Tazkirah

Thursday, June 26, 2008

Selamat Bersara Buat En. Ramlee bin Ismail...

Tanggal 26 Jun 2008 merupakan detik bersejarah buat seorang pensyarah Jabatan PJK iaitu En. Ramlee bin Ismail kerana pada tarikh tersebut merupakan hari terakhir beliau berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan & sebagai pensyarah di IPTI. Beliau merupakan seorang pensyarah yang sangat berpengalaman dan mempunyai kesungguhan sewaktu menjalankan tugasan. Sentiasa ingin membantu dan sanggup memberi tunjuk ajar. Beliau sangat aktif dalam kerja-kerja yang berkaitan dengan pembangunan sukan mahupun di peringkat IPG ataupun peringkat negeri dan kebangsaan. Kami warga Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan serta mendoakan agar agar En. Ramlee sentiasa beroleh kerahmatan, kesihatan diri & ketenangan jiwa yang abadi. Akhirkata terimalah serangkap pantun dari kami warga JPJK:-

Pucuk pauh delima batu,
Anak sembilang di tapak tangan,
Walaupun rumah tak sampai sebatu,
Hilang di mata di hati jangan!!!!

Sekian, salam ukhwah & wassalam....

Monday, June 23, 2008

Abseiling oh abseiling!!!


Jom kita tengok apa yang Baby buat kat atas tu!!!!

Kambau Bay Beach Resort Pulau Sibu


Welcome to Kambau Bay Beach Resort Pulau Sibu!!!


Ni le dia tempat program Pendidikan Luar IPTI dijalankan...


Chelet di Kambau Bay Beach Resort... Best gak chelet ni tapi banyak nyamuk!!!

Gambar Sekitar Majlis Penutup Program Pendidikan Luar KDPM Kemas 2008


NI LE DUYUNG PULAU SIBU!!! JANGAN SALAH SEBUT... DUYUNG BUKAN DUGONG!!!


KDPM KEMAS AMBILAN JULAI 2007 YANG SENTIASA CERIA!!!


GAMBAR BERAMAI-RAMAI BERSAMA PENSYARAH & FASILITATOR....

Gambar Sekitar Sukan Pantai Program Pendidikan Luar KDPM Kemas 2008


Kumpulan 1 (Johan)


Kumpulan 2 (Ketiga)


Kumpulan 3 (Naib Johan)

P/s: Amcam yang mana satu paling cantik? Istana ke orang kat tepi istana tu!!! Apa-apa hal pun.... korang suma memang ORAITTTTT..........

Gambar Sekitar Aktiviti Abseiling Program Pendidikan Luar KDPM Kemas 2008

Program Pendidikan Luar KDPM Kemas Ambilan Julai 2007

Pada 17 hingga 20 Jun 2008 yang lalu Program Pendidikan Luar KDPM Kemas Ambilan Julai 2007 telah dilaksanakan di Pulau Sibu, Mersing. Menurut penyelaras program Cik Shaireena bte Jaafar, program ini merupakan prasyarat bagi setiap pelajar dalam melengkapi jam kredit mereka. Program yang berlangsung selama 4 hari ini banyak menekankan aspek pendidikan luar seperti kemahiran perkhemahan, abseiling, kembara, keselamatan di air, snorkeling, orienteering , sukan pantai dan aktiviti malam kebudayaan. Antara pensyarah yang turut serta dalam program ini ialah En. Kamaluddin bin Mokri, En. Poniran bin Salamon dan En. Mohd Zairi bin Husain. Di samping itu juga, program ini turut dibantu oleh 2 orang fasilitator iaitu En. Ismail bin Ishak dan Cik Nurul Sa'adah bte Sabdin Sepanjang program berlangsung, para peserta menunjukkan sepenuh komitmen mereka terhadap setiap aktiviti yang dijalankan. Mereka sangat komited dan bersungguh-sungguh. Tahniah kepada kumpulan ini... Semoga kecemerlangan anda dapat diteruskan di sekolah kelak.

Tuesday, June 3, 2008

Mesyuarat Induksi Kurikulum Seni Dalam Pendidikan PISPM-IPGM Semester 4

Satu mesyuarat induksi Seni Dalam Pendidikan bagi pelajar PISMP-IPGM/ PPPRPET Semester 4 telah diadakan di IPIK Kuala Lumpur 29 - 30 Mei 2008. Mesyuarat ini bertujuan memberikan input awal kepada penyelaras subjek ini supaya perlaksanaannya pada 16/6/2008 kelak berjalan lancar. Subjek ini akan diajar oleh 3 orang pensyarah iaitu seorang pensyarah Seni, seorang pensyarah Muzik dan seorang lagi pensyarah PJ. Walaubagaimana pun, satu mesyuarat penyelarasan akan diadakan dalam masa terdekat bagi tujuan ini.


Antara gambar-gambar aktiviti yang boleh dilakukan untuk mata pelajaran ini:-


Majlis Persaran Tuan Pengarah IPTI

Selamat bersara kepada Tn. Hj. Zakaria bin A. Shukor.... Semoga tuan diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa beroleh keberkatan ALLAH SWT... Kami warga Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan mendoakan agar tuan sentiasa dirahmati ALLAH. Sekiranya ada kelapangan jenguk-jenguk le kami di sini.

Gambar-gambar detik terakhir tuan di IPTI.....





Sunday, May 18, 2008

Sambutan Hari Guru Peringkat IPTI 2008




Sambutan Hari Guru 2008 Peringkat IPTI telah diadakan pada 16 Mei 2008 jam 9.00 pagi di Dewan Seri Temenggong, IPTI. Tema sambutan tahun ini ialah GURU CEMERLANG NEGARA TERBILANG. Bertepatan dengan tema tahun ini diharap guru-guru dan bakal guru-guru berusaha ke arahnya kerana zaman semakin berubah maka anjakan paradigma juga perlu. Justeru itu, kami warga Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan IPTI mengucapkan Selamat Hari Guru 2008 kepada semua staf akademik IPTI. Tidak lupa juga diucapkan kepada En. Ramlee Ismail dari Jabatan PJK kerana mendapat anugerah Pensyarah Aktif. Di samping itu juga tahniah juga kepada En. Adib bin Sulaiman, En. Poniran Salamon dan En. Ahmad Fadzil Noor kerana tercalon dalam kategori-kategori yang dipertandingkan. Tahniah dari kami....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BMI CALCULATOR

Disclaimer/Penafian

Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan, Institut Pendidikan Guru, Kampus Temenggong Ibrahim, Jalan Datin Halimah , 80350 Johor Bahru, Johor.

Tel : 07-2364788 sambungan 236 @ 237 Fax : 07-2379736 Emel: jpjkipti@yahoo.com

Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan, Institut Pendidikan Guru, Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.