Satu Mesyuarat Pemurnian Reka Bentuk Kurikulum & Kaedah Penyampaian PISMP telah diadakan di Hotel Grand Continental Kuala Lumpur bermula 2 hingga 5 Mac 2009. Kursus ini bertujuan melengkapkan penulisan dokumen MQA bagi kursus Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan mengikut kursus masing-masing yang ditawarkan di 27 buah IPGM. Seperti biasa mesyuarat ini dibantu oleh fasilitstor dari IPGM Kampus Darul Aman iaitu En. Abdul Jalil Hassan. Semoga dengan terhasilnya dokumen ini, maka proses pengijazahan pelajar-pelajar PISMP di IPGM berjalan lancar.
Lebih kurang jam 3.30 petang 16/2/2009 hujan turun pada mulanya agak sederhana. Sedikit demi sedikit hujan semakin lebat. Pada ketika itu, saya bersama En. Kamaluddin & En. Hishamuddin berada di dalam pejabat sedang membuat kerja masing-masing. Pada masa tersebut juga saya sedang berbincang dengan Afifi & Riduan TROY berhubung dengan kertas kerja lawatan ke MSN, ISN & MOM. Lebih kurang 15 minit saya terdengar satu bunyi yang kuat. Saya berkata kepada En. Din, mungkin salah satu bumbung di bahagian atas bilik mesyuarat sudah diterbangkan angin. Saya masih tidak menyangkakan ada perkara yang buruk telah terjadi. Saya meneruskan tugasan saya. Beberapa minit kemudian, beberapa orang pelajar PISMP PJ semester 3 berlari masuk ke dalam pejabat menyatakan bahawa separuh daripada bumbung bangunan sebelah atas bilik mesyuarat dan bilik En. Adib telah diterbangkan angin. Agak terkejut dengan kata-kata mereka, saya keluar dan mendapati memang benar apa yang diperkatakan oleh mereka. Pada ketika itu saya lihat En. Adib dibantu oleh beberapa orang pelajar dan En. Palu mengalihkan perkakasan daripada basah disimbahi hujan. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi di sini saya uploadkan gambar-gambar digital & video keadaan yang berlaku untuk tatapan anda semua.
VIDEO 1
VIDEO 2
VIDEO 3
GAMBAR KERETA EN. ADIB YANG DIHEMPAP KAYU SEMASA KEJADIAN BERLAKU
GAMBAR-GAMBAR SELEPAS KEJADIAN
P/s: Semoga kejadian yang berlaku menginsafkan kita sebagai manusia yang Maha kerdil. Bersyukur juga ke hadrat Allah SWT kerana tiada kemalangan jiwa yang berlaku. Amin....
Pelajar-pelajar PISMP PJ Semester 3 sedang bergaya di hadapan gejet yang mereka bina untuk simulasi subjek Pendidikan Luar. Kelihatan En. Hishamuddin bersama-sama mereka. Mungkin selepas ini mereka akan mendirikan gejet menara setinggi 15 tingkat kot!!!
Satu mesyuarat dan bengkel penulisan dokumen jaminan kualiti bagi program PISMP anjuran IPGM Kampus Temenggong Ibrahim Johor Bahru telah diadakan di Hotel Katerina Batu Pahat bermula 12 - 15 Januari 2009. Bengkel ini bertujuan membina pangkalan data MQF bagi program PISMP. Berdasarkan kepada 4 bidang utama iaitu Matematik, Sains, Pendidikan Jasmani & Kemahiran Hidup seramai 52 orang staf akademik dan sokongan IPGM Kampus Temenggong Ibrahim Johor Bahru telah berkampung di sini selama lebih kurang 4 hari bagi memastikan matlamat ini dapat direalisasikan. Dengan bantuan 2 orang fasilitator dari IPGM Kampus Darul Aman diharap pangkalan data ini dapat diselesaikan dengan jayanya. Harapan agar apa yang dirancang dapat dilaksanakan sebaik mungkin.
Lebih kurang 2 bulan bercuti akhirnya tamat juga... Pada tanggal 5 Januari 2008 semua guru pelatih akan meneruskan sesi pembelajaran mereka di INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM JOHOR BAHRU (Nama baru selepas kabinet & Dewan Negara meluluskan penubuhan IPGM pada 25 Ogos 2008 yang lalu). Selamat kembali semoga anda kembali dengan keadaaan yang ceria dan semangat yang lebih berkobar-kobar. Begitu juga dengan para pensyarah Jabatan PJK diharap cuti ini memberi banyak makna di samping meredakan tekanan sewaktu bertugas sepanjang tahun 2008. Tidak ketinggalan juga pihak admin ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1430 dan Selamat Menyambut Tahun Baru 2009.... Selamat tinggal warna-warni 2008 dan selamat datang cabaran 2009.Semoga 2009 akan lebih cemerlang daripada 2008. Salam ukhwah dari meja Admin jpjkipti.blogspot.com.
Di kesempatan ini pihak ADMIN jpjkipti.blogspot.com ingin mengucapkan selamat bercuti kepada semua staf akademik dan guru-guru pelatih sekalian. Semoga cuti yang panjang ini dapat diisikan dengan perkara-perkara yang bermanafaat. Pihak ADMIN juga ingin mengucapkan selamat datang kepada kumpulan guru-guru Kursus Dalam Cuti (KDC) dan peserta-peserta Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR) yang akan mendaftar pada 17 November 2008 bagi memulakan sesi pembelajaran mereka. Justeru itu, diharap agar semua yang terlibat dapat menggunakan peluang dan ruang ini dengan sebaik mungkin demi memartabatkan lagi profesion perguruan selaras dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Kembalikanlah semula kegemilangan dan reputasi profesion perguruan yang semakin hari semakin terhakis. Selamat belajar... Ikhlas daripada ADMIN...
Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan, Institut Pendidikan Guru, Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.