Tazkirah

Sunday, May 18, 2008

Sambutan Hari Guru Peringkat IPTI 2008




Sambutan Hari Guru 2008 Peringkat IPTI telah diadakan pada 16 Mei 2008 jam 9.00 pagi di Dewan Seri Temenggong, IPTI. Tema sambutan tahun ini ialah GURU CEMERLANG NEGARA TERBILANG. Bertepatan dengan tema tahun ini diharap guru-guru dan bakal guru-guru berusaha ke arahnya kerana zaman semakin berubah maka anjakan paradigma juga perlu. Justeru itu, kami warga Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan IPTI mengucapkan Selamat Hari Guru 2008 kepada semua staf akademik IPTI. Tidak lupa juga diucapkan kepada En. Ramlee Ismail dari Jabatan PJK kerana mendapat anugerah Pensyarah Aktif. Di samping itu juga tahniah juga kepada En. Adib bin Sulaiman, En. Poniran Salamon dan En. Ahmad Fadzil Noor kerana tercalon dalam kategori-kategori yang dipertandingkan. Tahniah dari kami....

Thursday, May 8, 2008

KPKI Olahraga di SK Kota Jaya Kota Tinggi

Seramai 3 orang pensyarah jabatan ini telah terlibat dengan Kursus Pendek Kelolaan Institut (KPKI) Olahraga yang diadakan di SK Kota Jaya Kota Tinggi selama 2 hari bermula 8 - 9/5/2008. Mereka yang terlibat ialah En. Hishamudin Hassan, En. Poniran Salamon dan Pn. Rashidah Suib. Kursus ini bertujuan sebagai pendedahan kepada guru-guru di sekitar Kota Tinggi terhadap sukan olahraga. Kemahiran asas olahraga diajarkan agar mereka yang terlibat dapat mengaplikasikan teknik-teknik latihan olahraga yang betul. Untuk sesi praktikal pula, khidmat beberapa orang pelajar opsyen PJK yang terdiri daripada guru pelatih PPISMP semester 2 dan guru pelatih PISMP semester 1 dan 3 telah digunakan. Diharap dengan terlaksananya kursus ini, pengetahuan guru-guru ini akan lebih mantap lagi.

Wednesday, May 7, 2008

Mukadimah........JPJK

PENGENALAN

Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan merupakan mata pelajaran teras dalam kurikulum Pendidikan Guru. Penekanan kurikulum Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan adalah lebih kepada menyediakan guru pelatih dengan kemahiran mengajar asas permainan, pendidikan pergerakan, dan seterusnya memperkembangkan potensi mereka ke arah insan guru yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

Proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dilaksanakan dalam bentuk amali dan teori. Oleh yang demikian proses ini dilaksanakan dalam bilik kuliah, di luar bilik kuliah dan juga di luar maktab. Jabatan ini juga memberi peluang kepada pelajar mengikuti proses pembelajaran melalui pengalaman dengan memberikan pendedahan kepada mereka untuk merancang, mengurus dan mengelolakan aktiviti. Jabatan ini juga memberikan kursus-kursus pendek dalam bidang Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan serta sukan dan permainan kepada guru-guru terlatih

Jabatan ini terbahagi kepada tiga unit yang teridiri dari Unit Pendidikan Jasmani, Unit Pendidikan Kesihatan dan Unit Sukan dan Rekreasi. Selain daripada itu jabatan ini dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan aktiviti-aktiviti sukan di peringkat institut dan Bahagian Pendidikan Guru.

OBJEKTIF

  1. Menyediakan guru pelatih yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, sosial dan jasmani.
  2. Melahirkan pendidik yang cekap menggunakan pelbagai strategi, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Menyalurkan segala pengetahuan dan kemahiran dalam Kompetensi Kecerdasan Emosi untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah.
  3. Melahir dan memperkembangkan potensi pelajar dalam bidang sukan dan permainan.
  4. Meningkatkan kecekapan profesionalisme kakitangan akademik.
  5. Melaksanakan penyelidikan akademik untuk meningkatkan pengetahuan dan pengalaman kakitangan akademik dalam bidang Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.

Senarai Nama Pensyarah di Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan IPTI




















(Lapor diri pada 16/6/2008)

Melaporkan diri di Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan berkuatkuasa 7 Julai 2008


Bertukar ke UNIT GERKO berkuatkuasa 1 Ogos 2008

Bertukar ke SMK Tasek Utara 2 berkuatkuasa 16 Ogos 2008





Selamat Datang Ke Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan IPTI

Salam sejahtera...

Selamat Datang Ke Blog Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan IPTI. Diharap dengan adanya blog ini dapat kita sama-sama berkongsi pendapat dan ilmu yang ada untuk kebaikan bersama. Jika anda ada sebarang komen atau idea untuk dikongsi bersama, bolehlah diemailkan ke jpjkipti@yahoo.com untuk dimuatnaik ke dalam blog ini. Semoga sesuatu yang baik itu dapat kita jadikan teladan dan yang kurang baik itu kita jadikan sempadan. Salam ukhwah dari meja admin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BMI CALCULATOR

Disclaimer/Penafian

Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan, Institut Pendidikan Guru, Kampus Temenggong Ibrahim, Jalan Datin Halimah , 80350 Johor Bahru, Johor.

Tel : 07-2364788 sambungan 236 @ 237 Fax : 07-2379736 Emel: jpjkipti@yahoo.com

Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan, Institut Pendidikan Guru, Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.