Tazkirah

Saturday, August 27, 2011

Khasiat jagung





Jagung adalah sejenis sayuran yang amat popular di seluruh dunia. Jagung banyak digunakan salam kebanyakan hidangan seperti bubur, bijirin dan sayur. Selain rasanya yang sedap, jagung merupakan sumber terbaik zat dan vitamin yang biasanya hanya ditemui dalam sayuran.

Amalan memakan jagung boleh menguatkan tulang, gigi, rambut dan hati. Ia juga boleh menurunkan tekanan darah dan kandungan gula dalam darah, melancarkan pengaliran darah serta melawaskan kencing. Jagung juga mengandungi karbohidrat yang memberikan tenaga kepada tubuh. Ia sesuai dijadikan makanan semasa berdiet kerana sifatnya yang bebas lemak, kolestrol dan rendah kalori.

Menurut kajian saintis makanan dari Universiti Cornell New York, USA, jagung yang dimasak sama ada dikukus, direbus atau dibakar, membebaskan zat yang cukup iaitu sebatian phenolik yang dipanggil asid ferulik untuk mengurangkan risiko kanser dan penyakit jantung.

Nama saintifik jagung ialah zea mays. Walaupun sering dikaitkan dengan warna kuning, sebenarnya terdapat pelbagai varieti jagung yang terdiri daripada warna yang berbeza. Ini termasuklah merah, merah jambu, hitam, ungu dan biru.

Saturday, August 20, 2011

Selamat Menjalani program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)

Assalamualaikum wbkt dan salam sejahtera...

Selamat menjalani program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) buat semua siswa guru PISMP Ambilan Januari 2010 amnya dan istimewa buat semua tutee saya siswa guru PISMP Pendidikan Jasmani Ambilan Januari 2010. Timbalah seberapa banyak ilmu di sekolah yang telah anda pilih. Jangan sesekali lepaskan peluang yang diberikan. Pastikan tugasan yang diberi disiap dan disempurnakan sebaik mungkin. Peganglah kata-kata ini, "Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan". Ikhlas daripada saya. Jazzalallahhuhair & salam ukhwah...

Monday, August 15, 2011

4 Sebab sarapan itu penting

Setiap orang tentunya perlu untuk mengisi perutnya sebelum memulakan hari, namun, tidak jarang pula orang yang melupakan kebiasaan ini dan membiarkan pagi hari diisi dengan perut yang kosong. Sebenarnya ada beberapa alasan yang menyebabkan pentingnya sarapan di pagi hari untuk kesehatan. Mereka yang berpikir bahawa sarapan tidak penting dan keliru. Riset di Harvard University AS menunjukkan, orang yang teratur sarapan pagi memiliki kecenderungan hingga 50 persen tidak mengalami kegemukan apabila mereka menimbang berat mereka, berbanding mereka yang melewatkan sarapan.

Wednesday, August 10, 2011

Etika Berpakaian Siswa Guru IPGKTI

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Sejak kebelakangan ini sering kedengaran rungutan pensyarah berkenaan dengan etika berpakaian siswa guru IPGKTI yang mana ianya seakan tidak wujud peraturan ini di Kampus Temenggong Ibrahim. Adakah mereka benar-benar tidak mengetahui atau sengaja buat-buat tidak faham disebabkan tiada penguatkuasaan daripada pihak tertentu. Lantaran daripada itu, di sini dilampirkan peraturan etika berpakaian siswa guru IPGKTI yang masih terpakai sehingga sekarang. Tiada pindaan setakat hari ini. Di harap semua siswa guru IPGKTI dapat mengikuti serta mematuhi peraturan ini. Terima kasih & harap maklum.

1. ETIKA BERPAKAIAN

2. PENAMPILAN DIRI PELAJAR

3. ETIKA GAMBAR PELAJAR

Blog peribadi En. Mohd Zairi Husain

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Untuk makluman pembaca blog ini, anda boleh melayari blog En. Mohd Zairi bin Husain di laman sesawang http://mohdzairihusain.blogspot.com untuk mendapatkan bahan-bahan yang berkaitan dengan kuliah beliau. Semoga anda mendapat manafaat daripada blog tersebut. Salam ukhwah daripada Admin jpjkipti.blogspot.com.

Saturday, July 30, 2011

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1432H

Assalamualaikum wbkt...

Doa Malaikat Jibril menjelang Ramadhan "Ya Allah, abaikanlah puasa ummat Nabi Muhammad SAW jika apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia TIDAK melakukan 3 perkara iaitu:-

1) Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada orang tuanya.
2) Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami isteri.
3) Tidak bermaafan dengan orang-orang sekitarnya".

Maka Rasulullah SAW pun mengucapkan AMIN 3x. Sehubungan dengan itu, di kesempatan ini kami di Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru ingin memohon ampun dan maaf atas apa jua kesalahan zahir dan batin. Semoga Allah SWT memberkati & merahmati serta sentiasa menjaga ibadah puasa kita... AMIN...

Saturday, June 4, 2011

Pendidikan Luar KPLI KDC (Pengajian Cina) Ambilan Nov 2009

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Pada 24-27 Mei 2011 yang lalu, satu program amali Pendidikan Luar KPLI KDC (Pengajian Cina) Ambilan Nov 2009 telah dijalankan di Simple Recreation Centre, Pulau Sibu, Mersing. Program ini adalah sebahagian daripada silibus yang perlu diselesaikan oleh siswa guru ini. Antara pengisian program ini ialah perkhemahan, abseiling, trekking, trekking malam, snorkeling, masakan hutan, sukan pantai dan malam kebudayaan. Program yang berjalan selama 4 hari 3 malam ini diketuai oleh saya sendiri, En. Mohd Zairi Husain dan En. Ahmad Fadzil Noor selaku pensyarah penasihat. Di samping itu juga, kami dibantu oleh Tn. Hj. Norhizan bin Zainol, En. Kamaluddin bin Mokri, Tn. Syed Muhd Kamal bin SA Bakar, En. Poniran bin Salamon dan Cik Shaireena bte Jaafar. Pada program kali ini, En. Adib bin Sulaiman, Ketua Jabatan PJK juga turut serta sebagai pemantau. Alhamdulillah semua aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar & menepati kehendak rubrik pentaksiran.

Gambar-gambar sepanjang program berjalan:-



Video malam kebudayaan (Sungguh menarik dan berbakat)

KUMPULAN 1



KUMPULAN 2a




KUMPULAN 2
b




KUMPULAN 3




KUMPULAN 4




KUMPULAN 5




KUMPULAN 6




PERSEMBAHAN WAKIL PENSYARAH


Thursday, May 19, 2011

Peperiksaan Akhir Mei 2011

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Kepada semua siswa guru MAJOR & ELEKTIF Pendidikan Jasmani IPGKTI, kami pensyarah-pensyarah di Jabatan PJK ingin mengucapkan selamat maju jaya dalam peperiksaan akhir Mei 2011 yang sedang berlangsung sehingga hujung bulan Mei ini. Semoga anda semua diberi kekuatan dan ketenangan dalam menjawab semua soalan-soalan yang dikemukakan dan mendapat keputusan yang CEMERLANG. InsyaAllah...

PJ perlu perhatian serius

Assalamualaikum wbkt dan salam sejahtera...

Saya amat tertarik dengan tulisan Syed Kamaruzaman, UM dalam akhbar Sinar Harian yang bertarikh 16 Mei 2011, Isnin. Tulisan beliau yang bertajuk, "PJ perlu perhatian serius". Cuba hayati petikan ayat ini. "Cikgu suka main bola, hari-hari cikgu main bola!!!". Ingat lagikah anda dengan dialog berkenaan? Dialog lucu yang ditulis oleh Cikgu Shaari di papan hitam dan dibaca bergilir-gilir bermula dengan Nordin bin Hanafi dalam cerita "Masam Masam Manis". P. Ramlee sebagai pendukung watak utama cerita ini berjaya meninggalkan satu impak yang besar sehinggalah ke hari ini. Sebagai satu sumpahan, ianya menjadi satu budaya boleh dikatakan hampir di semua sekolah termasuklah sekolah yang menempatkan JU PJ itu sendiri mengamalkan budaya "main bola" pada setiap kali waktu PJ. Hanya hujan sahaja yang menjadi penghalang kepada kelas "PJ" ini. Walau pun, tulisan tersebut hanyalah sebagai learning object dalam pengajaran & pembelajaran Cikgu Shaari tetapi ianya boleh memberikan 1001 makna kepada mereka yang mendengar dan membacanya. Berdasarkan pengalaman penulis melakukan pemantauan di sekolah-sekolah tentang perlaksanaan kelas PJ ini, jarang sekali penulis melihat guru-guru PJ mengajar PJ mengikut sukatan pelajaran atau dengan kata lain rancangan pengajaran harian (RPH) yang ditulis. Apa yang ditulis lain dan yang diajarkan lain. Mereka menipu diri sendiri, menipu pelajar-pelajar, menipu Guru Besar dan menipu ibu bapa anak-anak yang sepatutnya belajar PJ tetapi mereka hanya bermain bola sewaktu kelas PJ. Dalam SKT mereka menulis di ruangan pencapaian prestasi 100% pengajaran dan pembelajaran tercapai tetapi hakikatnya tidak berlaku pun. Baru-baru ini, kita digemparkan dengan kenyataan daripada Menteri Kesihatan bahawa masalah obesiti kanak-kanak di Malaysia adalah disebabkan oleh amalan pemakanan mereka. Yang disalahkan adalah nasi lemak. Yang menjadi mangsa adalah pengusaha kantin sekolah. Selepas kenyatan beliau, bermacam-macam lagi kenyataan yang penulis rasakan kurang bijak dan kurang ilmiah. Sebagai seorang yang berilmu sepatutnya, hal ini perlu dikaji dengan mendalam terlebih dahulu dan jangan sesuka hati mengeluarkan kenyataan yang boleh dikategorikan kurang matang dan kurang bijak. Walaubagai mana pun, langkah Kementerian Kesihatan yang memandang serius perkara ini seharusnya diberi pujian. Sekurang-kurangnya mereka sedar bahawa ada perkara yang masih belum selesai & mereka terlepas pandang. Pasukan kesihatan awam perlu lebih pro aktif dalam mempromosikan hal ini. Jangan semuanya dilepaskan kepada pihak sekolah dan guru-guru. Ibu bapa juga tidak terlepas daripada tanggungjawab ini. Penulis ingin memetik satu kata-kata pepatah Inggeris yang berbunyi, "You are what you eat". Rasanya tidak perlu penulis mengulas lebih lanjut kerana ianya jelas, tepat dan betul. Justeru itu, penulis amat berharap agar semua pihak tampil dan melakukan tanggungjawab masing-masing dalam memastikan budaya PJ di sekolah diubah, amalan pemakanan anak-anak dikawal dan pemantauan daripada pihak Kementerian Kesihatan ditingkatkan demi kesejahteraan bersama.

PJ - Pendidikan Jasmani
JU - Jurulatih utama
SKT - Sasaran Kerja Tahunan

Sunday, May 15, 2011

Selamat Hari Guru

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Bersenjatakan pena keramat dan berbekalkan ilmu di dada yang sarat melangkah sang guru penuh semangat ke gelanggang pendidikan untuk berkhidmat dengan satu visi dan matlamat bagi mengangkat martabat umat di pentas watan dan sarwajagat demikian sifat guru berkualiti menjadi pemangkin kegemilangan negara... "GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA"... SELAMAT HARI GURU buat semua insan yang bergelar GURU termasuklah bakal guru & mantan guru... Ikhlas daripada kami di Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan IPGKTI...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BMI CALCULATOR

Disclaimer/Penafian

Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan, Institut Pendidikan Guru, Kampus Temenggong Ibrahim, Jalan Datin Halimah , 80350 Johor Bahru, Johor.

Tel : 07-2364788 sambungan 236 @ 237 Fax : 07-2379736 Emel: jpjkipti@yahoo.com

Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan, Institut Pendidikan Guru, Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.