Tazkirah
Tuesday, April 6, 2010
Penghantaran Markah Kerja Kursus (KKBI)
Penghantaran Markah Kerja Kursus (KKBI)
- PPISMP Ambilan Julai 2009
- PISMP Ambilan Januari 2007, 2008, 2009 dan 2010
- KDPM Kemas Ambilan 2007 dan 2008
Markah hendaklah dihantar dalam bentuk 'soft copy' (format office 97 - 2003 ) dan 'hard copy' ke Unit Peperiksaan dan Penilaian pada atau sebelum 26 April 2010 melalui penyelaras kerja kursus jabatan.
Tarikh-Tarikh Penting Jabatan PJK April & Mei 2010
Berikut merupakan tarikh-tarikh penting jabatan PJK bagi bulan April & Mei 2010. Diharap pelajar & pensyarah mengambil perhatian sewajarnya.
1. Praktikum (3) PISMP S7 (1/2 - 2/5/2010)
2. Praktikum (1) PISMP S5 (22/3 - 16/4/2010)
3. Sukantara IPGKTI (12-15/4/2010)
4. Pendidikan Luar PISMP PJ S3 (19-24/4/2010)
5. Lawatan Ilmiah PJM3112 PISMP S5 (28/4/2010)
6. Kejohanan Olahraga IPGKTI Ke-43 (29/4/2010)
6. Karnival Permainan Tradisional (2/5/2010)
7. Kursus Kesihatan Pergigian (3-4/5/2010)
8. Konvokesyen IPGKTI (7/5/2010)
9. Pendidikan Luar KPLI Major PJ (17-21/5/2010)
Sekian, harap maklum...
Wednesday, March 24, 2010
Lawatan & sesi taklimat MQA Jabatan Kemahiran Hidup ke Jabatan PJK
Satu sesi taklimat dan lawatan MQA oleh Jabatan Kemahiran Hidup ke Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan telah diadakan pada 12/3/2010 yang lalu. Sesi lawatan ini diketuai oleh Ketua Jabatan KH, En. Paiman bin Pardi dan beberapa orang pensyarah jabatan tersebut. Sesi taklimat ini dikendalikan oleh Cik Shaireena Jaafar dan En. Mohd Zairi Husain. Lebih kurang 1 jam sesi berlangsung, mereka telah diberikan penerangan dan taklimat berhubung proses perlaksanaan akreditasi MQA Jabatan PJK. Alhamdulillah, hasil lawatan tersebut dapat disimpulkan bahawa mereka telah faham bagaimana proses MQA dilaksanakan. Tahniah buat Cik Shaireena atas usaha keras anda... Semoga usaha anda akan menjadikan Jabatan PJK sebagai benchmark kepada jabatan-jabatan lain di IPG ini.
Saturday, March 13, 2010
KPLI PJ Juara Karnival Sukan Ragam 2010
Assalamualaikum & salam 1Malaysia...
Pada 12/3/2010 yang lalu, satu Karnival Sukan Ragam anjuran KPLI Ambilan Januari 2010 telah diadakan di Padang IPGKTI. Karnival yang berlangsung selama 2 jam 30 minit itu merupakan tugasan PJ2050 (D) Pendidikan Jasmani Asas yang perlu dilaksanakan oleh mereka. Pada karnival kali ini, KPLI opsyen Pendidikan Jasmani telah muncul sebagai juara. Tahniah buat pemenang...Semoga ilmu yang diperolehi di sini dapat diaplikasikan di sekolah kelak. Di kesempatan ini, pihak admin ingin mengucapkan selamat bercuti kepada semua warga Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru. Tidak ketinggalan juga kami ingin mengucapkan selamat menjalani PBS buat KPLI Ambilan Januari 2010 selama 2 minggu & PISMP Semester 1 & 3 selama seminggu di sekolah-sekolah terpilih. Ucapan selamat berpraktikum juga buat semua pelajar PISMP Semester 5 (4 minggu) dan PISMP Semester 7 (12 minggu)... Lakukan yang terbaik...
Thursday, March 11, 2010
Sukan Ragam KPLI Ambilan Januari 2010
Satu Karnival Sukan Ragam akan dijalankan pada hari Jumaat 12 Mac 2010 jam 2.45 - 5.00 petang bertempat di Padang IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru. Karnival ini dianjurkan oleh pelatih KPLI Ambilan Januari 2010. Program ini merupakan sebahagian daripada kerja kursus berasaskan ilmu dan memenuhi keperluan sukatan pelajaran PJ2050 (D) Pendidikan Jasmani Asas. Semua pelatih IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru dijemput hadir bagi memeriahkan lagi karnival tersebut.
Hantar Berita
Assalamualaikum, salam sejahtera & salam 1Malaysia....
Pengumuman kepada semua pelajar PPISMP, PISMP & KPLI Major PJ, anda digalakkan untuk mendaftar sebagai pengguna di web portal Jabatan PJK. Laman web tersebut boleh dicapai di http://pjk.ipti.edu.my. Jika anda mendaftar sebagai pengguna berdaftar, anda boleh menghantar berita-berita terkini yang berkaitan dengan Jabatan PJK, IPGM, dunia pendidikan & sebagainya. Berita-berita yang terpilih akan disiarkan sama ada di muka hadapan web portal atau berita jabatan. Bagi tujuan tersebut, anda adalah dinasihatkan agar sentiasa berhemah sewaktu menulis berita-berita yang ingin disiarkan.Terima kasih dan harap maklum... Admin
Wednesday, February 24, 2010
Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1431H/ 2010
Tercipta satu lembaran sejarah
Di tanah suci kota Mekah
Hari yang mulia penuh syadah
Bermulalah sebuah kisah
Malam Isnin subuh yang indah
12 Rabiul Awal yang cerah
20 April tahun gajah
Lahirlah zuriat yang syadah
Abdullah nama bapanya
Siti Aminah ibunya
Riang gembira menyambutnya
Lahirnya putera yang utama
(ulang rangkap 1 & 2)
Keadaan yatim anak mulia
Lahirnya bawa cahaya
Alam derita jadi gembira
Terima junjungan mulia
(ulang rangkap 1 &2)
Di kesempatan ini, pihak Admin jpjkipti.blogspot.com ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1431H/ 2010 kepada semua warga IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru khasnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya. Buat junjungan besar kita Nabi Muhamad SAW, mari kita sama-sama kita hadiahkan Al-Fatihah buat baginda... AL-FATIHAH... Semoga roh baginda dicucuri rahmat Allah SWT & kita sebagai umatnya mendapat syafaat baginda. Amin...
Saturday, February 13, 2010
HAPPY CHINESE NEW YEAR..GONG XI FA CHAI!!!
Di kesempatan ini, kami warga Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru ingin mengucapkan HAPPY CHINESE NEW YEAR.. GONG XI FA CHAI kepada semua warga IPG Kampus Temenggong Ibrahim khasnya dan seluruh rakyat Malaysia yang meraikannya.... Semoga kita hidup aman sejahtera serta saling bantu-membantu sesama insan tanpa rasa hasad dengki & marilah bersama-sama merealisaikan Gagasan 1Malaysia...
Mercun meletup berantai-rantai,
Limau mandrin banyak di lembah,
Happy Chinese New Year...Gong Xi Fa Chai,
Hidup muafakat menjalin muhibbah.

Salam ukhwah seikhlasnya daripada;
Seluruh warga Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan
IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru.
13/2/2010
Sunday, January 3, 2010
Selamat kembali ke IPG Kampus Temenggong Ibrahim JB
Selamat kembali ke IPG Kampus Temenggong Ibrahim JB kepada semua pelajar-pelajar PPISMP & PISMP bagi meneruskan pengajian mereka. Lebih kurang sebulan setengah mereka bercuti detik 4 Januari 2010 akhirnya muncul bagi meneruskan perjuangan yang belum selesai. Semoga dengan cuti yang agak panjang ini dapat memberikan para pelajar inspirasi baru & lebih bersemangat meneruskan pengajian. Semoga tahun ini 2010 akan lebih cemerlang dan gemilang. Ingatlah, bermula niat dengan fikir. Datangnya fikir melalui renungan. Datangnya renungan dari muhasabah diri. Bermula muhasabah diri dengan syarahan yang didengar atau dibaca....
Thursday, December 31, 2009
Maklumat terkini Jabatan PJK
Untuk makluman semua, En. Muszarpar bin Esnawi telah berpindah ke IPG Kampus Bahasa Melayu Kuala Lumpur berkuatkuasa 16 Disember 2009. Pihak jabatan ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada beliau sepanjang beliau menjadi tenaga pengajar di jabatan ini. Semoga anda sekeluarga beroleh kesejahteraan di tempat yang baru. Teruskan usaha dan kecemerlangan anda. Semoga bertemu lagi di lain masa.
Pantun khas buat Sdr Muszarpar dari pihak Admin:-
Burung merbok burung kedidi,
Hinggap sebentar di pohon rambutan,
Terima kasih daun keladi,
Jasamu tuan tidak akan dilupakan.
P/s: Motor Modenas Jaguh JGG4057 tiada jadi dijual. Harap maklum...
BMI CALCULATOR
Disclaimer/Penafian
Tel : 07-2364788 sambungan 236 @ 237 Fax : 07-2379736 Emel: jpjkipti@yahoo.com
Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan, Institut Pendidikan Guru, Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.


