Ni gambar aku masa main golf di StarHill... Tak sempat habiskan game. Dapat 14 lubang je sebab dah nak masuk Maghrib. Apa-apa hal pun enjoy...... Yang penting gaya mahu pro beb..
Tazkirah
Wednesday, April 8, 2009
Main golf di StarHill...
Ni gambar aku masa main golf di StarHill... Tak sempat habiskan game. Dapat 14 lubang je sebab dah nak masuk Maghrib. Apa-apa hal pun enjoy...... Yang penting gaya mahu pro beb..
Sunday, April 5, 2009
Tuesday, March 3, 2009
Mesyuarat Pemurnian Reka Bentuk Kurikulum & Kaedah Penyampaian PISMP
Satu Mesyuarat Pemurnian Reka Bentuk Kurikulum & Kaedah Penyampaian PISMP telah diadakan di Hotel Grand Continental Kuala Lumpur bermula 2 hingga 5 Mac 2009. Kursus ini bertujuan melengkapkan penulisan dokumen MQA bagi kursus Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan mengikut kursus masing-masing yang ditawarkan di 27 buah IPGM. Seperti biasa mesyuarat ini dibantu oleh fasilitstor dari IPGM Kampus Darul Aman iaitu En. Abdul Jalil Hassan. Semoga dengan terhasilnya dokumen ini, maka proses pengijazahan pelajar-pelajar PISMP di IPGM berjalan lancar.

Monday, February 16, 2009
Jabatan PJK Dilanda Ribut...
Lebih kurang jam 3.30 petang 16/2/2009 hujan turun pada mulanya agak sederhana. Sedikit demi sedikit hujan semakin lebat. Pada ketika itu, saya bersama En. Kamaluddin & En. Hishamuddin berada di dalam pejabat sedang membuat kerja masing-masing. Pada masa tersebut juga saya sedang berbincang dengan Afifi & Riduan TROY berhubung dengan kertas kerja lawatan ke MSN, ISN & MOM. Lebih kurang 15 minit saya terdengar satu bunyi yang kuat. Saya berkata kepada En. Din, mungkin salah satu bumbung di bahagian atas bilik mesyuarat sudah diterbangkan angin. Saya masih tidak menyangkakan ada perkara yang buruk telah terjadi. Saya meneruskan tugasan saya. Beberapa minit kemudian, beberapa orang pelajar PISMP PJ semester 3 berlari masuk ke dalam pejabat menyatakan bahawa separuh daripada bumbung bangunan sebelah atas bilik mesyuarat dan bilik En. Adib telah diterbangkan angin. Agak terkejut dengan kata-kata mereka, saya keluar dan mendapati memang benar apa yang diperkatakan oleh mereka. Pada ketika itu saya lihat En. Adib dibantu oleh beberapa orang pelajar dan En. Palu mengalihkan perkakasan daripada basah disimbahi hujan. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi di sini saya uploadkan gambar-gambar digital & video keadaan yang berlaku untuk tatapan anda semua.
VIDEO 1
VIDEO 2
VIDEO 3
GAMBAR KERETA EN. ADIB YANG DIHEMPAP KAYU SEMASA KEJADIAN BERLAKU
GAMBAR-GAMBAR SELEPAS KEJADIAN
P/s: Semoga kejadian yang berlaku menginsafkan kita sebagai manusia yang Maha kerdil. Bersyukur juga ke hadrat Allah SWT kerana tiada kemalangan jiwa yang berlaku. Amin....
Simulasi Pendidikan Luar
Pelajar-pelajar PISMP PJ Semester 3 sedang bergaya di hadapan gejet yang mereka bina untuk simulasi subjek Pendidikan Luar. Kelihatan En. Hishamuddin bersama-sama mereka. Mungkin selepas ini mereka akan mendirikan gejet menara setinggi 15 tingkat kot!!!
Thursday, January 29, 2009
Carta Organisasi Jabatan Pendidikan Jasmani IPGM Kampus Temenggong Ibrahim 2009
Tuesday, January 13, 2009
MESYUARAT & BENGKEL PENULISAN DOKUMEN JAMINAN KUALITI PROGRAM PISMP
Satu mesyuarat dan bengkel penulisan dokumen jaminan kualiti bagi program PISMP anjuran IPGM Kampus Temenggong Ibrahim Johor Bahru telah diadakan di Hotel Katerina Batu Pahat bermula 12 - 15 Januari 2009. Bengkel ini bertujuan membina pangkalan data MQF bagi program PISMP. Berdasarkan kepada 4 bidang utama iaitu Matematik, Sains, Pendidikan Jasmani & Kemahiran Hidup seramai 52 orang staf akademik dan sokongan IPGM Kampus Temenggong Ibrahim Johor Bahru telah berkampung di sini selama lebih kurang 4 hari bagi memastikan matlamat ini dapat direalisasikan. Dengan bantuan 2 orang fasilitator dari IPGM Kampus Darul Aman diharap pangkalan data ini dapat diselesaikan dengan jayanya. Harapan agar apa yang dirancang dapat dilaksanakan sebaik mungkin.
Wednesday, December 31, 2008
SELAMAT KEMBALI KE IPGM KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM JOHOR BAHRU
Lebih kurang 2 bulan bercuti akhirnya tamat juga... Pada tanggal 5 Januari 2008 semua guru pelatih akan meneruskan sesi pembelajaran mereka di INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM JOHOR BAHRU (Nama baru selepas kabinet & Dewan Negara meluluskan penubuhan IPGM pada 25 Ogos 2008 yang lalu). Selamat kembali semoga anda kembali dengan keadaaan yang ceria dan semangat yang lebih berkobar-kobar. Begitu juga dengan para pensyarah Jabatan PJK diharap cuti ini memberi banyak makna di samping meredakan tekanan sewaktu bertugas sepanjang tahun 2008. Tidak ketinggalan juga pihak admin ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1430 dan Selamat Menyambut Tahun Baru 2009.... Selamat tinggal warna-warni 2008 dan selamat datang cabaran 2009. Semoga 2009 akan lebih cemerlang daripada 2008. Salam ukhwah dari meja Admin jpjkipti.blogspot.com.
Sunday, December 14, 2008
KDPM KDC LPBS PC AMBILAN NOV 2008
BMI CALCULATOR
Disclaimer/Penafian
Tel : 07-2364788 sambungan 236 @ 237 Fax : 07-2379736 Emel: jpjkipti@yahoo.com
Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan, Institut Pendidikan Guru, Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.

