Tazkirah

Saturday, August 27, 2011

Khasiat jagung





Jagung adalah sejenis sayuran yang amat popular di seluruh dunia. Jagung banyak digunakan salam kebanyakan hidangan seperti bubur, bijirin dan sayur. Selain rasanya yang sedap, jagung merupakan sumber terbaik zat dan vitamin yang biasanya hanya ditemui dalam sayuran.

Amalan memakan jagung boleh menguatkan tulang, gigi, rambut dan hati. Ia juga boleh menurunkan tekanan darah dan kandungan gula dalam darah, melancarkan pengaliran darah serta melawaskan kencing. Jagung juga mengandungi karbohidrat yang memberikan tenaga kepada tubuh. Ia sesuai dijadikan makanan semasa berdiet kerana sifatnya yang bebas lemak, kolestrol dan rendah kalori.

Menurut kajian saintis makanan dari Universiti Cornell New York, USA, jagung yang dimasak sama ada dikukus, direbus atau dibakar, membebaskan zat yang cukup iaitu sebatian phenolik yang dipanggil asid ferulik untuk mengurangkan risiko kanser dan penyakit jantung.

Nama saintifik jagung ialah zea mays. Walaupun sering dikaitkan dengan warna kuning, sebenarnya terdapat pelbagai varieti jagung yang terdiri daripada warna yang berbeza. Ini termasuklah merah, merah jambu, hitam, ungu dan biru.




Jagung = maize = Zea mays


Varieti jagung eksotik dikumpulkan untuk menambah kepelbagaian genetik apabila terpilih dalam pembiakan domestik yang baru.


Jagung berlainan jenis/varieti





Melalui kajian terkini telah mendapati kebaikan antioksidan daripada jagung variety berbeza sebenarnya datang daripada kombinasi fitozat yang berbeza. Bagi jagung berwarna kuning, semuanya adalah antioksidan karotenoid yang terdapat di dalamnya. Ia juga kaya dengan pekatan lutein dan zeaxanthin.

Bagi jagung berwarna biru, semuanya adalah berkaitan anthocyanin yang terdapat di dalamnya. Terdapat satu jenis asid hydroxybenzoic di dalam jagung berwarna ungu – asid protocatechuic – yang turut dikaitkan dengan aktiviti antioksidan kuat dalam variety ini yang menyebabkan warnanya menjadi ungu.


Pokok jagung matang


Pokok matang yang sedang mengeluarkan hasil


Batang jagung dan rambut/bulu

Tidak dapat dinafikan ramai yang menganggap jagung sebagai sumber makanan yang kosong atau sebagai snek ringan, tetapi sebenarnya jagung makanan yang kaya fitozat unit yang menyediakan pelbagai kebaikan antioksidan.

Jagung merupakan sumber baik vitamin C dan juga mineral mangan. Antioksidan fitozat dalam jagung terdiri daripada anthocyanin, beta-karotena, asid caffeic, asid coumarid, asid ferulic, lutein, asid syringic, asid vanilic, asid protocatechuic dan zeaxanthin. Jagung juga turut mengandungi vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh. Dikatakan juga jagung rendah lemak karbohidrat, tinggi dalam serat, mengandungi asid folik, niacin, vitamin A, thiamine, vitamin B, asid panthothenic, fitokimia, vitamin E, zink, besi, mangan dan fosforus.




Biji jagung





Longgokan jagung di tapak tuaian di India


Kebaikan produk jagung

Minyak jagung

Minyak jagung dihasilkan daripada biji jagung atau ‘germ’ (jumlah keseluruhan kandungan minyak daripada setiap biji jagung adalah 4%).Minyak jagung baik untuk kesihatan kerana mengandungi vitamin E yang tinggi,lemak tak tepu dan sumber asid lemak Omega 6 yang baik untuk kulit.Minyak jagung juga mampu menurunkan kolestrol darah dan mengurangkan risiko sakit jantung.

Tepung jagung

Biji jagung kering digiling kasar untuk memisahkan kulit dan isinya. Kemudian ia digiling halus dan diproses untuk dibuat tepung. Tepung jagung sedap dibuat lempeng (pancakes), roti jagung dan kuih-muih. Tepung jagung juga digunakan untuk memekatkan sos atau kuah.

Empeng jagung

Emping jagung atau (corn flakes)adalah bijirin sarapan yang baik. Emping jagung adalah campuran jagung, ekstrak ‘malt’, garam, vitamin, zat besi dan anti-oksida yang boleh meningkatkan daya tumpuan, melawan keletihan dan mencegah anemia. Emping jagung rendah lemak dan diperkaya dengan vitamin A, C dan zat besi. Emping jagung selalu juga dijadikan sebagai bahan dalam membuat biskut, kek dan kuih-muih.

Bertih jagung atau ‘popcorn’

‘Popcorn’ merupakan snek ringkas yang sedap dan berkhasiat. Ia rendah kalori. Secawan ‘popcorn’ tanpa minyak hanya mengandungi 30 kalori sementara yang berminyak pula hanya 55 kalori. Walau ditambah mentega cair pun,kalorinya hanya 90-120 sahaja. ‘Popcorn’ bukan sahaja kaya dengan karbohidrat, rendah lemak tetapi berserat tinggi juga. Ini membuatkan ia menjadi snek yang berkhasiat dan mengenyangkan. American Dietetic Association menyenaraikan ‘popcorn’ sebagai snek berserat tinggi dalam senarai “10 Great Ways to Fiber Up”. The American Diabetes Association pula menyatakan bahawa ‘popcorn’ sebagai pengganti kanji dalam diet mengawal berat badan.
















Bil


Country


Production (tonnes)


1


United States


333,010,910


2


China


163,118,097


3


Brazil


51,232,447


4


Mexico


20,202,600


5


Indonesia


17,629,740


6


India


17,300,000


7


France


15,299,900


8


Argentina


13,121,380


9


South Africa


12,050,000


10


Ukraine


10,486,300





World


817,110,509






Bunga jantan





Jambak bunga jantan yang kecil yang dipanggil jumbai (tassel)



Putik jagung muda

Baik untuk sistem penghadaman

Disebabkan kandungan serat yang tinggi, jagung dikatakan sesuai untuk dimakan bagi tujuan pencegahan penyakit berkaitan pencernaan seperti sembelit dan buasir. Kandungan antioksidan yang terdapat dalam jagung juga dikatakan mampu membantu dalam mengurangkan risiko kanser kolon dan penyakit Alzheimer. Dikatakan jagung mampu membantu penyerapan air semasa pencernaan sekaligus memudahkan pergerakan usus.

Melindungi jantung

Niasin, asid folik dan vitamin C dikatakan mampu melindungi jantung daripada pelbagai masalah. Vitamin-vitamin ini boleh membantu mencegah pembentukan homosisteine (asid amino) dalam tubuh, sekaligus mencegah penyakit jantung yang tertentu. Ia juga dikatakan mampu merendahkan tahap kolesterol, mengurangkan risiko hipertensi dan membantu menstabilkan tahap gula. Kalori yang terdapat dalam jagung dikatakan mampu membantu tubuh dalam metabolisme seharian.

Bagus untuk ibu hamil

Fitokimia yang dikatakan mampu membantu menentang penyakit kronik turut ditemui dalam jagung. Thiamine membantu dalam mengekalkan kesihatan saraf dan fungsi kognitif (perkembangan otak janin). Asid folat mencegah kerosakan otak bayi saat kelahiran. Jagung juga dikatakan mampu mencegah kecacatan saluran neutral untuk bayi yang baru dilahirkan melalui cara pembekalan asid folik secukupnya kepada wanita hamil.

Memelihara kesihatan sel otak

Jagung merupakan sumber thiamin (vitamin B1) yang sangat penting bagi kesehatan sel otak dan fungsi kognitif sebab thiamin diperlukan untuk membentuk acetylcholine yang berfungsi memaksimumkan komunikasi antara sel otak dalam proses berfikir dan konsentrasi jika kadar zat ini menurun maka akan menyebabkan pikun dan penyakit Alzheimer. Kepikunan sering kali timbul akibat stress dan akibat tekanan beban pada otak yang menumpu, utamanya pada para pelajar. Oleh kerana itu, para remaja sebaiknya memilih jagung sebagai kudapan yang tidak hanya sekedar mengisi perut, tapi juga menyehatkan bagi otak dan tubuhnya.

Jagung juga kaya akan asid pentotenat (vitamin B5) yang berperan dalam proses metabolisme karbohidrat, protein dan lemak untuk diubah menjadi energi. Ini bererti, jagung sangat disarankan bagi pengidap obesiti.

Memelihara kesihatan mata

Kandungan beta-karotena yang terdapat dalan jagung baik untuk kesihatan mata dan penglihatan.

Menentang kanser

Selain itu, kandungan antioksidan dalam jagung juga amat cukup untuk merendahkan risiko pelbagai penyakit kanser dan telah terbukti berkesan dalam menentang tumor kanser dalam tubuh terutamanya jenis kanser payudara dan limfa (hati). Asid ferulic jenis fenolik (zat anti kanser) dan anthocyanin yang terdapat dalam jagung dikatakan bertanggungjawab untuk bahan anti kanser yang membunuh setiap radikal bebas yang menguasai tubuh.

Jagung dikatakan bagus untuk para perokok kerana mengandung betacryptoxanthin yang dapat menurunkan risiko kanser paru–paru. Ketagihan terhadap rokok terkadang amat menyulitkan niat perokok untuk berhenti, namun jangan biarkan tabiat buruk ini memberi efek buruk bagi kesihatan terus-menerus.

Menurut Journal Cancer Epidemiology, biomarkers and prevention, mereka yang banyak mengambil makanan yang mengandung betacryptoxanthin terbukti mengalami penurunan risiko kanser paru–paru sebanyak 27%, hasil yang sama juga menunjukkan bahwa perokok yang mengambil jagung dalam diet mereka mengalami penurunan kanser paru–paru sebesar 37% dibandingkan dengan perokok yang kurang memakan jagung.

Lain-lain manafaat

Kulit dan rambut atau bulu (corn silk) jagung juga digunakan untuk mengubati kudis atau luka yang bernanah. Kulit dan rambut halus jagung itu ditumbuk halus sebelum ditampal pada kudis dan biarkan hingga kering.

Jagung dan produk jagung seperti emping, minyak, tepung, kanji amat baik dimakan oleh mereka yang menghadapi masalah membuang air kecil. Malah, rambut jagung juga dikatakan mempunyai manfaat yang tersendiri kerana mampu mengatasi gangguan buang air kecil, termasuk rasa sakit ketika membuang air kecil serta pembengkakan radang pundi kencing. Hal ini disebabkan kandungan kalium yang tinggi sehingga mempunyai efek diuretik yang merangsang serta melawaskan kencing. Rambut jagung juga dikatakan mampu menguatkan hati dan menurunkan tekanan darah. Ia juga dikatakan mampu mengontrol pendarahan semasa melahirkan dan membantu mengubati tekanan darah tinggi dan gangguan air dari dalam tubuh (oedema). Cara mendapatkan manafaat ini ialah dengan merebus semangkuk rambut jagung dan dua gelas air. Biarkan airnya mendidih sehingga airnya kering menjadi kira-kira satu gelas kemudian diminum dua kali sehari.

Pengunaan dalam industri kosmetik

Khasiat jagung tidak terbatas jika dimakan begitu sahaja. Untuk tujuan kosmetik, jagung turut mempunyai kebaikannya. Dikatakan jagung yang telah dijadikan tepung banyak digunakan dalam penghasilan kosmetik. Ia juga boleh dijadikan sebagai ubat sapu atau tampal untuk melegakan kerengsaan kulit. Malah, produk daripada jagung dikatakan boleh digunakan sebagai bahan ganti produk karcinogenik petroleum yang merupakan komponen utama dalam penyediaan kosmetik.

Walaupun terdapat pelbagai kebaikan dan khasiat ubatan jagung, namun begitu penggunaannya perlulah mendapat nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari.

Sedikit perkongsian dengan pembaca. Jika anda berpeluang bercuti ke Cameron Highland, jangan terpedaya dengan penjual sayur yang banyak menjual jagung manis yang dikatakan ditanam di sana. Jagung yang dijual semurah 12 batang untuk RM20 sebenarnya jagung yang dibawa naik ke Cameron Highland dari bandar Ipoh dan sekitarnya.


Tips mengenali jagung manis Cameron:
* Jagung Cameron saiznya kecil sedikit dibandingkan jagung Ipoh
* Kulit luar jagung Cameron sangat mulus (seperti baldu) dan lembut manakala jagung dari Ipoh kulitnya keras dan kasar.
* Gigi jagung Cameron tidak berapa cantik (tidak lurus dalam barisan), warna gigi tidak sekata kerana terdapat warna kuning dan sedikit kuning cair menghampiri putih. Manakala jagung Ipoh giginya lurus tersusun rapi dan warnanya kuning hampir sekata.
* Jagung Cameron rasanya lemak-lemak sangat manis. Jagung Cameron boleh dimakan mentah dan tidak akan menyebabkan kembung perut. Manakala jagung Ipoh jika dimakan mentah, rasanya tidak semanis jagung Cameron dan boleh menyebabkan kembung perut.

Bukan hendak menyuruh memboikot jagung Ipoh, tapi alang-alang sudah naik sampai ke Cameron, dapatkanlah jagung Cameron asli/ori. Anda boleh mendapatkan tips membeli jagung Cameron ini daripada seorang peniaga (Melayu) jagung bakar di sana (tak ingat pula nama gerainya). Tiada niat provokasi, tapi jangan sampai tertipu dengan helah peniaga sayur Cameron yang hanya ingin mengaut keuntungan...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BMI CALCULATOR

Disclaimer/Penafian

Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan, Institut Pendidikan Guru, Kampus Temenggong Ibrahim, Jalan Datin Halimah , 80350 Johor Bahru, Johor.

Tel : 07-2364788 sambungan 236 @ 237 Fax : 07-2379736 Emel: jpjkipti@yahoo.com

Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan, Institut Pendidikan Guru, Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.