Tazkirah
Saturday, July 5, 2008
Kursus P&P PJK Guru-Guru Bukan Opsyen PPD Pasir Gudang 2008
Satu kursus p&p Pendidikan Jasmani & Kesihatan bagi guru-guru bukan opsyen PPD Pasir Gudang 2008 telah diadakan pada hari Sabtu 5 Julai 2008 bertempat di SK Taman Megah Ria, Masai. Kursus sehari anjuran PPD Pasir Gudang dengan kerjasama Institut Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru itu bertujuan memberikan pendedahan dan refreshment kepada guru-guru bukan opsyen PJK agar mereka dapat mengajar subjek ini dengan lebih efisien lagi. Kaedah, pendekatan dan strategi pengajaran dan pembelajaran PJK merupakan aspek-aspek penting yang akan disampaikan oleh 3 orang penceramah berpengalaman dari Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan IPTI dalam kursus tersebut. Mereka ialah Pn. Rashidah bte Suib, En. Poniran bin Salamon dan En. Hishamuddin bin Hassan. Di harap selepas kursus ini, para peserta yang terlibat akan mengaplikasikan ilmu-ilmu yang diperolehi sebaik mungkin. Selamat berkursus...
Wednesday, July 2, 2008
Selamat Datang Kepada Tn. Syed Muhd Kamal bin Syed Abu Bakar ke Jabatan PJK IPTI
Selamat datang kepada Tn. Syed Muhd Kamal bin Syed Abu Bakar ke Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan IPTI. Beliau merupakan pensyarah PJK di Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan Institut Perguruan Sultan Mizan, Besut, Terengganu & telah mendapat arahan pertukaran ke IPTI berkuatkuasa 16 Jun 2008. Beliau telah melaporkan diri di IPTI pada 16 Jun 2008. Diharap Tn. Syed Muhd Kamal bin Syed Abu Bakar dapat menyesuaikan diri dengan budaya di sini secepat mungkin. Kami warga Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan IPTI mengalu-alukan kehadiran beliau ke jabatan ini. Semoga Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan IPTI akan terus cemerlang, gemilang & terbilang.
Sunday, June 29, 2008
Gambar Sekitar Majlis Makan Tengah Hari Sempena Meraikan Persaraan En. Ramlee Ismail di Hotel Grand Bluewave Johor Bahru.
Ucapan Yang Diraikan iaitu En. Ramlee Ismail
Thursday, June 26, 2008
Selamat Bersara Buat En. Ramlee bin Ismail...
Pucuk pauh delima batu,
Anak sembilang di tapak tangan,
Walaupun rumah tak sampai sebatu,
Hilang di mata di hati jangan!!!!
Sekian, salam ukhwah & wassalam....
Monday, June 23, 2008
Abseiling oh abseiling!!!
Jom kita tengok apa yang Baby buat kat atas tu!!!!
Kambau Bay Beach Resort Pulau Sibu

Welcome to Kambau Bay Beach Resort Pulau Sibu!!!

Ni le dia tempat program Pendidikan Luar IPTI dijalankan...

Chelet di Kambau Bay Beach Resort... Best gak chelet ni tapi banyak nyamuk!!!
Gambar Sekitar Majlis Penutup Program Pendidikan Luar KDPM Kemas 2008

NI LE DUYUNG PULAU SIBU!!! JANGAN SALAH SEBUT... DUYUNG BUKAN DUGONG!!!

KDPM KEMAS AMBILAN JULAI 2007 YANG SENTIASA CERIA!!!

GAMBAR BERAMAI-RAMAI BERSAMA PENSYARAH & FASILITATOR....
Gambar Sekitar Sukan Pantai Program Pendidikan Luar KDPM Kemas 2008

Kumpulan 1 (Johan)

Kumpulan 2 (Ketiga)

Kumpulan 3 (Naib Johan)
P/s: Amcam yang mana satu paling cantik? Istana ke orang kat tepi istana tu!!! Apa-apa hal pun.... korang suma memang ORAITTTTT..........
Program Pendidikan Luar KDPM Kemas Ambilan Julai 2007
Pada 17 hingga 20 Jun 2008 yang lalu Program Pendidikan Luar KDPM Kemas Ambilan Julai 2007 telah dilaksanakan di Pulau Sibu, Mersing. Menurut penyelaras program Cik Shaireena bte Jaafar, program ini merupakan prasyarat bagi setiap pelajar dalam melengkapi jam kredit mereka. Program yang berlangsung selama 4 hari ini banyak menekankan aspek pendidikan luar seperti kemahiran perkhemahan, abseiling, kembara, keselamatan di air, snorkeling, orienteering , sukan pantai dan aktiviti malam kebudayaan. Antara pensyarah yang turut serta dalam program ini ialah En. Kamaluddin bin Mokri, En. Poniran bin Salamon dan En. Mohd Zairi bin Husain. Di samping itu juga, program ini turut dibantu oleh 2 orang fasilitator iaitu En. Ismail bin Ishak dan Cik Nurul Sa'adah bte Sabdin Sepanjang program berlangsung, para peserta menunjukkan sepenuh komitmen mereka terhadap setiap aktiviti yang dijalankan. Mereka sangat komited dan bersungguh-sungguh. Tahniah kepada kumpulan ini... Semoga kecemerlangan anda dapat diteruskan di sekolah kelak.
Subscribe to:
Posts (Atom)
BMI CALCULATOR
Disclaimer/Penafian
Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan, Institut Pendidikan Guru, Kampus Temenggong Ibrahim, Jalan Datin Halimah , 80350 Johor Bahru, Johor.
Tel : 07-2364788 sambungan 236 @ 237 Fax : 07-2379736 Emel: jpjkipti@yahoo.com
Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan, Institut Pendidikan Guru, Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.
Tel : 07-2364788 sambungan 236 @ 237 Fax : 07-2379736 Emel: jpjkipti@yahoo.com
Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan, Institut Pendidikan Guru, Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.








