Tazkirah

Saturday, January 29, 2011

Selamat berpraktikum

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Sesi praktikum bermula lagi. Maka kerja semakin bertambah. Walau bagaimanapun, dengan perancangan dan komitmen yang tinggi semua amanah yang dipikul akan dapat digalas sebaik mungkin tanpa kontroversi. Berikut adalah tarikh praktikum siswa guru major Pendidikan Jasmani IPGKTI:-

1. KPLI (SR) Pendidikan Jasmani Ambilan Jun 2010 - 17 Januari 2011 hingga 15 April 2010
2. PISMP Pendidikan Jasmani Ambilan Januari 2008 - 7 Februari 2011 hingga 29 April 2010
3. PISMP Pendidikan Jasmani Ambilan Januari 2009 - 21 Mac 2011 hingga 15 April 2010

Kami di Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru ingin mengucapkan selamat maju jaya & selamat berpraktikum. Ingatlah bahawa semua kejayaan adalah bermula dengan langkah pertama.

"Success often comes to those who have the aptitude to see way down the road."

Posting PISMP PJ IPGKTI Ambilan Januari 2007

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Berikut adalah senarai penempatan siswa guru PISMP PJ Ambilan Januari 2007 a.k.a TROY (Update: 29/01/2011). Justeru itu, kami di Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru ingin mengucapkan selamat mengajar kepada semua siswa guru PISMP Ambilan Januari 2007 khasnya siswa guru PISMP PJ a.k.a TROY IPGKTI. Semoga anda dapat menjadi guru permulaan yang HEBAT dan AWESOME. Buktikan kepada mereka di luar sana bahawa anda adalah produk PISMP yang dinanti-nantikan selama ini.

"Desire is the key to motivation, but it's the determination and commitment to an unrelenting pursuit of your goal - a commitment to excellence - that will enable you to attain the success you seek."

*P/s: Senarai penempatan ini adalah tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa. Harap maklum.

Lawatan Ilmiah Ke EPRD Putrajaya

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Pada 24 dan 25 Januari 2011 yang lalu, seramai 19 orang siswa guru PISMP Pendidikan Jasmani Ambilan Januari 2008 telah pergi ke EPRD Putrajaya sebagai sebahagian daripada memenuhi sukatan pelajaran PJM3116 Penyelidikan Tindakan 1 - Metodologi. Program lawatan ini juga merupakan sebahagian daripada keperluan kursus PJM3116 Penyelidikan Tindakan 1 – Metodologi yang merupakan mata pelajaran teras wajib bagi semua siswa guru PISMP IPGKTI Major Pendidikan Jasmani Ambilan Januari 2008. Pembelajaran dari lawatan, penyediaan laporan serta kertas cadangan kajian tindakan dan perbincangan mengenainya yang menyumbang 50 peratus daripada penilaian akhir kursus. Selain daripada itu, matlamat program ini adalah untuk melahirkan guru sekolah rendah yang berkualiti dari segi penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran dan keterampilan profesionalisme dalam bidang Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru melalui kajian tindakan. Selain daripada itu, kami juga ingin merealisasikan matlamat & hasrat KPM yang menggariskan bahawa satu guru satu kajian tindakan setiap tahun akan tercapai dengan jayanya.

Berikut adalah objektif lawatan ilmiah ini:

1 . Mendapatkan seberapa banyak sumber sama ada daripada buku rujukan, tesis, artikel dan jurnal bagi menghasilkan kertas cadangan kajian tindakan.;

2. Membuka laluan kepada siswa guru bagaimana mendapatkan bahan rujukan daripada perpustakaan dan tidak semata-mata bergantung harap kepada bahan di internet sahaja;

3. Mengenalpasti dan mensintesis maklumat daripada pelbagai sumber untuk memperolehi pemahaman yang koheren tentang amalan refleksi, teori dan amalan;

4. Mempersiapkan diri dengan cabaran sebagai seorang siswa guru yang proaktif dan sentiasa ingin maju;

5. Mengintergrasikan kemahiran yang dipelajari dengan bahan yang diperolehi bagi melakukan penulisan yang sistematik, berkesan dan bermakna;

6. Bekerjasama dan berinteraksi dalam pelbagai situasi dan keadaan; dan

7. Lebih berusaha ke arah pembudayaan penulisan kajian tindakan sebagai salah satu budaya kerja di sekolah kelak.

Monday, January 24, 2011

Subjek Pendidikan Jasmani boleh gilap pelapis sukan negara

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Tulisan Quraisyah Azmi dari Telok Panglima Garang, Selangor yang bertajuk "Subjek Pendidikan Jasmani boleh gilap pelapis sukan negara" sangat menarik kandungan isinya. Subjek Pendidikan Jasmani adalah merupakan satu subjek teras terkandung dalam kurikulum KBSR & KSSR. Justeru itu, isu perlaksanaan kelas PJ ini sudah lama kedengaran cuma tiada penegasan daripada pihak kementerian untuk mengatasi isu ini.

Seperti mana yang kita maklum, Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang bertujuan meningkatkan prestasi manusia melalui aktiviti fizikal yang berkait rapat dengan pemilikan dan penghalusan kemahiran-kemahiran motor; pembangunan dan pemeliharaan kecergasan untuk kesihatan optimum dan keadaan baik; memperoleh pengetahuan, dan pembangunan sikap-sikap positif terhadap aktiviti fizikal Jenny (1961) dan Williams (1964) berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani memberi pendidikan melalui aktiviti fizikal dan matlamatnya mempengaruhi semua perkembangan fizikal termasuk perkembangan mental dan sosial. Objektif Pendidikan Jasmani ialah membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan.

Semoga, dengan kejayaan pasukan bola sepak kebangsaan menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 yang lalu akan menjadi pemangkin kepada perubahan dalam perlaksanaan kelas Pendidikan Jasmani di sekolah-sekolah pada masa akan datang. InsyaAllah...

Subjek Sains Sukan di sekolah bantu jayakan program 1Sukan 1Murid

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Kementerian Pelajaran (KPM) telah pun melaksanakan Program Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS) mulai bulan Julai 2008 sebagaimana yang diumumkan oleh Datuk Seri Hishamuddin yang menjadi Menteri Pelajaran waktu itu.

Walaupun ia bermula dengan tujuh jenis sukan tetapi akan diperluaskan dengan sukan-sukan yang lain selaras dengan program yang dikendalikan oleh MSN.

Dasar 1 Murid 1 Sukan menekankan penglibatan setiap murid dalam sukan. Penglibatan ini lebih menjurus kepada penyertaan, penglibatan, pemahaman dan pengetahuan mengenai sukan berkenaan tanpa mementingkan prestasi mereka.

Dasar 1 Murid 1 Sukan lebih mirip kepada Program Sukan Untuk Semua anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) meskipun saya lihat program tersebut hanya menjuruskan kepada aktiviti-aktiviti sukan dan kecergasan yang lain daripada sukan prestasi tinggi.

Semoga dengan dasar baru yang mula diperkenalkan ini akan berjaya mencapai matlamatnya selaras dengan visi & misi Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sunday, January 2, 2011

Selamat Kembali ke IPGKTI...

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Esok Isnin 3/1/2011 hari pertama kuliah di IPGKTI bermula... Selamat kembali diucapkan kepada semua siswa guru & para pensyarah. Mulakan hari pertama anda dengan senyuman & semoga tahun 2011 ini akan meningkatkan lagi keimanan, kesyukuran, kesihatan, kemuliaan, kebahagiaan, kesabaran, rezeki, kasih, sayang dan ketakwaan kita. InsyaAllah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BMI CALCULATOR

Disclaimer/Penafian

Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan, Institut Pendidikan Guru, Kampus Temenggong Ibrahim, Jalan Datin Halimah , 80350 Johor Bahru, Johor.

Tel : 07-2364788 sambungan 236 @ 237 Fax : 07-2379736 Emel: jpjkipti@yahoo.com

Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan, Institut Pendidikan Guru, Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.