Tazkirah

Monday, October 22, 2012

Kesan pengambilan cili berlebihan

By Nadia Najib | Tupai – Thu, Oct 11, 2012 4:00 PM MYT
Sumber: http://my.entertainment.yahoo.com/news/kesan-pengambilan-cili-berlebihan-080022407.html



Makanan pedas atau berempah sememangnya menjadi kegemaran masyarakat di Malaysia. Tidak sah jika sesuatu jenis makanan tidak dihidangkan dengan cili ataupun bahan yang membuatkan makanan tersebut menjadi pedas.

Ada pula yang suka memakan cili seperti memakan ulam. Amalan memakan cili ini tidak digalakkan dijadikan sebahagian daripada tabiat pemakanan harian terutamanya bagi golongan wanita.

Pakar gastroenterologist daripada India, Dr. SK Thakur berkata memakan makanan pedas boleh mengakibatkan seseorang itu mendapat beberapa penyakit yang serius.

Antara penyakit yang mungkin boleh dihidapi oleh mereka yang gemar memakan pedas berlebihan adalah seperti berikut :

Meningkatkan asid perut
Rasa pedas pada cili di makanan pedas itu sebenarnya berasal dari kombinasi asam. Jika masuk dalam sistem pencernaan, di mana sebenarnya kadar asamnya pun tinggi, maka asam dalam masakan pedas akan menambah jumlah asid di perut.

Gangguan perut akut
Peningkatan jumlah asid perut yang drastik, jika berlaku terus-menerus akan mencetuskan gangguan lambung akut di lambung. Gejalanya mual, muntah-muntah, demam, diare, sakit kepala dan muntah.

Peradangan
Hal ini adalah kelanjutan dari gangguan lambung akut, yang menyebabkan perut terluka. Luka parah di perut ini membuat nanah muncul dan keluar dari luka tersebut.

Sukar tidur atau insomnia
Makanan pedas meningkatkan suhu tubuh dan menyebabkan keluarnya keringat. Ini menyebabkan anda sukar tidur. Oleh itu, pengambilan makanan pedas ini disarankan adalah 3 atau 4 kali seminggu dengan kadar yang tidak terlalu tinggi.

Untuk menurunkan kadar asam lambung yang meningkat, maka pengambilan susu dan air kelapa muda akan membantu menurunkan, sehingga anda terhindar dari gangguan pencernaan.


P/s: Bila usia sudah semakin meningkat, pemilihan tabiat pemakanan perlu lebih teliti. Selain daripada itu, rutin kehidupan juga perlu berubah. Jadikan senaman sebagai sebahagian daripada amalan hidup seharian. Jika tidak dapat lakukan setiap hari, memadai 3 kali seminggu 1-2 jam setiap kali beraktiviti dengan intensiti yang sederhana. ~Admin~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BMI CALCULATOR

Disclaimer/Penafian

Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan, Institut Pendidikan Guru, Kampus Temenggong Ibrahim, Jalan Datin Halimah , 80350 Johor Bahru, Johor.

Tel : 07-2364788 sambungan 236 @ 237 Fax : 07-2379736 Emel: jpjkipti@yahoo.com

Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan, Institut Pendidikan Guru, Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.