Tazkirah

Friday, September 26, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri...


Ikhlas daripada: Zairi, Julia, Nurul Nabihah Najwa, Nurin Hamizah & Nur 'Aqilah Damia.

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri....


Salam syawal dan salam sejahtera...

Kami warga Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan IPTI (pensyarah & pelatih major PJ) dengan rasa penuh kesyukuran ingin menjemput Dato'/Datin/Tuan/Puan/Sdr/Sdri warga IPTI STAF AKADEMIK & STAF SOKONGAN ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan IPTI tahun 2008 seperti ketetapan berikut:-

Tarikh : 10 Oktober 2008 (Jumaat)
Masa : 10.15 - 11.30 pagi
Tempat : Astaka PJK

Sekian... semoga dengan kehadiran Dato'/Datin/Tuan/Puan/Sdr/Sdri ke majlis sambutan tersebut akan memeriahkan lagi majlis kami.

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Salam syawal buat semua warga IPTI terutamanya warga Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan... Di kesempatan ini, saya bagi pihak Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan IPTI ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga IPTI serta muslimin dan muslimat sekalian. Di kesempatan ini, kami ingin menyusun sepuluh jari memohon keampunan di atas segala kesilapan yang telah kami lakukan sama ada yang disengajakan atau tidak disengajakan. Semoga Hari Raya tahun ini dilimpahi dengan keberkatanNya... Aminnn.........

Ikhlas daripada;
Adib Sulaiman (Ketua Jabatan)
Kamaluddin Mokri
Hj. Norhizan Zainol
Rashidah Suib
Shaireena Jaafar
Poniran Salamon
Hishamuddin Hassan
Ahmad Fadzil Hj. Noor
Syed Muhd Kamal Syed Abu Bakar
Muzarpar Esnawi
Mohd Zairi Husain

Wednesday, September 24, 2008

Selamat Hari Raya Kengkawan

Tak lama lagi kita akan bercuti raya kan. Wak rasa best juga nak beraya kali ni. Wak nak ucap selamat menyambut raya pada kangkawan. Wak buat cenggini sebab tak ada masa nak anta kad. Wak minta maaf pada semua kengkawan kai IPTI ni khasnya dari Jabatan Wak sendiri. Mana-mana yang wak terkata depan ke belakang yang buat kengkawan marah, wak mintak maaf ek. Makan minum wak mintak halal sampai kiamat.
BAWAK KETE BEBAIK TAU!!!

Tuesday, September 23, 2008

Berlatih untuk ujian amali

Saya mengambil kesempatan mengucapkan tahniah atas usaha semua pelajar KPLSPM Sem 1 yang giat berlatih menghadapi ujian amali Pendidikan Pergerakan yang akan diadakan pada 8hb Oktober nanti. Tunjukkan kebolehan anda, kuatkan semangat, teguhkan jati diri, tampilkan personaliti, persembahkan yang terbaik, anda pasti boleh...!

Friday, September 19, 2008

Salam perkenalan

Saya muz, mengucapkan selamat berpuasa dan selamat menyambut hari raya

Salam pengenalan

Saya Kamaluddin Mokri (km) memperkenalkan diri dalam ruangan ini supaya kita dapat berhubung dengan lebih kerap, cepat dan bertujuan untuk memanafaatkan persekitaran yang mencabar ini supaya kita dapat meningkatkan prestasi diri bersama. Terima kasih!

Cadangan Nama Untuk Kumpulan Major PJ

Salam...

Berikut merupakan cadangan nama untuk kumpulan-kumpulan major PJ IPTI:-

1. 4 PISMP PJ - TROY
2. 2 PISMP PJ - ERUDITE
3. 3 PraPISMP (BM & PT) - STALLION
4. 1 PraPISMP - KAIZEN

Nama-nama yang dicadangkan ini akan dimesyuaratkan bagi diwartakan penggunaannya. Diminta KO & PKO dapat menyediakan satu proposal berhubung dengan nama-nama kumpulan yang dipilih. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi En. Hishamuddin Hassan bagi tujuan penerangan lanjut.

Selamat maju jaya...

P/s: You are what you do!!! Hidup PJ...

Salam perkenalan...

Hai...

Saya Syed Kamal merupakan komuniti baru blog ini. Semoga kita sama-sama berkongsi idea dan pendapat demi memajukan lagi portal kita. Selamat berpuasa dan selamat menyambut hari raya yang bakal menjelang tidak lama lagi. Salam ukhwah dari saya...

Syed Kamal
JPJK

Thursday, September 18, 2008

Keputusan Liga Juara Eropah - 18 September 2008

Kumpulan E

Celtic
Man United

0 - 0
0 - 0

Aalborg BK
Villarreal

Kumpulan F

Lyon
Steaua Bucharest

2 - 2
0 - 1

Fiorentina
Bayern Munich

Kumpulan G

Dynamo Kyiv
FC Porto

1 - 1
3 - 1

Arsenal
Fenerbahce

Kumpulan H

Juventus
Real Madrid

1 - 0
2 - 0

Zenit
BATE Borisov

Monday, September 15, 2008

4 tahun menunggu & akhirnya.....

Berita pelik tapi benar.........


Man U (1) vs Liverpool (2)


**Ps: Apa sudah jadi!!!

Wednesday, September 10, 2008

Health Promotion!!!

Adakah anda sihat? Ingin mengetahui kadar kandungan gula dalam darah anda serta tekanan darah anda? Jika anda ingin menguji tahap gula dan tekanan darah anda, silalah ke Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan bagi menjalani 2 ujian tersebut dengan bayaran yang sangat berpatutan iaitu RM5 sahaja. Jangan lepaskan peluang ini. Ketahuilah bacaan kandungan gula dalam darah dan bacaan tekanan darah anda sekarang.... Jangan tunggu sampai terlewat. Bertindaklah sekarang....

Mr. Poniran sedang menjalani Sugar Blood Test oleh Drs. Muhd Syed Kamal atau lebih dikenali dengan nama Mr. Farouk di jabatan ini.

Wednesday, September 3, 2008

SELAMAT BERPUASA

Salam sejahtera...

Doa Jibril menjelang Ramadhan, "Ya Allah abaikanlah puasa umat Muhammad SAW apabila sebelum masuk Ramadhan dia tidak melakukan hal ini:

1) Tidak minta maaf kepada kedua orang tua (jika masih ada);
2) Tidak bermaafan antara suami isteri; dan
3) Tidak bermaafan dengan orang-orang sekitarnya".

Rasulullah pun mengaminkannya sebanyak 3 kali. Oleh itu, di kesempatan ini marilah kita saling maaf memaafi sempena bulan yang mulia bulan Ramadhan Al-Mubarak ini.

Kami warga Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan mengucapkan SELAMAT BERPUASA kepada seluruh warga IPTI khasnya dan seluruh masyarakat Islam amnya.

Semoga mendapat keberkatan di bulan yang mulia ini. Perbanyakkanlah amal ibadat dengan mengisi malam-malam anda dengan solat Tarawih. InsyaAllah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BMI CALCULATOR

Disclaimer/Penafian

Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan, Institut Pendidikan Guru, Kampus Temenggong Ibrahim, Jalan Datin Halimah , 80350 Johor Bahru, Johor.

Tel : 07-2364788 sambungan 236 @ 237 Fax : 07-2379736 Emel: jpjkipti@yahoo.com

Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan, Institut Pendidikan Guru, Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.