Lebih kurang jam 3.30 petang 16/2/2009 hujan turun pada mulanya agak sederhana. Sedikit demi sedikit hujan semakin lebat. Pada ketika itu, saya bersama En. Kamaluddin & En. Hishamuddin berada di dalam pejabat sedang membuat kerja masing-masing. Pada masa tersebut juga saya sedang berbincang dengan Afifi & Riduan TROY berhubung dengan kertas kerja lawatan ke MSN, ISN & MOM. Lebih kurang 15 minit saya terdengar satu bunyi yang kuat. Saya berkata kepada En. Din, mungkin salah satu bumbung di bahagian atas bilik mesyuarat sudah diterbangkan angin. Saya masih tidak menyangkakan ada perkara yang buruk telah terjadi. Saya meneruskan tugasan saya. Beberapa minit kemudian, beberapa orang pelajar PISMP PJ semester 3 berlari masuk ke dalam pejabat menyatakan bahawa separuh daripada bumbung bangunan sebelah atas bilik mesyuarat dan bilik En. Adib telah diterbangkan angin. Agak terkejut dengan kata-kata mereka, saya keluar dan mendapati memang benar apa yang diperkatakan oleh mereka. Pada ketika itu saya lihat En. Adib dibantu oleh beberapa orang pelajar dan En. Palu mengalihkan perkakasan daripada basah disimbahi hujan. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi di sini saya uploadkan gambar-gambar digital & video keadaan yang berlaku untuk tatapan anda semua.
VIDEO 1
VIDEO 2
VIDEO 3
GAMBAR KERETA EN. ADIB YANG DIHEMPAP KAYU SEMASA KEJADIAN BERLAKU
GAMBAR-GAMBAR SELEPAS KEJADIAN
P/s: Semoga kejadian yang berlaku menginsafkan kita sebagai manusia yang Maha kerdil. Bersyukur juga ke hadrat Allah SWT kerana tiada kemalangan jiwa yang berlaku. Amin....