikulum (BPK) Kementerian Pelajaran Malaysia yang dipertanggungjawabkan untuk menggubal dan membina kurikulum ini menyatakan bahawa guru boleh memilih antara akuatik dengan rekreasi dan kesenggangan dalam pengajaran PJ. Bagi yang memilih akuatik, persekitaran sekolah hendaklah mempunyai kemudahan dan guru yang berkelayakan. Aspek 5 dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran Modul Kemahiran dan Modul Kecergasan. Berdasarkan kenyataan di atas, admin percaya dan yakin bahawa ramai guru yang akan memilih rekreasi dan kesenggangan kerana ianya mudah, hanya menggunakan common sense, tidak memerlukan banyak peralatan dan persediaan, pengurusan masa yang tidak cerewet dan beberapa faktor lain yang saya percaya anda di luar sana boleh membuat persepsi sendiri. Jika ini yang berlaku, nampaknya BPK perlu memikirkan alternatif lain.

Walau apa jua yang telah kita rancangkan seharusnya kita hendaklah melaksanakan perancangan kita dengan sebaik mungkin dan berhemah. Usah terlalu meletakkan banyak sangat syarat sedangkan tugas itu sememangnya tugas kita guru-guru Pendidikan Jasmani & Kesihatan. Tidak tahu kita bertanya, tidak pandai kita belajar dan tidak jatuh martabat seseorang hanya dengan mengakui kekurangan diri. Semoga apa yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik dan mendapat keberkatan Allah SWT.

Berikut adalah mukadimah sebelum kelas renang dan keselamatan di air dilaksanakan di IPGKTI:-

10 SEBAB MENGAPA ANDA PERLU BELAJAR BERENANG!!!

1. Berenang merupakan satu kemahiran hidup yang tidak ternilai harganya. Dengan kemahiran renang yang anda ada, sekiranya berlaku kecemasan atau kecelakaan sudah tentu ianya sangat berguna dan dapat menyelamatkan nyawa anda.

2. Merupakan satu aktiviti sukan yang paling sihat dan tidak mendatangkan sebarang kecederaan. Ianya sangat disarankan oleh kebanyakkan doktor bagi orang yang menghidapi obesiti dan juga penyakit asthma.

3. Antara sukan dan aktiviti luar yang paling murah berbanding sukan lain. Anda hanya memerlukan sepasang pakaian renang dan juga bayaran masuk kolam yang kebiasaannya hanyalah sekitar RM4/ RM5 untuk kolam awam.

4. Aktiviti atau sukan renang dapat membentuk dan mengekalkan tubuh badan yang baik dan cantik. Ini dapat diperolehi sekiranya anda melakukannya secara berterusan. Lakukan sekurang-kurangnya selama 20 minit untuk setiap kali anda berenang. 3 x seminggu dan kawal pemakanan.

5. Disebabkan kelebihan-kelebihannya, berenang adalah antara sunnah yang dituntut selain dari memanah dan juga berkuda.

6. Aquatic Advanture bermula dengan aktiviti renang. Kemahiran berenang membolehkan anda melibatkan dengan pelbagai aktiviti yang melibatkan medium air. Sebagai contoh: Scuba diving. Walaupun scuba diving tidak memerlukan kemahiran renang yang tinggi tetapi dengan memiliki kemahiran renang tentunya ia sangat membantu dan dapat menyertainya dengan lebih yakin.

7. Air membentuk 70% keadaan rupa bumi kita. Ke mana-mana kita pergi, kita dikelilingi air. Laut, tasik, sungai dan sebagainya. Mengapa kita tidak memperlengkapkan diri dengan kemahiran renang supaya kita dapat berinteraksi dengannya dengan cara yang lebih bermakna lagi.

8. Untuk tujuan riadah ketika bercuti bersama keluarga. Jika kita pandai berenang tidaklah kita ketinggalan dengan hanya menjadi pemerhati dari tepi sahaja. Sedangkan ahli keluarga kita sedang berseronok bermain air dan berenang.

9. Berenang sememangnya merupakan aktiviti yang sungguh menyeronokkan. kenapa anda tidak mengambil peluang menikmatinya. Tentunya kemahiran ini lebih bermakna sekiranya jika dapat melakukannya bersama keluarga.

10. Sebagai persediaan mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani berasaskan KSSR anda seharusnya dapat menguasai kemahiran asas renang.

Wednesday, September 21, 2011

ADMIN: Sedih mendengar berita ini. Semoga pihak bertanggungjawab lebih peka & jangan mengambil sikap sambil lewa. Peralatan lama jika diselenggara dengan baik insyaAllah selamat. Justeru itu, untuk mengelak kejadian yang sama berulang pihak pengurusan sekolah perlu membuat jadual pemeriksaan berkala dan simpan rekod penyelenggaraan untuk tujuan pemantauan. Bagi pihak kementerian, pastikan bajet diturunkan bagi memastikan kesimbungan perkara ini. Jika semua pihak sedar dan jelas tanggungjawab masing-masing sudah pasti musibah tidak akan berulang. Semoga roh Mohd Fakrul Amin Abdul Rahman dicucuri rahmat. Amin...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BMI CALCULATOR

Disclaimer/Penafian

Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan, Institut Pendidikan Guru, Kampus Temenggong Ibrahim, Jalan Datin Halimah , 80350 Johor Bahru, Johor.

Tel : 07-2364788 sambungan 236 @ 237 Fax : 07-2379736 Emel: jpjkipti@yahoo.com

Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan, Institut Pendidikan Guru, Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.