Tazkirah

Tuesday, January 13, 2009

MESYUARAT & BENGKEL PENULISAN DOKUMEN JAMINAN KUALITI PROGRAM PISMP

Salam sejahtera & selamat pagi MALAYSIA....

Satu mesyuarat dan bengkel penulisan dokumen jaminan kualiti bagi program PISMP anjuran IPGM Kampus Temenggong Ibrahim Johor Bahru telah diadakan di Hotel Katerina Batu Pahat bermula 12 - 15 Januari 2009. Bengkel ini bertujuan membina pangkalan data MQF bagi program PISMP. Berdasarkan kepada 4 bidang utama iaitu Matematik, Sains, Pendidikan Jasmani & Kemahiran Hidup seramai 52 orang staf akademik dan sokongan IPGM Kampus Temenggong Ibrahim Johor Bahru telah berkampung di sini selama lebih kurang 4 hari bagi memastikan matlamat ini dapat direalisasikan. Dengan bantuan 2 orang fasilitator dari IPGM Kampus Darul Aman diharap pangkalan data ini dapat diselesaikan dengan jayanya. Harapan agar apa yang dirancang dapat dilaksanakan sebaik mungkin.

Wednesday, December 31, 2008

SELAMAT KEMBALI KE IPGM KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM JOHOR BAHRU

Salam sejahtera...

Lebih kurang 2 bulan bercuti akhirnya tamat juga... Pada tanggal 5 Januari 2008 semua guru pelatih akan meneruskan sesi pembelajaran mereka di INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM JOHOR BAHRU (Nama baru selepas kabinet & Dewan Negara meluluskan penubuhan IPGM pada 25 Ogos 2008 yang lalu). Selamat kembali semoga anda kembali dengan keadaaan yang ceria dan semangat yang lebih berkobar-kobar. Begitu juga dengan para pensyarah Jabatan PJK diharap cuti ini memberi banyak makna di samping meredakan tekanan sewaktu bertugas sepanjang tahun 2008. Tidak ketinggalan juga pihak admin ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1430 dan Selamat Menyambut Tahun Baru 2009.... Selamat tinggal warna-warni 2008 dan selamat datang cabaran 2009. Semoga 2009 akan lebih cemerlang daripada 2008. Salam ukhwah dari meja Admin jpjkipti.blogspot.com.

Sunday, December 14, 2008

KDPM KDC LPBS PC AMBILAN NOV 2008

KDPM KDC LPBS PENGAJIAN CINA
AMBILAN NOV 2008


GAMBAR-GAMBAR SEKITAR
AKTIVITI PERGERAKAN ASAS
(PENDIDIKAN JASMANI)









Saturday, December 6, 2008

KPLI KDC LPBS SKM Pemulihan 2

Gambar kenang-kenangan bersama pelajar KPLI KDC LPBS SKM Pemulihan 2 selepas kelas Gimnastik Artistik...



Aksi pelajar-pelajar melakukan aktiviti JUMP & LANDING 180 degree...


Admin
JPJK@IPTI

Monday, November 17, 2008

Selamat bercuti...

Salam sejahtera...

Di kesempatan ini pihak ADMIN jpjkipti.blogspot.com ingin mengucapkan selamat bercuti kepada semua staf akademik dan guru-guru pelatih sekalian. Semoga cuti yang panjang ini dapat diisikan dengan perkara-perkara yang bermanafaat. Pihak ADMIN juga ingin mengucapkan selamat datang kepada kumpulan guru-guru Kursus Dalam Cuti (KDC) dan peserta-peserta Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR) yang akan mendaftar pada 17 November 2008 bagi memulakan sesi pembelajaran mereka. Justeru itu, diharap agar semua yang terlibat dapat menggunakan peluang dan ruang ini dengan sebaik mungkin demi memartabatkan lagi profesion perguruan selaras dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Kembalikanlah semula kegemilangan dan reputasi profesion perguruan yang semakin hari semakin terhakis. Selamat belajar... Ikhlas daripada ADMIN...

Tuesday, November 11, 2008

Kursus Kriket Pensyarah-pensyarah IPG Malaysia

Pada 29 Oktober 2008 hingga 1 November 2008 yang lalu, seramai 24 orang pensyarah-pensyarah IPG seluruh Malaysia telah menghadiri Kursus Permainan Kriket. Peserta-peserta kursus telah didedahkan dengan permainan dari segi kejurulatihan dan juga kepengadilan. Kursus tersebut telah dikendalikan oleh Encik Sivanandan Chinnadurai dari Malaysian Cricket Association.

Tuesday, October 21, 2008

Penilaian Ujian Amali PJ Akademik 1 di IPTHO

Salam...

Pada 20-22/10/2008 saya telah ditugaskan untuk menilai Ujian Amali PJ Akademik 1 di IPTHO. Secara keseluruhannya ujian amali tersebut berjalan dengan lancar dan teratur. Pihak Unit PJK IPTHO berjaya menyelaraskan program ujian amali ini dengan sebaik mungkin. Ujian amali pendidikan pergerakan dan 6 komponen ujian kecergasan telah dijalankan di Gimnasium IPTHO. Sementera itu, ujian 2.4 km telah dijalankan di padang institut. Terima kasih diucapkan kepada semua pensyarah Unit PJK IPTHO atas kerjasama yang diberikan sepanjang ujian berjalan. Sekalung tahniah kepada Ketua Unit PJK IPTHO Tn. Hj. Abdul Rahman Amat, En. Sulaiman, Tn. Hj. Abdul Kadir, En. Abdul Latif, Pn. Czarina Law dan En. Muhammad Nahar di atas usaha anda.










Sunday, October 19, 2008

Selamat Hari Raya dari Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan IPTI











Tarikh 10 Oktober lalu, Jabatan PJK IPTI telah meneruskan tradisi 'rumah terbuka' jabatan. Kami memulakannya dari jam 10.00 pagi sehinggalah jam 12.00 tengahari. Antara menu istimewa yang disajikan adalah nasi briyani ayam, beranika kuih muih, serta lauk pauk lain yang enak-enak belaka!. Kesudian Tuan Pengarah hadir ke rumah terbuka jabatan kami itu, telah menambahkan kemeriahannya lagi. Begitu juga kunjungan dari rakan-rakan warga IPTI yang lain, telah mengeratkan jalinan silaturrahim yang sememangnya telah terpahat sejak dulu lagi. Untuk itu, kami warga jabatan PJK berserta para pelajar merakamkan ucapan terima kasih diatas kunjungan para tetamu kami dan kami menyusun sepuluh jari, memohon keampunan dan kema'afan diatas kekurangan yang mungkin kami sedari atau yang tidak kami sedari dalam meraikan tuan-tuan dan puan-puan. Terima Kasih.

Ujian Amali KPLSPM Sem.1

Tarikh 8 dan 9 Oktober lalu, merupakan tarikh dimana para pelajar KPLSPM Sem 1 buat kali
pertamanya melalui ujian amali (pendidikan pergerakan dan kecergasan). Pada keseluruhannya mereka telah berjaya menunjukkan prestasi yang membanggakan. Tahniah!. Apa pun, bagi mereka yang merasa kurang berpuas hati dengan persembahan yang dilakukan, atau kecergasan yang ditampilkan, jangan cepat mengalah. lakukan yang terbaik untuk semester 2 nanti. Ingat! Prestasi yang baik hanya dapat dilakukan dengan persediaan yang terancang, terutama bagi ujian kecergasan. Anda perlu lakukan sepanjang masa, bukannya hanya pada ketika menjelang ujian.

Penguji luar bagi ujian tersebut adalah Tuan Haji Abdul Rahman Bin Amat dari IP Tun Hussein Onn, Batu Pahat. Beliau telah berpuas hati dengan perjalanan ujian tersebut.
Dan, Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan IP Temenggong Ibrahim, Jahor Bahru juga meerakamkan penghargaan dan terima kasih kepada beliau diatas pengujian tersebut.

Wednesday, October 8, 2008

Ujian Amali PJ Semester 2 2008

Ujian Amali PJ Semester 2 2008 akan diadakan seperti ketetapan berikut:-

Tarikh: 7 - 9 Oktober 2008
Tempat : Padang dan Dewan Seri Temenggong
Masa : 8.00 - 4.30 petang.

Kelas-kelas yang terlibat:-

1. PISMP PJ Semester 4 - Ujian Amali Permainan
2. PISMP PJ Semester 2 - Ujian Amali Renang
3. PPISMP PJ/BM Semester 3 - Ujian Amali Permainan & UKJK
4. PPISMP PJ/BT Semester 3 - Ujian Amali Permainan & UKJK
5. PPISMP PK/PJ Semester 3 - Ujian Amali Permainan & UKJK
6. PPISMP PJ/BM Semester 1 - Ujian Amali Pend. Pergerakan & UKJK
7. PPISMP BM/PJ Semester 1 - Ujian Amali Pend. Pergerakan & UKJK
8. PPISMP PK/PJ Semester 1 - Ujian Amali Pend. Pergerakan & UKJK
9. PPISMP BC/PJ Semester 1 - Ujian Amali Pend. Pergerakan & UKJK
10. PPISMP BT/PJ Semester 1 - Ujian Amali Pend. Pergerakan & UKJK
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BMI CALCULATOR

Disclaimer/Penafian

Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan, Institut Pendidikan Guru, Kampus Temenggong Ibrahim, Jalan Datin Halimah , 80350 Johor Bahru, Johor.

Tel : 07-2364788 sambungan 236 @ 237 Fax : 07-2379736 Emel: jpjkipti@yahoo.com

Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan, Institut Pendidikan Guru, Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.